Friday, November 12, 2010

minum lah susu ~

Pelik kan heading die?? HAHA Oh yes ! Saya dah semakin besar dah ni. GIGI GRAHAM saya da tumboh ! HAHA macam tak percaye je pulak. Sebab tu minggu ni asyik suka minum susu ANLENE je, sampai2 cepat pulak gigi blakang ni tumboh ! Tapi rasa macam penuh pulak bila gigi dah banyak dalam mulut. hee~

"as white as a pearl"

p/s : tapi kan satu je yang heran, kenapa gigi x putih? dan macam mana nak putih kan gigi? :(

Thursday, November 11, 2010

love entry

Love. Love. Love. Please. Kenapa asyik nak cakap dan nak cerita pasal Cinta je ni? Btw, td baru abis tgk CHINTA last episod. sedih kot ! Dan abby, meraung2 nangis tengok td. Ntah,kesian plak tgk kawan aku sorang ni. ada lah tu dalam hati dia kan. Who knows? Kuatkan hati Abby. InsyaALLAH ada lah jodoh yang menanti untuk ko nanti. jangan risau ok? cheer up!
Ok. Back. 

Sape yang pernah bercinta mesti korang taw kan mcm mana rasa nya? dengan bahagianya. dengan sweetnya. dengan rasa indahnya. dan dengan segala perasaan pelik2 yang kadang2 aku sendiri tak faham. tapi yang aku faham cinta itu BEST. memanglah best lau tak buat ape nak bercinta. ko duduk je sorang2 mcm xde perasaan tapi actually ko nak sgt kan rase nak bercinta. tapi satu je aku salute kat sape2 yang bole control diri dorang dari bercinta n ada prinsip nk bercinta lepas kawin. bukan bercinta sblm kwin xbest ke ape tp lau dah kawin kalau nak buat ape2 dengan bini n laki korang,buat lah ape yang korang nak..suke hati lah ~ :)

Tapi kan actually, putus cinta pun best jugak. memang lah sedih, sape x sedihkan lebih2 kalau orang tinggalkan kita. time tu pulak bapak sayang & cinta pulak kan. mau tak rasa cam naa mati sesetengah tu. HAHA pengalaman aku bercinta bg aku dahsyat,aku pun xpernah terpikir nak lalui semua2 tu. dan aku tak suka saja2 nak bercerita. sebab apa? sebab tak suka lah.:D nanti ada yang terluka tak semena-mena. aku cakap putus cinta best sebab dari situ banyak pengalaman utk kenal dengan sapa sebanarnya orang ynag kita penah bercinta tu.sama ada baik or buruk orangnye aku takkan penah ungkit2. ko dengan hidup ko. aku dengan hidup aku. deal?

Yang betul2 kenal aku je tahu aku macam mana & sapa diri aku yang sebenar. Yang xkenal aku. just dengan pandang kali pertama jangan nak judge aku ni alim ke ape. we all the same ok. manusia yang penah wat salah dan selalu buat salah. ape yang aku buat aku rasa hanya kewajipan bg aku kepada MAHA PENCIPTA. tu yang korang nampak dari luaran. dalaman, or behind people or whatever hanya ALLAH yang tahu. itu diri aku dan aku tahu untuk jaga diri aku dan aku pohon utk ALLAH sentiasa pelihara aku serta orang-orang yang sayang aku. so kepada yang terkejut tu kalau korang taw ape pasal aku, aku minx maaf sgt2 kat korang sebab aku taw korang mst pny pk yang bukan2. xbanyak..sikit pun sure punye lah aku boleh bace ape dalam fikiran korang. dun worry. :) tapi aku tak penah salahkan korang. we are human dan korang pun tahu kan its normal tak weird kan.tapi weird kalau korang still label kan aku ni baik sgt. but for sure dun do bad things ever. kubur nanti lain2. kena beringat lah sama.

 

Ah-ha. Btw, thanx to my love sebab yu always dengan ai selalu..ai sayang yu sgt-sgt sebab yu care pasal ai. dan yu dah jadikan ai sebahagian dari tanggungjawab yu. i tak nak menyusahkan yu tapi ai harap yu sudi nak jaga ai sampai bila-bila. dan ai harap yu xpenah nak merungut sepanjang kita bersama. kalau ada apa2 ai harap yu terus terang je ngan ai. ai ok je. ai tak kisah kalau yu buat ai menangis sebab tegur perangai buruk ai ke. mungkin ai just malu dengan yu sebab tu ai nangis. bukan nangis tapi TERnangis. HAHA :) ai tahu yu suke yang comel2. ai harap ai lah si comel yu yang pertama selain dari anak yu nanti. erm. erm. thee~ boleh tak ai nak cakap "anak kita" kat sini? yu tak marah kan? ai sure yu suka sebenarnye ai cakap gini. u suka kan? kan? :P ai selalu berangan kalau kita kawin ank kita comel2. HEHE

Baby yang SIHAT lagi DEBAB ! HEHE

Wednesday, November 10, 2010

please. please.

oh please. this time i need a chocolate bar ! and i need you too. pleaseeee.

(^_^)

hope for spirit !

hye people ! :) a bit long time i didnt update my blog. tawu sbb ape? sbb tak bayar itu berukband untuk 2bulan.dah bayar,baru lah si beruk ni bekerja.hehe
ok,back to this night story. aku nak korang tawu yang aku ni STRESS. dapat rasa tak?huhu sejak aku msuk sem6 ni aku banyak pikir tapi tah ape lah aku pikir kan. perlu ke aku buat list utk senaraikan ape yang aku pikir? huh ! tah lah.penat semacam..:(

tadi, keluar list untuk student yg pointernye 3.5 n above~ i dunno why i kept thinking about it. bukan ape..maybe sebab tak dapat keputusan yang memuaskan. actually result kami tak dikeluarkan lagi. list tu cuma yang layak untuk di interview dan diserap msuk ke dalam mana2 hospital terpilih & for sure dorang tu dpt result yg sgt2 baik. so dah sah2 aku bole rasa result aku mcm mana. aku tak kisah sgt pasal tawaran interview, ye ke x kisah? tapi kalau dapat Alhamdulillah.:) masalahnye..result aku.:(

no spirit. hope this sentence can describe everything. Ya ALLAH, Kau dengarlah setiap rayuku..ringankan lah setiap masalah atau setiap kerungsingan yang melanda hati ini. please. please. aku tak mau give up. one more,Kau pemurahkanlah rezeki aku walau kat mana-mana sekali pun. aku sentiasa mengharapkan yang terbaik utk diriku dan orang-orang yg menyayangi diri ini. 

boleh tak aku nak mintak supaya aku ni sentiasa PANDAI? rasa macam xpandai dah sekarang. kenapa dengan aku ni? sebab dah terlalu banyak dosa ke?huhu agaknye lah kan. can u please tell me why? :( maybe i dun really struggle for it. but i had try my best. maybe no luck for me for this time. its ok dear~

p/s : not all sweet things is good, sometimes we have to swallow the bitterness of any situation. perhaps there are something waiting for us which is much better in the future. HANIS SYUHAIDA, DO STRIVE FOR IT! :)

Tuesday, November 2, 2010

1 Nov-3 Nov 10 :)

"kamu sangat comel bila menangis, tapi kamu menangis bukan kerana sedih tapi kamu menangis kerana kamu RINDU kan saya.:) "
(mohamad syafiq sarani)

oh sayang, SUMPAH ! saya rindu sangat sama kamu !

perlukah aku large kan pic ni?? hahaha SUKA HATI lah. :P
(syafiq, awak handsome ! saya nampak tembam ! hehe)

serious aku xpenah pun rasa takut nak kawin awal!. (PART2)

..sambungan dari entry Part 1 ~

actually kan hakikatnye nak kahwin ni x susah. cukup syarat dah memadai. aku nak sgt kahwin awal. dunia sekarang ni tak menjanjikan apa-apa. aku tak nak berseronok yang bukan-bukan sebab ye lah kita tak taw lagi masa depan kita macam mana. baik segalanya biarlah dengan cara yang dihalalkan ISLAM. dan aku tak nafikan umur aku yang dah meningkat ke usia 20-an ni cakap aku dah bersedia nak kahwin, tapi kalau orang tua dengar mst dorang cakap kita ni gatal sgt dah.huhu alangkah baiknye kita dapat hidup bahagia bersama orang yang kita sayang & cintai dengan cara yang halal. tak perlu takut, gelisah atau pun susah hati je setiap kali keluar dengan bf. tak perlu lagi buat maksiat ! jiwa pun tak serabut bukan? 

tapi ape pun banyak-banyakkan bersabar. banyak ingat Tuhan. dan jangan terlalu ikutkan nafsu.tapi yang aku taw kami ni kuat nafsu makan.hek3 :P harap aku dan dia sama-sama dapat fokus pada study memandangkan kami dah di tahun akhir dan berjaya dengan segulung Diploma dengan cemerlang. sabar ye sayang, tak lama je lagi & awak pun akan kerja. pastu kita kahwin.kahwin muda. :) mudah-mudahan semua berjalan dengan lancar. saya nak hidup dengan awak dengan restu dari ALLAH, dari keluarga awak, keluarga saya & orang keliling kita..insyaALLAH,amin! itu doa saya hari-hari ~

ini sekadar luahan aku. pesan aku, korang tak berhak nak nilai aku dari ape yang aku cakap kat sini. sekian terima kasih.:)



serious aku xpenah pun rasa takut nak kawin awal!. (PART1)

Jom baca kisah ni. aku amik dari fb. mungkin korang dah baca tapi aku saje nak share lagi kat sini.:)

Nota : Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.


ShoutMix chat widget
/