Wednesday, December 12, 2012

Jangkitan HPV..ayuh kita ambil tahu!


Assalamualaikum to all readers !

Aku search dalam google..and aku rasa info dia ni senang difahami and sangat ringkas dan padat..memang sesuai untuk u alls yang just rasa nak tahu pasal jangkitan ni.. very important ! must read !

HPV (Human Papilloma Virus) adalah sejenis virus penyakit jangkitan seksual. Ia disebarkan melalui sentuhan seksual iaitu hubungan seks dan sentuhan kulit ke kulit.
Sekurang-kurangnya 50 peratus individu yang melakukan hubungan seks pernah terkena jangkitan berkenaan dalam satu tempoh kitaran hidup masing-masing.

Biasanya, mereka yang mendapat jangkitan adalah dari kalangan kurang pendidikan atau tidak mengetahui bahawa penyakit ini berpunca daripada virus. Kebanyakan individu yang menghidap HPV gagal mengesan penyakit dialaminya kerana tiada gejala selari, malahan jangkitan itu selalunya hilang dengan sendiri.


Siapa berisiko mendapat jangkitan HPV?

Sesiapa saja yang pernah melakukan sentuhan genital (genital contact) berisiko dijangkiti HPV. Lelaki dan perempuan pembawa HPV boleh menyebarkan virus itu kepada orang lain tanpa disedari kerana tiada tanda jangkitan dan mengalami jangkitan bertahun lamanya walaupun proses sentuhan genital terakhir sudah lama berlalu.
Seseorang itu lebih berisiko mendapat serangan HPV sekiranya; ? mengadakan hubungan seks pada umur muda.
* mempunyai ramai pasangan seks.
* pasangan seksnya mempunyai ramai pasangan seks lain.

Sekiranya tiada tanda penyakit, mengapa mesti risau tentang HPV?
Ada lebih 100 jenis HPV dan tidak semuanya mendatangkan masalah kesihatan. HPV jenis 6 dan 11 boleh menyebabkan ketuat genital sementara HPV jenis 16 dan 18 berisiko menyebabkan kanser serviks, vagina, vulva dan dubur.

Virus ini bertindak menyebabkan perubahan tidak normal pada sel serviks dan berubah menjadi sel kanser dalam tempoh berpanjangan iaitu antara 10 hingga 20 tahun.
Kanser serviks adalah kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita Malaysia dan meningkatkan risiko kanser zakar pada lelaki. Tindakan menghindari jangkitan HPV secara langsung dapat mengurangkan bilangan kes kanser.

Bagaimana HPV dirawat?

Tidak ada rawatan khusus untuk virus HPV kerana sistem imunisasi badan kita bersedia melawannya dalam jangka masa beberapa tahun. Bagaimanapun, ada rawatan untuk penyakit yang timbul akibat virus seperti;
* Ketuat genital – dirawat menggunakan bahan kimia dan kaedah laser.
* Perubahan tidak normal sel pada tisu serviks yang dikesan melalui ujian PAP Smear boleh dipantau secara berkala dan apabila perlu rawatan pembedahan kryo (cryosurgery) atau pembuangan tisu rosak boleh dilakukan sebelum tisu bertukar kepada kanser.

Bagaimana mengelak terkena HPV?

Cara terbaik bagi remaja mengelak jangkitan HPV adalah mengamalkan abstinen iaitu tidak melakukan hubungan seks. Bagi individu bukan beragama Islam yang aktif seks, anda dikehendaki setia kepada satu pasangan saja. Orang Islam sepatutnya mengamalkan hubungan seks selepas berkahwin dengan mengenal pasti pasangan seks tidak mengamalkan seks rambang atau lebih daripada satu pasangan.

Satu kaedah lain untuk mengelak kesan masalah kesihatan akibat HPV adalah mengambil suntikan vaksin HPV. Vaksin HPV mengandungi virus tidak aktif iaitu terdiri daripada kapsul virus tanpa bahan genetik DNAnya.

Apabila mengambil suntikan vaksin ini, badan akan mengeluarkan antibodi terhadap virus HPV, seterusnya menyediakan badan kita untuk melawan virus ini apabila dijangkiti pada bilabila masa.

Bagaimanakah cara mengesan jangkitan HPV?

Bagi wanita yang pernah aktif seks, jangkitan HPV boleh dikesan melalui;
- Ujian PAP Smear atau ujian sitologi berasas cecair.
- Kaedah ini memerlukan pemeriksaan faraj dan kikisan kulit pada dinding serviks yang diambil menggunakan spatula atau berus khas untuk dihantar sebagai ujian makmal.
- Ujian ini tidak menyakitkan dan anda disarankan melakukannya setiap tiga tahun.
- Ujian DNA untuk HPV dilakukan di mana kikisan tisu daripada serviks di uji pada peringkat molekular. Ia lebih sensitif dan tepat namun, harganya mahal.

Semua remaja yang layak mendapatkan vaksinasi percuma berkenaan, dinasihatkan menjalani suntikan vaksin yang dibekalkan di lokasi dinyatakan di atas mulai Julai lalu. Bagi yang tidak layak, tidak sukar mendapatkan suntikan vaksin kerana ia boleh diperoleh di semua pusat perubatan swasta dan klinik swasta.

Bagaimana mendapatkan vaksin HPV?

- Vaksinasi lengkap memerlukan tiga dos suntikan dalam masa enam bulan namun, harganya mahal iaitu sekitar RM300 setiap dos.
- Umur sesuai menjalani suntikan vaksin ialah ketika muda, sebelum seseorang itu terdedah kepada hubungan seks.
- Disarankan, suntikan usia umum adalah antara sembilan hingga 45 tahun.
- Sejak 2010, kerajaan menyediakan suntikan vaksin HPV percuma untuk semua murid perempuan Tingkatan Satu.
- Terbaru, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menawarkan vaksin HPV percuma untuk wanita berumur 18 tahun dan tidak berkahwin saja. Wanita yang layak boleh mendapatkannya di semua klinik LPPKN, klinik dan Pusat Kesihatan IPTA di seluruh negara.
- Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah dibuat melalui talian NUR 15999, facebook atau twitter KPWKM ( Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) atau LPPKN, layari laman sesawang LPPKN, www.lppkn.gov.my. atau kunjungi klinik atau pejabat LPPKN terdekat.





p/s : entry asal aku copy dari sini
tak nak lah letak gambar-gambar pasal jangkitan ni.. takut korang geli jer.. 
sharing is loving..
sekian terima kasih.
:)


Monday, November 26, 2012

Selamat sudah...

Assalamualaikum boys and girls..


Alhamdulillah hari yang dinanti-nantikan dah pun berlalu.. haihhh indahnye rasa... walaupun sekejap tapi perasaan tu tetap bahgia sangat-sangat.. Yerla jumpa keluarga bakal mertua.. lagi-lagi jumpa yang tercinta.. hehehehe


Dari tak tahu nak bawak g jalan-jalan last-last sampai letih jgk la kaki and badan masing-masing. Ok lah..meh sini aku bgtaw kat mana je yang aku & family bawak dorang jalan-jalan.. Berikut adalah kronologi perjalanan dari Sabak Bernam ke Pulau Pinang..heee~

Setibanya ke Penang, Syafiq terus bawak family dia ke rumah aku.. Perh.. tak sesat..! Sampai je tempat parking and call aku tanya dah boleh masuk rumah ke belum? Hahahaha Macam rombongan pengantin je kan sampai tny mcm tu... :P Lunch di rumah aku.. Disebabkan gabra(nervous) sangat.. lupa dah nak amik gambar makanan yang mak aku sediakan...whuhuhu (Menu : Nasi putih, kari ikan, udang besar masak sos, ayam goreng berempah, ikan temenung goreng and ulam+sambal belacan)
Mami aku cakap bertambah jugak dorang makan.. maknanya sedap lah tu.. tak pun mungkin sebab lapar sangat..kan kan kan?

Next.. lepas makan.. duduk-duduk rehatkan perut.. tengok tv jap..makan kerepek jap..dah kul 1ptg.. Ok, time nak balik pegi rehat-rehat.. My mum. adik lelaki dan adik perempuan and me pegi teman tunjukkan homestay dorang dekat mana..
maaf gambar ambil dari ehsan google
Taman Seri Bayan Apartment... 
Murah je taw.. RM130..
3Bilik+ 2Bilik air
Dapur (boleh masak cuma xde la periuk belange..)
Ada tv + astro
Set sofa and meja makan
Buaian untuk baby
Memang puas hati !! Bersih dan kemas..
So far kipas je.. next time tuan rumah kata nak pasang aircond so maybe sewa jadi rm150.. still ok lah kan? 


Lepas dah rehat semua.. kami nak keluar petang pulak.. Hujan... lebat lak tu.. Ikutkan nak bawak pegi Padang kota lama dulu.. tapi sebab hujan kami ke Padang Brown.. makan terus memandangkan semua dah lapar.. Lepas makan still hujan tapi tak selebat tadi.. Kami just berenti jap kat Padang Kota Lama ---> Straits Quay,Tanjung Bunga. Tapi pukul 9malam family Syafiq dah keletihan.. ye lah bangun awalkan pagi tadi..kami terus je balik.. Yang baliknye family Syafiq aje.. selebihnye.. aku, syafiq and adik-adik aku pegi pantai Queensbay kononnya nak makan jagung rebus lah kan.. Tak sempat makan pun.. kenalah balik.. program tergendala.. huhuhu mungkin ade hikmahnye.. tak salahkan sape-sape.. chill ok? :)

At padang brown


gambar macam ada gangguan makhluk aje.. tak nak elok even 2kali aku upload..huhu maaf yer..
Keesokkan paginye.. means the day dorang nak balik tu.. Dorang pegi breakfast sendiri-sendiri dekat Nasi Kandar Rahim which is bukan restoran sebenarnye.. tapi just stalls banyak-banyak.. pilih je nak makan roti canai ke bihun sup ke.. Gerai ni dekat dengan kompleks Tabung Haji.. Berhadapan dengan Klinik Kesihatan Bayan Lepas.. Ok.. Nasi kandar dia mmg sedap !

Then kami bertiga ( abah, mami and me ) , bawak dorang jalan-jalan ke Chowrasta market atau orang sini sebut Bazar je.. Untuk beli jeruk Nasir sebagai buah tangan nak bawak balik kampung nanti..
maaf gambar ambil dari ehsan google.


Lepas tu rasa macam kejap sangat je.. kami ajak dorang minum-minum dekat Line Clear Nasi Kandar..memandangkan tak ade roti canai kat situ kami singgah restoran sebelah die.. Yasmeen Nasi Kandar.. adik beradik la jugak kan.. hehehe 
maaf gambar dari ehsan google

Kat situ adik paling kecik Syafiq, Johan namanye teringin nak naik feri.. Comel je kan.. hehee Mami dapat idea.. jom lah balik naik feri...

Akhirnye dapat jgk dorang naik feri..seronok pulak tengok dorang siap amik gambar lagi atas feri tu... Dah nak sampai ke tambatan.. kami bersalam-salaman.. uhukuhukuhuk sedihnyerr...dah nk jauh balik dah.. 

kacak-kacak semuanye.. hehe mak maintain cun..

Apa pun memang best.. pengalaman jumpa family dan family.. keluar berjalan makan angin same-same..ade jugak tersalah faham sampai tersesat jalan sikit tapi xpe semua tu manis sangat..dapat citer-citer bila terngat..hehehe :) thanx for coming.. hope mak, abah and adik-adiks enjoy yer.. my dear Syafiq mesti la enjoy jugak dapat jumpa cinta hati dia.. kuikuikui. ^_^





sekian.. thanx for reading...


Monday, November 19, 2012

Persiapanku Menjelang Hujung Minggu Depan

Assalamualaikum dear readers...

Good news for me.. and not yet for you all.. heeee saje nak bagi suspen sikit..


Anual leave for 2days.. approved !
Homestay.. booked !
Families.. informed !
Menu for lunch.. in progress !
Place to visit.. in mind !
Gift.. not yet buy anything ! (so sad sebab belum gaji..-.- )


Yesterday, my bf's mum sms to him..then he just forwarded it to me.
" Tak yah sewa hotel banyak-banyak. Satu tapi cukup besar. Untuk 6orang kan ade. Tak nak tidur asing-asing tak best. Tak leh cerita-cerita. "

I was just smilling.. comel ayat my bf's mum.. ape lah yang dorang nak cerita-ceritakan nanti kn.. hehee


Good news for me sebab SYAFIQ & HIS FAMILY will come to Penang to have a visit cuti-cuti Malaysia kat sini and berkenal-kenalan dengan my family..


To my dear boyfie and parts of family, 
Have a save journey soon..



" SEMOGA SETIAP UKHUWWAH YANG TERJALIN AKAN BERKEKALAN SAMPAI BILA-BILA"



mood # waiting for the date # 24.11.12

Gambar sekadar hiasan - gambar muka sendiri atas pelamin orang. hehe

Sunday, November 18, 2012

Peplum Kurung Dress / Kurung Moden Peplum

Assalamualaikum semua girls-girls yang tengah pening cari design yang sesuai untuk buat kurung peplum sendiri..

Macam aku dah ke tailor untuk upah kurung peplum..and still in progress. Aku mintak tailor tu kalau boleh siapkan hujung bulan december nanti.. :D korang bila lagi? Nanti dah siap aku tunjuk ye..sekarang aku tunjuk contoh je dulu..

instagram orang

instagram orang

Add caption

FatinSuhana OMG ! Seriously lawa sangat bila jadi dayang-dayang pengantin.. whuuuuu melting !

FleurBy Mrs Him

Haaa.. cantik kan?? kiut-kiut je lau ladies pakai.. alahai tak sabar nk tunggu baju aiiii siap. ^_^ btw, sorry la.. aku tak mention dari mana sumber setiap gmbar yang aku amik.. yang pasti search image google.. keluar lah semua..


Kalau nak beli ready-made and dah siap bermanik bagai.. dapatkan semua di sini.. korang boleh tengok-tengoklah sementara stock masih ada.. sebab sekarang ni permintaan tinggi.. better grab cepat-cepat ! :)

1. ChantekDress
2. BuddyBeadSoul
3. KasihAleeya
4. Moddy
5. Sweet Like Marshmallow
6. Prettypop
7. Anafella's Boutique
8. Pretty Kurung
9. Gugucloset
10. FatinSuhana
11. Payles Kiosk
12. Tailor (area shah alam)
13. Jovian Manclagie ( exclusive design.. cantik2 semua !!!)

Saturday, November 17, 2012

Review Majlis Pernikahan , Malam Berinai & Persandingan

Assalamualaikum and hye dear readers..

Hujung-hujung minggu ni buat ape? Ade kenduri? Suke tak korang pegi kenduri orang? Lately aku macam suke sangat attend wedding orang.. Macam best sebab leh tengok macam mana preparation dorang sampai boleh sediakan satu majlis yang berjaya dan bahagia..

 Last week aku dan family ke Subang.. dijemput hadir ke majlis perkahwinan adik ipar abah aku pnya kakak punya anak.. Hahaha jangan pening ok.. senang citer sepupu aku punya sepupu yang kahwin.. :D semua ni belah my father's side.


Kiranya kami bertolak pagi dalam pukul 5 pagi dari Penang dan sampai ke Subang dalam pukul 11pagi ke rumah pengantin untuk ke acara akad nikah terus.

Sambil-sambil tu aku nak review gambar suasana masa setiap majlis akad nikah berlangsung ok? :D

Majlis Akad Nikah
10.11.12
@ rumah pengantin perempuan 


Hantaran.. cantik sgt!

Candy buffet..my fav!

Lepas akad nikah kami ke hotel berdekatan untuk check in sementara malam nak tunggu majlis malam berinai..

Malam berinai tak bermaksud pakai inai.. kalau ikutkan adat mmg orang letak inai sikit sbgai syarat... ni mungkin zaman moden sikit nk dpt inai pes susah so tak payah kot..

Malam tu dorang just tepung tawar untuk family sebelah perempuan dan lelaki yang hadir sahaja.. then pengantin bersuap-suap pulut kuning diiringi sanak saudara..

Malam Berina
10.11.12
@rumah pengantin perempuan


Pengantin kebanyakkan akan pakai baju songket.. melambangkan adat dan istiadat orang melayu..:)

Ok, kita proceed pada keesokkan harinye.. majlis bersanding atau resepsi di sebelah malam di dewan sivik petaling jaya. lawa dewannye..

Majlis Resepsi
11.11.12
@dewan sivik petaling jaya 



Quest book corner..

 pengantin diiring dengan ayah sendiri... wah sweet gituuuu.. ayah pulak nampak hensem dengn berbaju melayu.. selalu org putih je wat cm ni..
aminnn!

Alhamdulillah selamat sudah dorang mendirikan rumah tangga.. semuanya berjalan dengan lancar dan meriah sekali...






p/s : masa nak post entry ni.. aku dok google perkahwinan yang dituntut dalam Islam.. maksudnye tanpa ikut adat istiadat melayu.. ternyata semua orang tahu lebih mudah dan ringkas.. tanpa modal yang banyak.. tak payah serabutkan kepala.. kalau ikut kan senang macam ni.. dah kahwin dah kot kita ni kan si cinta hati saya?? hehehe

insyaALLAH.. murah rezeki..panjang jodoh...giliran kita pula.. Kawan-kawan..doakan kami yer...:)

Sunday, October 14, 2012

Baby baru.. WELCOME !

Assalamualaikum and hye dear readers... :)


Bila aku teringat balik apa yang aku pernah tanya si dia tempoh hari aku rasa mcm bersalah pun ada..

aku : sayang, berapa lama dah kerja?

si dia : dah 5 bulan..

aku : baru 5bulan ke rasa mcm da lama... (dalam hati lame lagi la kitorang nak kumpul duit untuk melangkah ke alam yang dinanti-nantikan)


Memang aku asyik ckp planning pasal nk kawin je tp aku tahu  si dia masih tak ready lagi.. so apa aku boleh buat kan.. kesian jugak lau asyik push je.. keje pun baru 5bulan.. aku yang keje 1year pun baru je nk start saving.. huhu


One day on my mum's birthday date.. 9th October 2012..i reachieved a mms..

Mama..papa sebenarnye...
Dah beli kereta!!!!

Ni lah mms yang diterima..


Aku tengokkan je mms tu.. biar betul mamat ni? ntah-ntah dia g mne2 parking shopping mall then bergambar je depan keta plus no plat baru.. TOO BAD RIGHT ME , MYSELF? Oh my english !

At the same time aku memang ade dalam kereta on the way nk dinner dengan family... so aku buat x taw je la..ikutkan nak jugak call terus tanya but then segan pulak kan mane taw memain pulak dia..aku just balas2 msg je ckp aku memang tak percaya...

Lepas aku dah order makan, dia yang call aku..

si dia :  nape tak call?

aku : malas la nak call..tak percaya pun.. betul ke?

si dia : macam tak surprise je kan..

aku : memang pun.. kita msg je lah.. kat kedai makan ni..

aku mmg segan lau nk bergayut depan family so we just end up dalam msg je..hehehe

Dia cakap mak aku orang petama yang dia bagitaw tapi macam mana aku nk percaya sbb everytime mak aku ckp dengan dia.. aku mst kat sebelah.. aku diam kan aje..xtny apa pun kat my mum memandangkan mak aku pun teror betul sepakat dengan bakal menantu tak gtaw aku langsung pasal si dia dh beli kereta ! masih tak percaya !! haha (dia dh gitaw kat mak aku since 30september 12 lagi..aku je yang xtaw..)

si dia : balik ni tgk taw kat fb... ( aku guest mst ade gmbar..)


Bila dah tgk kereta si dia bawak balik kampung semua baru aku btl2 percaya..:)


Sorry la dear.. macam mana nk percaya sbb semua bukan depan mata and gambar yang awak tunjukkan general sangat.. kita nk jumpa pun maybe sebulan lagi.. awak mst da tak sabar nk gtaw saya kan walaupun pada mulanya awak memang nak rahsiakan n nak surprisekan saya.. hehehe xpe la.. saye dah percaya ni..:)


Ternyata dalam 5 bulan si dia kerja.. dah keluarkan kereta.. Semoga lepas ni rezeki kita sama-sama dimurahkan ALLAH s.w.t.. Semuanya yang baik datang dari DIA...Aku di sini menanti untuk mengharungi setiap langkah menuju bahagia bersamamu..






p/s :

BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM..
INTRODUCING YOU..
OUR NEW BABY.. (hope i can call it as 'our' even i know it's ur car..huhu :')..)

PERODUA ALZA


Kalau terserempak di jalan.. hye-hye la ok? hehehe :P

Sunday, September 23, 2012

After a looong break. Planning for saving..

Assalamualaikum and hye peeps..:)


Wow today i'm writing back to post something in this blog. Yup, my blog.. as i said i just want to leave this blog but soon when i started to read other people's blog i feel like i will write back.. HAHA

Alright after a long break.. Im here today.. :))

Wednesday, 19 September 2012.

Last wednesday, genaplah 1 year aku bergelar seorang jururawat di sebuah hospital swasta dalam the Pearl of the Orient. Eh, betoi ka? or Island of the pearl?? Hahaha lantaklah janji bunyinye macam Pulau Mutiara.. Hehehe

1 year.. pejam celik pejam celik memang dah 1 year.. but dalam 1 year rasa macam kosong lagi.. Serious. Not easy as orang cakap bestnye dah kerja.. senang la... Senang apa??

But yes, dah kerja memang best and end of the month memang senang.. senang bila dapat gaji.. bila dah habis gaji.. Abahhhhh... nak advance sikit?? HEHE but not all the time ok.. :P Just masa raya aritu je.. 1st raya kan mana aku nak ada modal banyak-banyak.. but then after raya got gaji and i paid back.. langsai dah.. Alhamdulillah...


Time aku keluar dengan member sekolah.. they all semua keep pointing at me kalau cakap pasal kawin.. Oh God, 1st mcm kenapa la aku.. sbb aku taw aku lambat lagi kot.. Then aku tanya lah why korang cakap aku dulu yang nanti kawin? They will said, yelah.. hang kan dah kerja.. bf hang pun dah kerja... And then baru aku pun "oic...." Gila slow nak pick up.. Hahaha Saja wat slow pick up sbb aku memang x ready pape lagi untuk further our relationship..


Tapi dah rasa memang patut serious dah ni.. Bukannye tak serious dengan hubungan xnak setia ke apa.. Cuma nak lebih serious macam nak start simpan duit dah ke... Oh after 1 year kerja baru nak menyimpan duit? Yelah.. after 1 year baru rasa bernafas sikit.. Oncall pun dah start.. so gaji bulan ni la baru nak merasa duit oncall... :'D


Even orang kata perempuan tak pe lah.. lelaki yang banyak keluar duit untuk kawin nanti.. Tapi as perempuan.. zaman sekarang pulak.. mesti la kena ada duit sendiri jugak.. Nanti kita nak itu nak ini nak yang extra-extra sikit tak kan nak harap pihak lelaki kan.. Apa yang boleh kita support sorang sikit.. Kita nak kawin berdua bukan nak kaawin sorang-sorang.. so sheshare la.. tak gitu?? :D


Aku kadang-kadang bila bosan, mula la survey-survey budget orang yang dah penah bertunang and dah melangsungkan majlis.. Hmm boleh tahan jugak tu.. Mostly dorang akan pesan.. banyakkan simpan duit.. jangan sampai berhutang nanti dah 10 tahun kawin hutang tak jugak settle.. memang scary.. plus hutang ptpn aku ni bila tahun nak habis.. nyesal wooo. nyesal pun dah kerja dh pun.. bayar la jgk cikit2. hehe



Zaman sekarang paling cikai pun.. i mean secara sederhana pun kena ada 20k.. Lau sebulan dapat simpan 1k.. setahun 12k.. Kalau aku dengan dia simpan jumlah yang sama darab dengan 2 dah jadi 24 k. Cukup kot? huhu Lebih xpe.. boleh simpan lepas kawin kan.. Kalau kurang yang masalah tu..
Kira2 dalam 2014 ke? InsyaALLAH..mudah-mudahan panjang umur, panjang jodoh and murah rezeki ada lah tu.. :')


Macam belah aku, confirm2 lah xbuat kat rumah kenduri nnt.. kena buat kat dewan.. catering.. pelamin.. sewa baju.. hantaran.. Banyak kan belanja duit nk kawin? Then macam mana ada orang boleh kawin banyak-banyak ae? Eh, kesitu lak aku kan? HAHA



Kawin tak susah tapi janganlah kita yang susahkan diri kita.. Make it simple.. :) I hope so my life pun akan simple, lancar and bahagia.. Itu adalah semua doa dan impian setiap insan di dunia ni...








p/s : Nak bahagia? Solatlah di setiap awal waktu. :)


ShoutMix chat widget
/