Monday, August 29, 2011

Pre-Raya

Assalamualaikum ^_^

Alhamdulillah da genap 29 hari kita berpuasa kan kan? Waa bestnye esok da rayee.. Bole la pakai baju baru..bercantik-cantik lepas pegi semayang raye. Hehe

Bunga api dah sibuk main dah berminggu-minggu lepas. Mengalahkan budak2 kecik taw. :P


Tengok betapa superbnye gambar ni!! haha Dush2! Penampo sikit. Gedik sgt. Adek aku je pndai nak setting cam ni. huhu






Dan lagi satu.....



Akhirnya misi nak bergambar macam ni BERJAYA !! hehe



Eh2 ! Budak kecik mana ni?? HAHA







Selamat Hari Raye ye kawan-kawan semua.. Maaf Zahir Dan Batin !! Esok nak duit raya k. Bole?? Hee ~~


Saturday, August 20, 2011

Pretty boys, Handsome girls | Sesi berbuka puasa bersama 20 0gos 2011

Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah setahun. Tahun lepas pun kita berunion bersama dan tahun ni kita masih bersama walaupun ada yang tak berkesempatan untuk bersama kali ni. :')


Dari kiri : karuna, liana, azila, hafiz, mimi, hanis (aku le tuhh), mira, ids
Takde dalam gambar : Hafizuddin dan azman

Dari kiri : azila, azman (dia ada ok jgn tak nampak..hehe), mira, hafiz, aku, hafizuddin, mimi, liana , karuna.
Takde dalam gambar : Ids sorang.
Gambar tahun lepas dari kiri : azila, wani, aku, hafizudin , azman
Bawah : wani, hafiz, farul , anip
Tak de dalam gambar : mira, ids


Gambar tahun lepas dari kiri : wani, ekin, azila, mira , farul , hafizudin dan azman.
Takde dlm gambar : aku, ids, hafiz dan anip.


Tahun ni yang setia menghadiri majlis : mira (mastermind), hafizzudin,azman,hafiz,ids,azila dan hanis (aku le tuhh).

Yang tahun lepas ada tahun ni tak dak : farul,anip,wani dan ekin.

Yang tahun lepas tak da tahun ni ada : liana,mimi dan karuna.

 *gambar kurang jelas ye kawan2 sebab kita bukan pengguna dslr dan untung ada hp canggih jurucamera tak terlatih. hehe tahun ni hujan so tak de gmbar bnyk2.huhu

Bila sekali skala berkumpul macam ni rasa rindu pada member2 yang lain. Member sekolah rendah, sekolah menengah, member kolej,adik-adik junior dan member kerje. T_T

Begitu indahnya Alam yang Allah cipta
Dipenuhi dengan Warna dan bukti Kebesaran yang Esa 
Setiap satu pasti ada manfaatnya
Membawa insan berfikir Kerdilnya diri mereka

Sungguh Indah Ukhwah dalam diri Manusia
Miskin dan Kaya hilang ukurannya
Tiada bayaran Bersahabat di Dunia
Dengan harapan ia kekal sehingga pintu Syurga

Seperti mana diversiti makhluk di Dunia
Begitu juga diversiti sahabat yang ada
Harta dan Pangkat tiada makna
Hanya keikhlasan menjadi pembeza

Hari ini kita berduka-lara
Esok mungkin kita bergembira
Sahabat Sejati menjadi Ubatnya
Semoga ia kekal selamanya

thanx fer reading ! :)






Friday, August 19, 2011

Korang tak kan dapat dah worker yang begitu comitted dengan kerja and fast learner macam aku !!! hahaha

Assalamualaikum kalian-kalian yang di sayangi..

Aku macam nak gelak laju-laju bila bace balik entri ni.. Sumpah macam mana la aku bole terbagi puji-pujian pada mereka semua tu. Lahanat betul ! Entri tu pulak aku tulis before aku nak g masuk kerja balik pukul 6.30petang nanti.

Lately aku memang ada masalah kedatangan, ari sabtu tak datang kerja tanpa mc,ari khamis masuk lambat jugak and kebetulan ari jumaat tu pun aku msuk lambat !!! Aku ni masalah betul dengan transport, bukan aku yang lambat, aku seawal kul 5ptg dah siap taw. Kat kawasan rumah aku ni kalau pkul 6ptg baru gerak memang alamatnye lambat la sampai. Jem tak hengat !

Nak dijadikan cerita,ari jumaat tu adik aku terlambat untuk hantar aku. Aku da tak sedap hati doe! Dah agak mesti kena lagi..and aku tak pasti apa akan jd kali ni. Sebab kebetulan berturut2 lak tu.huhu dalam hati aku dah sedih gila sebab aku memang tak suka datang lambat,cacat dah kedatangan aku nanti. Punye tahan la rasa nak marah tu,aku diam je dalam kereta and buat2 tido.

Sampai klinik,masuk2 je pintu... Perhhh !! Kaw punya doctor mak singaa betina tu mengaum kat aku depan patient. Panas je muka walaupun patient tu tak pandang aku sebab dia tgh berbaring atas seat dental. Dia tanya aku, u tak leh kerja main-main macam ni,kalau u mau resign ka?,apa u ingat ni playground ka? Lepas je dia cakap kat aku yg dia nak cakap dengan aku lepas ni, terus aku blahhh ! Blah masuk toilet then call adik aku. Niat sebenar nak marah dia tapi sedu sedan aku yang lebih,so dia terus patah balik ke klinik aku tu..dia ingt doctor dah nk cekik aku separuh mati la tu. Haha

Malas la nak cerita yang aku ni menangis melalak macam orang kena pelempang 100x. Hahaha aku anak yang baik mana main menjawab-jawab ni..diam-diam aje. *tapi dalam hati nak je menjawab membalas berjabu-jabu dengan perempuan tuh,tapi aku bukan macam tu..whuhuhuhu~ T_T !

Beberapa minit lepas aku kol tu.. Mak and adik aku trus naik atas klinik tu serang macam gangster oo.. nsib time tu doctor ada patient.. Haha mak aku suruh aku balik je terus, amik beg aku. Mak aku kata mulai hari ni.. dia RESIGN !!! ingat hadap sangat gaji rm800 tu !! Hadoi. aku pun tak sangka nak jadi drama mcm tu.. huhu mak aku serang macam tu sebab dah tgk aku nangis teruk ngat. Hehe

Today macam malang kata dr Sapna,mula2 'wire' untuk braces tak ade then cermin pecah then patient yang lepas cabut gigi pregnant 1bulan pengsan!! Memang mengamuk la Dr kitorang tu. Patients pun sampai cakap doctor garang ! Kami as staff telan air liur je la..  Tapi kesian kak april yang kena marah pasal cermin pecah.padahal doctor yang tak sengaje terpecahkan. Harini hari kak april agaknye. Huhu - ni sedutan dari entri yang lepas before aku resign! rupa-rupanya malam tu aku lak yang resign..malang bertimpa2 kat klinik tu. haha -

Cukup bulan ni aku just g amik gaji ja. Haih..ni aku rasa dugaan di bulan puasa yang paling hebat ! Ni mungkin permulaan bagi aku untuk menempuh hari-hari yang mendatang setelah bekerja di bawah majikan.

Aku mengaku aku pun salah jugak..aku sebagai pekerja tak boleh la ada masalah kedatangan. Tapi majikan aku tu langsung tak bertimbang rasa. Tak nak dengar penjelasan kita,yang taw nak marah kita ja. Aku memang pantang orang marah-marah aku sangat. Haha


p/s : now,menganggur balik! doakan aku supaya always kuat semangat,tak cepat sensitif dan sentiasa berani kalau kita benar! Aku baru taw yang aku tak leh berkerja under pressure. :')

Encik nak buat apa harini??

Assalamualaikum semua..

Next week genap sebulan aku kerja. Kerja sebagai assistant nurse di klinik pergigian bayan baru. Atau nama panjang klinik tu adalah BHAR DENTAL SURGERY KLINIK. Eh famous taw klinik gigi ni. Sapa tak taw maknanya dia bukan orang area sini2 la. HAHA Ceh cakap orang, diri sendiri pun tak ingat semua tempat even kat dalam pulau ni. :PP

Terasa teruja pulak harini sebab harini di beri kepercayaan untuk handle bahagian registeration, receive cash dari patient and explain tentang ubat-ubat that already prescibed by our dentist. Berguna jugak aku ni. HEHE kalau tak memang keje aku assist dentist kat belakang je.. So, do u think im showing any improvement?? Haha Ok dah. Baru sikit nak perasan ! =.=

Dr. Sapna agak kurang dah jerit2 kat aku sejak aku termenangis that day. HAHA aku menangis kenape ae? Well budak kecik memang mcm ni kot. Hehe But harini kak april pulak yang kena marah. Today macam malang kata dr Sapna,mula2 'wire' untuk braces tak ade then cermin pecah then patient yang lepas cabut gigi pregnant 1bulan pengsan!! Memang mengamuk la Dr kitorang tu. Patients pun sampai cakap doctor garang ! Kami as staff telan air liur je la..  Tapi kesian kak april yang kena marah pasal cermin pecah.padahal doctor yang tak sengaje terpecahkan. Harini hari kak april agaknye. Huhu

Aku break shift harini, so mula kerja dari kul 8pagi-1ptg. Kejap lagi masuk kerja balik pukul 6.30 ptg sampai 9 malam. Malam Mrs Bhar,mum to Dr Sapna.

Aku rasa paling happy lau dalam sehari tu aku tak de buat silap and xde buat Dr. Sapna marah2 sebab aku. Alhamdulillah. ^_^

Btw, Dr Sapna pesan kat aku jangan lupa promote Bhar Dental dekat kawan-kawan. So klik link untuk ke official website and also their fb. Jangan lupa likeeee taw!! Kat situ ada gambar my lovely Dr. Sapna. Sometimes aku suka dia bila dia tak garang2. hehe

Thursday, August 18, 2011

Checklist before balik kampung.

Tiket bas p dan balik. Dah !
Barang-barang yang nak bawak balik. Dah !
Shopping untuk raya. Dah siap !


Assalamualaikum semua !

Raya lagi beberapa hari ja kan? Da siap ke persiapan semua? Aku da siap2 buat checklist ni nak pergi mana ae? Nak kata balik kampung dah tak payah balik sebab tahun ni memang ada kat Penang ! Dah 3 tahun asyik balik cuti raya, tahun ni tak payah ! Lau dulu awal2 lagi da sibuk prepare beli tiket awal takut habis. Hehehe Itu checklist dulu2.

Now dah kerja checklist mesti la lain.

Cuti. Dapat ! 3 hari pun jadi lah.
Shopping raya. Last minit ! Orang p shopping aku pi kerja.
Kuih raya. Tak sempat nak tolong mamy sbb sibuk kerja. Beli ja !


Tapi this year special. 1st time ada tetamu terhormat nak dtg penang ! Yayyyy ! Tak sabar rasanya nak jumpa....3rd of September please come faster please......... ^_^


Welcome home ! :))

Tuesday, August 16, 2011

Selamat Ulangtahun untuk kita yee my comel ! ^_^

Assalamualaikum semua ! :D

Oh ya, satu entry yang dah basi. Sepatutnye aku update on the date tapi disebabkan kesibukan serta kesuntukan waktu bagai aku jadi malas dan tak sempat nak update. Eh. Yang mana satu ni?? haha Yang aku taw aku buzy but bila aku ada time aku seronok membuta. Bila mood dah ada nak on9, PC pulak ngengade nak main on off ngn aku. Memang saje die cari pasal ! Now, aku tgh break so boleh la update. Oh,update di klinik aje. Mampos aku kalau bos taw. Hohoho

Hari sabtu lepas jatoh pada 13 ogos adalah tarikh di mana aku dan dia secara rasmi menjadi pasangan kekasih. Alangkah indah kalau menjadi pasangan suami isteri. Hehehe Tapi ape pun aku sangat2 bersyukur sebab kami masih bersama, dan pada tarikh tu usia per'kawan'an kami da berusia 1tahun. Baru 1tahun kan, banyak agi tahun2 lain yang bakal kami tempuh. Macam mana lah kan? Doakan semoga hubungan kami sampai nafas terakhir ye. InsyaALLAH.

Dia memang sweet. Sweet sangat-sangat oke ! Dia yang punya excited menanti tarikh ni. Aku pulak yang tak sweet langsung. Dah la xde hadiah. Huhu Dia sempat siapkan slide show yang sgt comel and video masa kami bersama dalam 1 CD and post dekat aku. Aku terima beberapa hari before our anny. Masa aku bukak macam speechless sekejap. Rajin pulak dia wat semua ni, setahu aku dia tak suka sangat wat menda2 ni. From that i know, dia sanggup buat apa saja untuk aku. Hehe Jangan sekarang je oke, sampai bila2 pun. :P Thanx so much darling ! I will keep it nicely,it such a very lovely gift to me ! TQ. ^_^

Pendek cerita aku memang tak sweet langsung ! Oh i really admit it. Huhu Malam tu, dia punya la ternanti2 untuk tunggu pukul 12 tengah malam untuk wish. U know what am i was doing?? Sleeping. Eh, tertido oke? Tak sengaja. Huhu Aduh, penat sangat. Aku memang alergik bila ada tilam and bantal terus rasa nak tido. Ok, my fault !  Dia kol banyak kali pun aku tak answer. Sebab? Silent mode! Memang sengaje cari pasal la jawabnye. Tu pun tak sengaje. Hehe Then pukul 2pagi aku jawab sbb aku rasa ada vibration dari my phone. Bila dia called bole lak aku tanya kenapa? Aduh. Aku memang tak terpikir dia call nak wish or dengar aku wish kat dia, dia just cakap saje call nak cakap gudnite. Aku pun pelik. Bila dah letak phone, bru aku bace msg yang dia wish HAPPY ANNIVERSARY ! Then bila aku call balik,suara dah macam orang sedih la. Hehe Sorry darling. Kena lah pujuk.......... Yela kalau orang laki lupa date2 penting mcm ni kemain lagi kita nak naik hantu. Haha Dia siap warning kalau isnin ni pulak aku lupa wish,jangan contact dia sampai bila2. Huhu macam sakit je lau dia tak nk bg aku contact dia dah ! whuuu~~

Dah la 1st Anniversary lak tu. Bole lak tak de ape2 persediaan. Memandang aku ni jauh,kat penang and dia kat kl so esok paginye lepas sahur,aku call effa. Effa ni cik Hunny kita la. Kawan blogger jugak. Hehe Bf dia kawan bf aku. So aku la suh dia belikan ***** bila dia keluar dengan bf dia nanti. Hehe As planned, bf dia nak la letak ***** tu kat atas katil dia bila dia tak de dalam bilik hostel. Aku pun dah budget la yang dia akan kuar nak g berbuka puasa kat luar so time tu bole la diletakkan atas katil dia. Tapi bf effa ni sampai awal lak. Terserempak agaknya. Da tak leh main sorok2 dah. Hehe Tu yang terus aku dapat msg dari dia, SAYANG THANX BUNGA NIIII !!!!! Mesti dia terharu kan kan kan?? Hehehe

Walaupun bunga aku taw akan layu, tapi aku nak dia taw aku takkan pernah berkira dalam memberi kasih sayang pada dia. Walau apa pun aku sanggup setakat yang termampu. Dah sayang. Dah cinta kan. Hehehe Segan pulak rasanya wat pengakuan separa umum macam ni. :P





Selang dua hari,15ogos ulangtahun hari jadi dia pulak. Hehe Nape la dekat2..sape jugak yang pilih nak kapel dekat ngn besday. Padan muka ! haha Dah jodoh kan. Nanti tarikh nikah biar lah bulan lain lak. Kang banyak lak hadiah nak bg sekaligus. hehe Kalau last year kita dapat kuar celebrate same2 tapi tahun ni xdpt sebab kiat jauh. Tak pa la. Sabar je taw, insyaALLAH banyak lagi tahun akan dtg untuk kita lau panjang jodoh and panjang umur. Hadiah untuk besday tak de. Hehehe

* sekarang ni tengah siapkan something untuk di postkan tak lama lagi. Harap awak bersabar ye syg. :)

info : tahun ni kita akan mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11. Itu fakta pertama. Keduanya, cuba ambil 2 nombor terakhir di mana tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang..! Eg: seorang yang lahir pada thn 1986, umurnya sekarang 25 pd tahun ini. Jadi, 86 + 25= 111..!!! Untuk pengetahuan korang, perkara ini hanya akan terjadi sekali shj pada setiap 823 tahun! Subhanallah. . . ^_^

Thanx for reading ! ^_^

Sunday, August 7, 2011

Malas betul nak update blog bulan posa ni. hehe

Assalamualaikum and hye everyone ! :)

Hari ni sape yang tak posa sila korek hidung !! haha Tahniah kepada semua yang still berpuasa penuh sampai hari ni. Alhamdulillah pejam celik pejam celik kita dah pun 7 hari berpuasa kan..

Aku pulak tengah menanti hari untuk mendapat gaji pertama di tempat kerja pertama untuk habuan berbelanja khas untuk persiapan raya aidilfitri. Posa pun tak habis lagi da excited nak raya. Well,setahun hanya sekali. hehe Kerja dalam bulan puasa memang sgt penat, tp setiap kerja yg kita buat mst dapat pahala kan? :)) So banyak bersabar je ye..

Ada yang dah start buat kueh raya?? Cepatnye korang. Family aku tak buat apee pun ag..nak buat tapi hujung2 nanti la.. buat awal kang habis awal pulak. Tak sempat nak jamu tetamu.. hehe

So far aku baru 2kali singgah ke pasar ramadhan untuk membeli santapan juadah berbuka. Ingat ye kawan-kawan, jgn kita gelojoh dan bersikap pelahap. Nanti membazir. Membazirkan amalan syaitan. Tapi sekarang syaitan mne ade, nafsu la tu ! Dan berhenti makan bila kenyang. Kalau aku,aku makan ape yang patut je. Ape yang patut dari istilah aku tu sepinggan nasi + kuih mueh + buah + air. T_T (sampai boncit baru bangun nk solat. jgn mcm aku k.haha)

Kepada semua, selamat berpuasa di siang hari, selamat berbuka dan selamat menjalankan ibadah tarawih di malam hari..wish sekali 3 dalam 1.. ALL THE BEST dalam beramal dan mengaut pahala dalam bulan ni.. huhu :)

ShoutMix chat widget
/