Ayamah? Ape tu? Korang penah dengar ke tak? Aku mase kecik-kecik dah pernah dengar.. Sebab orang tua-tua dulu selalu bagi gelaran ni pada perempuan yang kerje macam sapu2 dan bersihkan kawasan. Maybe ayamah ni dari perkataan india kot..
Nurse dulu tak macam nurse sekarang. Orang ingat kerja nurse dulu2 kotor..kena bersihkan najis orang semua, kena buat kerja dengan orang sakit, penuh dengan darah dan kudis-kudis bagai.. Yang ni orang panggil ayamah..
Now, persepsi orang terhadap kerjaya nurse totally dah berubah kan? Kalay ada yang masih menggelarkan kami ni ayamah,mungkin dah meletakkan kami sebagai first class ayamah kot. Menjadi seorang jururawat adalah kerjaya yang sangat mulia. Tak semua orang boleh tahan menjadi 'misi'. Tak semua orang boleh jd penyabar melayan kerenah pesakit. Tak semua orang tahan dengan muntah, kencing dan najis dari pesakit yang tak berdaya. Hanya orang yang punya minat,tahap kesabaran dan belas yang tinggi sahaje boleh kot. Tapi tak semua orang tak boleh, asal dia usaha lama-lama minat yang mulia ni akan muncul dalam diri kita. Macam masa student dulu, ramai jugak kawan aku yang tak minat jadi nurse tapi finally grad jugak dgn jayanya. Alhamdulillah..
Menjadi seorang nurse tak susah dan tak pula senang. Senior staff selalu pesan, kalau kita buat sesuatu dengan cara yang betul..insyALLAH semuanya akan baik-baik sahaje. Jangan cuai sepanjang khidmat kita kepada pesakit. Aku selalu berharap yang aku sentiasa peka dengan ape yang diarahkan, ape yang di amanahkan dan setiap sektor keselamatan pesakit. Bagi kami, kesembuhan pesakit amat diharapkan. Kami hanya mencuba yang terbaik. Selebihnya ALLAH yang tentukan.
Hampir 2bulan aku menanti jawapan bagi setiap resume yang dihantar, alhamdulillah akhirnye ada satu yang menjadi pilihan. Setelah ditemuduga aku telah diterima untuk menjadi pekerja di Pantai Penang Hospital. Aku diterima sebagai seorang ward assistant untuk permulaan 3bulan yang pertama. Lepas 3bulan baru aku akan dinaik taraf sebagai seorang staff nurse. Ni lah yang diimpi-impikan selama ni.. Biar dapat kerja tetap selepas 3bulan. Mudah-mudahan. Doakan aku dapat kerja ni ye kawan-kawan. :)
Sekarang ni baru nak masuk minggu ke-3. Hari-hari aku ade kat operation room first floor, ye lah situ lah tmpat kerja aku. hehe For now aku just jaga post operation patient di recovery bay sampai cekap. Then aku akan dilatih untuk jadi GA nurse, Circulating nurse dan juga assistant kepada 1st nurse dalam operation theatre. Banyak ni yang nak kena belajar. Lagi 2minggu dah sebulan, cepatnya masa berlalu. Macam mana pulak dorang judge kerje aku ae? Doakan aku kuat semangat untuk terus belajar ye kawan-kawan. :)
Aku kerja from monday to friday (0830H-1700H) + saturday (0830H-1300H). Last week, kena attended induction programme, kat situ aku kenal dengan lebih rapat lagi kawan-kawan baru yang same baru join Pantai. Tapi dorang lain-lain department. Aku sorang-sorang je budak baru kat OT. Ok, best sangat ! Yang best ada breakfast dan jugak tea break. Kopi dorang kaw kot,sedap gila! hehe Terasa macam student je lagi masa attend kelas tu. (kadang-kadang tak sedar yg diri ni dah beso dah bekerjaya T_T)
Berposing sorang-sorang.hehe |
Ward assistant(female:biru,male:putih) dan clinic assistant(female:putih). |
Ok guys, tak sabar nak cerita kat korang lagi bila aku dan confirm sebagai staff nurse nanti. :) doakan taw. Take care guys. I pray for ur future undertaking !