Sunday, July 13, 2014

Tempahan dewan perkahwinan di Penang

Assalamualaikum semua..

Untuk majlis persandingan aku.. my family dah decide untuk pilih SEAMEO RECSAM HALL,GELUGOR,PULAU PINANG sebagai lokasi untuk kenduri wedding aku nanti..

Antara sebab-sebab kenapa dewan ni..

First, sebab kawasan rumah tak cukup luas untuk panggilan tetamu yg ramai dan parking lot terhad..

Second,sebab dewan idaman  iaitu Grandballroom Setia Pearl Island telah dirobohkan atas ketidakstabilan tanah di kawasan tu.. so mmg tahun 2014 tak boleh dah tempah dewan tu..nak buat macam mana xada rezeki..

Third, tak pikir banyak sangat dh sebab rasa dewan ni ja yg sesuai dengan budget utk tahun 2014.haha cewah macam pembentangan budget tahunan je kan..



Proses menempah dewan:

1. Pergi ke bangunan utama Seameo Recsam. Aku pergi dengan parents aku senang nak decide kalau apa2.  Cari reseptionist then bagitaw tujuan korang datang iaitu nak tempah hall untuk majlis kahwin nanti.
2. Reseptionist akan bagi korang pass masuk untuk pelawat dan lepas kita masuk ke pejabat berurusan.
3. Then time aku p tu ade akak tu uruskan pasal booking dewan. Dia bagi satu diary book. Make sure kita dh decide TARIKH HARI KENDURI tu ye. Kalau tak confirm bole jgk book dua tarikh yang berlainan tapi jangan lama2.. make sure kena confirm balik tarikh mana yg betul2 utk di booking.
4. Dah book tarikh. Pilih dewan..dia ada 3dewan kawin tak silap aku la..Tulis nama dan no telefon kita dan jgn lupa no telefon pejabat tu. Apa2 bole la contact..
5. Lepas tu deposit. Penting.. bayar deposit baru rasa terjamin sikit booking kita tu. Hehe




Kos :

Harga sewa dewan : RM800 untuk 3jam yang pertama
Tambahan 1jam berikutnya : Rm200
Aircond : RM200 per day (terpulang nak ke tak nak tapi utk pengetahuan panas sikit la kalau tak pasang..huhu)
Deposit : RM200

of course tak cukup kan 3jam masa kalau time undangan darj pukul 12.30tengahari sampai 5petang kan? So kitorang tambah another 2hours,menjadikan semua 5jam..

 TOTAL : RM1400

InsyaAllah ni dewannya.. jumpa nanti ye ! ^_^


Sekian.


Sedikit sebanyak perkongsian dengan korang dan untuk memori aku.. thanx sudi baca. :)

1 comment:

Cikdu ira said...

assalamualaikum sis. nak tanya dewan ni kat recsam bahagian mana ya?


ShoutMix chat widget
/