Showing posts with label borang pendaftaran nikah. Show all posts
Showing posts with label borang pendaftaran nikah. Show all posts

Wednesday, August 6, 2014

Saringan HIV Pra Perkahwinan

Assalamualaikum. .. hye everyone!

Alhamdulillah harini Allah permudahkan lagi urusan perkahwinan aku. Since today kes kat ot tak berapa nak ada so aku pun amik kesempatan ni p buat hiv test.. tak la beriya sangat tapi aku dh get ready borang siap2..hehe



Aku pilih klinik kesihatan Bayan Baru.. walking distance ja dari hospital aku dan ditemani member sekerja..hehe mujur sangat shikin temankan.. kalau tak kebosanan la aku nak menunggu sorang2. 2jam nyahh baru settle semua.. keputusan dia keluar 10min ja.. nak tunggu turn..mak aiiii xtaw nak kata.. hehe. Almaklum la sapa yang pasangan jauh2 je g sorang2..hehe tak apa..janji settle dah satu hal..


Btw mana ada hiv test mcm buat upt test.. huhu klinik aku ni sedut darah aku 3mls ok.. needle paling besar aku tengok.. nasib baik aku bukan jenis penakut jarum kan..


Yang bagus nya Medical officer tanya u nak check hiv sahaja ke atau thalasemia sekali?? Of course nak check thalasemia skali... utk kepastian..hehe agaknya sbb u dia amik darah 3mls tu.. hehe


So keputusannyaaaa...



Alhamdulillah. .


HIV test - NEGATIVE

Thalasemia test - border line (memang aku taw aku ni carrier)






Happy!! Lega dah satu hal dah settle.. tinggal lagi 3 hal kot..

1.tunggu borang nikah tunang i
2.serahkan borang nikah aku dan dia
3.appointment interview


counting days...


2Months 24Days



xoxoxo


Salam..


Daa~


Tuesday, July 15, 2014

Proses pendaftaran nikah Pulau Pinang (Perempuan)

Assalamualaikum u olz..

Last Ahad I olz oncall ye.. g keje dari pkul 10pagi sampai ke 4.30petang..sblum balik mami I olz call ajak berbuka umah tok. So jom je lah kan..


I olz sampai je rumah nampak dekat tempat letak surat ada borang. . Sekali pandang macam borang nikah.. memang borang nikah pun.hahaha untuk siapa kah borang itu?? Hahaha excited sat... !!


Terus detect mesti abah I olz yang g ambil dekat pejabat agama secara PERCUMA.. bagus jgk ada manual kan.. nk isi ONLINE pun boleh..terpulang... Just masa nak ambil borang tu bagitau kita ni pengantin lelaki(BORANG1) atau pengantin perempuan (BORANG2) so dorang akan serahkan borang  yang betul.

Borang permohonan (BORANG 2)  ni dikepilkan sekali dengan :

1. Panduan proses kebenaran berkahwin termasuk soalan temuduga pemohon
2. Permohonan berkahwin bagi perempuan ( ni untuk borang pihak perempuan yer..)
  • butir-butir pemohon perempuan
  • butir-butir pasangan
  • butir-butir  wali
  • butir-butir perkahwinan(tarikh cadangan berkahwin,alamat,mas kawin,belanja hantaran,pemberian lain)]
  • pengakuan pemohon
  • pengesahan 2orang saksi( Jawatankuasa Qaryah/Pegawai Masjid/Pegawai Hal Ehwal Islam)

3. Borang Laporan Kesihatan Untuk bakal pengantin beserta sampul surat berlabel SULIT du muka hadapan

4. Rujukan tempat Klinik Kesihatan yang sah untuk melakukan test HIV di Pulau Pinang.


Nampak gaya nya dah kena start isi sikit2. . Especially yang bahagian 2orang wali tu.. tak pe yang tu I olz rase keja abah I olz.. haha anak abah kan.. borang nikah I olz pun abah tolong settlekan.. huhuhu



Ape pun tunggu borang kebenaran pihak lelaki dulu untuk serahkan dekat pihak perempuan..seperti yang dirancangkan awal bulan 8 ni..tunang i olz akan balik kampung and proses surat kebenaran nikah die..lepas tu dia post lelaju dekat i olz memandangkan planning kami nak jumpa lambat lagi.. HUHUHU


Memandangkan di Pulau Pinang pihak perempuan wajib menjalani sesi  temu duga di Pejabat Agama Daerah di mana permohonan di buat.. so i olz kena lah menelaah balik ilmu-ilmu fardhu ain tersebut. ^_^

Antara soklan-solan nya..

  1. Mengucap dua kalimah shahadah
  2. Istighfar
  3. Selawat
  4. Bacaan Fatihah
  5. Rukan iman
  6. Rukun islam
  7. Sebab-sebab berhadas besar
  8. Larangan ketika berhadas besar
  9. Lafaz niat dan cara mandi hadas
  10. Bahagian-bahagian air
  11. Bahagian-bahagian najis dan cara bersuci
  12. Rukun wudhuk dan perkara yang membatalkan wudhuk
  13. Solat dan Rukun solat
  14. Rukun nikah dan perkara berkaitan dengannya
  15. Tanggungjawab suami,isteri dan tanggungjawab bersama
  16. Tanggungjawab terhadap anak-anak
  17. Aurat lelaki dan perempuan
  18. Waktu-waktu haram bersetubuh
  19. Talaq
  20. Hak-hak perceraian

Ohmai.. ketaq lutut ceq. satg depan pegawai lupa habih jawapan 20soalan ni.. Doakan all the best untuk i olz berjaya k.. for those yang bakal di interview pun i olz doakan semoga korang berjaya. InsyaALLAH boleh kan..


Sekian saja. Thanx sudi baca perkongsian yang tak banyak mana ni.. hope bermanfaat. iNSYALLAH bila everything selesai i olz akan cerita pengalaman di interview k..

GOOD LUCK!!




ShoutMix chat widget
/