Showing posts with label merepek aje. Show all posts
Showing posts with label merepek aje. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Nak bagitaw sikit,kenapa kita perlu setia?

Assalamualaikum and hai semua ! :)

Apa khabar today? Aku sihat aje. Kat tempat keje best tapi kita budak baru kena la banyak sabar. Tadi ntah kenape ade yang maki aku. Aku tak terasa,mungkin dia cakap kat orang lain. Dalam hati patut lah ramai orang xnak kawan dengan kau ! Ingat sikit, kau tu tengah mengandung. Ok, aku sabar je. Maybe hormon kau tengah tak stabil lagi tu. Aku doakan kau baik-baik aje and orang tak wat ko tu hangin lagi. Ok,lupakan. =.= bukan nk cakap pasal tu senanye..

Sejak dua menjak ni aku kerap tanya pada diri aku, kenapa perlu setia? (khas untuk dah berboyfriend/bergirlfriend tapi long distance relationship)

Kadang-kadang kita mungkin boleh lupa diri di saat ramai yang memuja dan ramai yang memuji. Bila ramai yang dah puji, kita pun bole jadi perasan tak hengat. Then lelaki tu ayat sikit,mula syok sendiri. Dapat no telefon,melayan.. Then lelaki tu ajak keluar, bole pulak keluar..ye lah bf jauh. Hujung minggu mesti bosan. Itu permulaan yang bahaya tu ! Dari situ la perempuan akan curang dengan kekasih sedia ada die.. Mula memang ingat seronok-seronok. Kalau sebaliknye yang jadi? Kesian dekat encik bf kan yang dibelakangkan.

Dengan itu, aku memuhasabahkan diri sendiri.. Bukan ape sebagai peringatan buat kaum-kaum wanita di luar sane jugak k..hehe

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
 
 
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
 
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
 
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
 
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…

p/s : Aku yakin aku seorang yang setia. Ya Allah Ya Tuhanku, kau kuatkan lah aku dari apa jua ujian yang engkau berikan. Kekalkan lah jodoh di antara kami hingga ke hujung nyawa kami. Amin !
 
 
~ teringin taw nak ade long term relationship bila  tengok ade pasangan yang bole kekal bertahun-tahun,bahagia je sebelum and selepas nikah...ade orang boleh tak kan kita tak bole.mudah-mudahan ENGKAU merestui kami. ^_^~
 
 
Gambar yang xde kena mengena nk jugak bertepek di sini. hehe

Monday, April 25, 2011

Kelucuan yang menbuat aku ketawa hingar bingar ! HAHAHA


Assalamualaikum dear followers and readers.


Suke2 aku je kan nak terketawa, tergelak tetibe. Aku memang cam tu kot. Cepat sangat geli-geli. Err, maksud aku geli hati.hehe

Aku bukan ape, kadang-kadang neuron yang pass ke saraf hingga ke otak aku ni cam cacat sikit. Sikit je la. Alhamdulillah tak cacat banyak. Mase kecik2 agak bebal sikit,bila mak aku panggil aku jd lambat sikit nak respon.nak kata pekak tak pekak. Hehe

Ok,back to the topic, aku ni suke melalut kalu da mula menaip. ^_^  Aku rase korang pun mungkin tercacat sikit dengan aku bila terbace ni. Haha Tak de tak de. Aku sorang je yang cacat. O_0

1.  Terdengar makhluk bersin
Makhluk yang aku maksudkan tak kisah la dia orang or binatang. Binatang pun bersin ape. Yang buat aku tergelak terguling-guling sgt bila orang tu terbersin dengan nada yang cumel sangat2. Or bunyinye yang kelakar sangat. Or terkuar kuat sangat macam jantan.boleh sakit jantung tibe2 dengar. Dalam kelas aku dari sekolah rendah sampai masuk U ade je orang yang kelakar bila bersin. Termasuk Encik Bumb. Harap je gagah. Tapi bila bersin. Alahai, cumel sgt tak padan dengan orangnye. Aku selalu gelak.HAHAHA

2.       Ketawa orang lain
Masing-masing ade nada suara ketawa yang tersendiri bukan? Macam aku, ketawa aku boleh berubah2 ikut keadaan orang sekeliling aku. Tak de identiti kah aku ni? HAHA Cume aku paling suke ketawa orang yang bila dia ketawa aku geli hati dengar ketawa dia. Sungguh, bila dia tergelak, aku turut mengilai memandangkan saraf ketawa aku tak dapat nak menahan. HAHA tibe2 rase seram bila sebut mengilai tuh.

3.       Bau
Penah aw aku ngan adek2 dalam lif. Then ade sorang tu masuk lift tu jugak membawa bau yang pelik. Bau tu tak wangi langsung ! Nak kata bau bacin tak sampai hati la pulak kan. HAHA Aku dah tak tahan giler bau. Nak tutup hidung kang biadap pulak. Sekali adek aku dah mula tergelak tak kehaluan, aku pun sebab dah tak tahan sangat nak tutup idung aku pun tergelak2 lah sambil cekup mulut berserta hidung. Selalu gelak tutup mulut ja, ni terpaksa tutup hidung sekali. DARURAT. Orang tu da mula terasa, dipandang2nye kitorang sambil tengok kaki dia.HAHA

4. Humour yang extreme
Aku paling suke tengok RajaLawak and skrang ni sibok dengan MaharajaLawak. Even tade Astro Warna tapi disebabkan nak sangat tengok otai2 bertanding, aku dan adek2 rajin pulak nak tunggu internet yang kadang2 lembap tu nak loading video kat UTUBE.Biar pun lembap tapi kali ni agak berjase la kasi kami peluang jugak tengok.hehehe Rating so far, JOZAN,SEPAH,NABIL,MAN & JAMBU. Yang lain sile2 la terkeluar. hehe Tapi dalam banyak peserta aku tabik la si JIHAN, masih bertahan. Satu2nye peserta perempuan. Bukan senang tu..

5. Imiginasi melampau yang datang dalam otak aku secara tiba2
Peh, yang ni kalau datang memang macam sawan kejap. Boleh tersenyum tiba2. Kadang2 tergelak diam2. Bayangkan aku kalau tengok telinga orang india, aku akan teringat PENERAM, kueh telinga keling fav aku tu. HAHA geli lak aku rasa. Aku ni kadang2 terBLUE jugak. Sape2 yang kenal aku di alam realiti taw la aku cam mane. HAHA 



 p/s : ntah ape2 je aku mengarut ni.. layan je lah. hehehe

ShoutMix chat widget
/