Wednesday, August 6, 2014

Saringan HIV Pra Perkahwinan

Assalamualaikum. .. hye everyone!

Alhamdulillah harini Allah permudahkan lagi urusan perkahwinan aku. Since today kes kat ot tak berapa nak ada so aku pun amik kesempatan ni p buat hiv test.. tak la beriya sangat tapi aku dh get ready borang siap2..hehe



Aku pilih klinik kesihatan Bayan Baru.. walking distance ja dari hospital aku dan ditemani member sekerja..hehe mujur sangat shikin temankan.. kalau tak kebosanan la aku nak menunggu sorang2. 2jam nyahh baru settle semua.. keputusan dia keluar 10min ja.. nak tunggu turn..mak aiiii xtaw nak kata.. hehe. Almaklum la sapa yang pasangan jauh2 je g sorang2..hehe tak apa..janji settle dah satu hal..


Btw mana ada hiv test mcm buat upt test.. huhu klinik aku ni sedut darah aku 3mls ok.. needle paling besar aku tengok.. nasib baik aku bukan jenis penakut jarum kan..


Yang bagus nya Medical officer tanya u nak check hiv sahaja ke atau thalasemia sekali?? Of course nak check thalasemia skali... utk kepastian..hehe agaknya sbb u dia amik darah 3mls tu.. hehe


So keputusannyaaaa...



Alhamdulillah. .


HIV test - NEGATIVE

Thalasemia test - border line (memang aku taw aku ni carrier)






Happy!! Lega dah satu hal dah settle.. tinggal lagi 3 hal kot..

1.tunggu borang nikah tunang i
2.serahkan borang nikah aku dan dia
3.appointment interview


counting days...


2Months 24Days



xoxoxo


Salam..


Daa~


Monday, July 21, 2014

Persiapan Hari Raya 2014

Assalamualaikum darling2ku..

kalau di tanya pasal persiapan raya memang aku totally tak prepare apa sangat la..sob sob sob beraya secara bersederhana ja.. hee

baju raya pun tak beli... just pakai baju yg di tempah tp belum penah pakai. Ok la tu kan.. just nnt beli shawl baru.. hehe

kuih raya? Hmm kuih tunjuk je lebih.. haha shopping kerepek and kuih raya dari kawan2.. macam xbanyak aku order tapi banyak jugak... haha aku dengan mak aku sama ja.. borong punya borong last2 xda orang makan pun..hehehe hopefully habis la.. ^_^

tahun ni rumah terbuka rumah siapa? According to my father macam tahun ni rumah kitorang ja.. tak kesah pun rumah sapa sbb tahun ni xda offically baju raya so dok umah pun xapa.. hehe betul2 xkesah aku ni.. haha

cuti raya? Haa yg ni penting ni.. tahun ni tak payah cuti raya banyak2.. nak jimat cuti. Cukup la cuti raya petama kedua.. raya ketiga bawa bekal ketupat rendang pi makan breakfast kat tempat keja.. haha

Duit raya.. ni memang wajib.. since aku dah 3tahun bekerjaya so ni tahun ke3 lah aku dimurahkan rezeki untuk sediakan duit raya. Tahun last bujang.. cewahhh khas untuk mami abah tokwan tok bedah maktok; pakcik makcik; lebih kurang 25 orang sepupu kecik.. hehe tak lupa untuk keluarga bakal suami.. bhahaha maluuuuu berapa banyak tak penting..janji ingat nak bagi.. ye dak? Huhu



minggu depan last untuk g shopping or buat kuih raya last minit..hahaha adik2 aku pun balik dah time tu..mungkin baru rasa nak raya masa tu.. hee

gaji masuk 23hb ni..

Yabedabeduuuu!!!

awai masuk awai habis.. huhu

tahun ni lepas raya baru jumpa bakal suami.. tak sabar nak tunggu raya tahun depan.. kannnn... raya sesama.. ehhhh?


:P


Saturday, July 19, 2014

Reunion iFTAR 2014

Assalamualaikum kawan kawan. .

Alhamdulillah pada 19 Julai 2014.. sempat jugak kami berkumpul seramai 7 orang.. ramai gak yang tak boleh nak join..it ok, hopefully dapat join lg tahun2 akan datang.. insyaAllah. .

Sepanjang aku ni berkawan time sekolah..aku memang jenis kawan dengan semua orang.. kawan special aku cuma sorang dua.. tak de geng2 group2.. hehe

Tapi since dok jauh dengan family.. masa aku kat kl.. aku start kawan berdua jugak.. then dh nk hbis tahun belajar baru aku ada group rapat.. berlima.. Alhamdulillah still berhubung sampai sekarang walaupun berjauhan..

Reunion kali ni geng2 sekolah aku.. sekolah menengah.. hehe leader group kawan aku yg kecik2 sorang ni.. amira..every year dia lah mastermind.. dia akan contact kawan2 dia dtg gathering dgn kitorang padahal sekolah dlu lain2.. hehe hehe biar pun bertujuh dan ada yang tak kenal satu sama lain tapi still happening.. ^_^

Pekena nan cheese and briyani... memang awesome!! At Kapitan Gurney.. masing berkumpul di rumah mira.. then car pool kereta tikah dan hameem.. ford fiesta s vs mazda cx5.. letop2 kawan2 aku ni..hehe






:: faizah; amira; hanis; hameem;azman;wanie;tikah ::

last but not least.. enjoy gila dengan depa semalam.. pakat menyakat tak berenti. Maklumla kawan2 aku semua ni single2 belaka. calon2 baik punya ni.. dalam semua aku sorang ja tak bole pilih dh sebab dh dipilih.. hee apa2 roger aku.. bole adjust. Hehe gurau2 je ye kawan2.. mana taw sangkut ka.. ^_^

Aku doakan hubungan persahabatan kita kekal sampai bila2 k...tak kesah la esok ni dah ada family sekali pun kita tetap gathering bersama.. ukkuwwah fillah abadan abada.. insyaAllah~ akhir kata maaf salah silap dan keterlanjuran kata.. gurauan ja semata2.. jangan di simpan di hati.. ^_^

Till we meet again..

Love,
nurse

xoxoxo


Tuesday, July 15, 2014

Proses pendaftaran nikah Pulau Pinang (Perempuan)

Assalamualaikum u olz..

Last Ahad I olz oncall ye.. g keje dari pkul 10pagi sampai ke 4.30petang..sblum balik mami I olz call ajak berbuka umah tok. So jom je lah kan..


I olz sampai je rumah nampak dekat tempat letak surat ada borang. . Sekali pandang macam borang nikah.. memang borang nikah pun.hahaha untuk siapa kah borang itu?? Hahaha excited sat... !!


Terus detect mesti abah I olz yang g ambil dekat pejabat agama secara PERCUMA.. bagus jgk ada manual kan.. nk isi ONLINE pun boleh..terpulang... Just masa nak ambil borang tu bagitau kita ni pengantin lelaki(BORANG1) atau pengantin perempuan (BORANG2) so dorang akan serahkan borang  yang betul.

Borang permohonan (BORANG 2)  ni dikepilkan sekali dengan :

1. Panduan proses kebenaran berkahwin termasuk soalan temuduga pemohon
2. Permohonan berkahwin bagi perempuan ( ni untuk borang pihak perempuan yer..)
  • butir-butir pemohon perempuan
  • butir-butir pasangan
  • butir-butir  wali
  • butir-butir perkahwinan(tarikh cadangan berkahwin,alamat,mas kawin,belanja hantaran,pemberian lain)]
  • pengakuan pemohon
  • pengesahan 2orang saksi( Jawatankuasa Qaryah/Pegawai Masjid/Pegawai Hal Ehwal Islam)

3. Borang Laporan Kesihatan Untuk bakal pengantin beserta sampul surat berlabel SULIT du muka hadapan

4. Rujukan tempat Klinik Kesihatan yang sah untuk melakukan test HIV di Pulau Pinang.


Nampak gaya nya dah kena start isi sikit2. . Especially yang bahagian 2orang wali tu.. tak pe yang tu I olz rase keja abah I olz.. haha anak abah kan.. borang nikah I olz pun abah tolong settlekan.. huhuhu



Ape pun tunggu borang kebenaran pihak lelaki dulu untuk serahkan dekat pihak perempuan..seperti yang dirancangkan awal bulan 8 ni..tunang i olz akan balik kampung and proses surat kebenaran nikah die..lepas tu dia post lelaju dekat i olz memandangkan planning kami nak jumpa lambat lagi.. HUHUHU


Memandangkan di Pulau Pinang pihak perempuan wajib menjalani sesi  temu duga di Pejabat Agama Daerah di mana permohonan di buat.. so i olz kena lah menelaah balik ilmu-ilmu fardhu ain tersebut. ^_^

Antara soklan-solan nya..

  1. Mengucap dua kalimah shahadah
  2. Istighfar
  3. Selawat
  4. Bacaan Fatihah
  5. Rukan iman
  6. Rukun islam
  7. Sebab-sebab berhadas besar
  8. Larangan ketika berhadas besar
  9. Lafaz niat dan cara mandi hadas
  10. Bahagian-bahagian air
  11. Bahagian-bahagian najis dan cara bersuci
  12. Rukun wudhuk dan perkara yang membatalkan wudhuk
  13. Solat dan Rukun solat
  14. Rukun nikah dan perkara berkaitan dengannya
  15. Tanggungjawab suami,isteri dan tanggungjawab bersama
  16. Tanggungjawab terhadap anak-anak
  17. Aurat lelaki dan perempuan
  18. Waktu-waktu haram bersetubuh
  19. Talaq
  20. Hak-hak perceraian

Ohmai.. ketaq lutut ceq. satg depan pegawai lupa habih jawapan 20soalan ni.. Doakan all the best untuk i olz berjaya k.. for those yang bakal di interview pun i olz doakan semoga korang berjaya. InsyaALLAH boleh kan..


Sekian saja. Thanx sudi baca perkongsian yang tak banyak mana ni.. hope bermanfaat. iNSYALLAH bila everything selesai i olz akan cerita pengalaman di interview k..

GOOD LUCK!!



Checklist persiapan perkahwinan

Salam readers..

How was your day? Hopefully everything was good too.. jom sedekahkan Alfatihah dan doa buat pejuang2 dan umat islam di Palestine sana.. Al-fatihah~

Entri aku kali ni untuk aku kongsikan sedikit sebanyak persediaan perkahwinan yang telah siap dibuat.. Alhamdulillah.. tengah menunggu hari katakan.. lagi 3bulan. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. Amin~ Debaran makin terasa dah ni.. huhuhu

Biar aku senaraikan checklist dulu...

11-7bulan sebelum..

1. Dewan - done booking&deposit
2. Catering - done booking&deposit
3. Bridal - done booking&deposit
4. Kursus pra perkahwinan - done

4-5bulan sebelum..
1.Doorgift - settle payment and already received
2.Kad kahwin&gift box - done booking and deposit
3.Barang hantaran - siap beli dah tinggal nak deco je
4.Photographer - done booking and deposit
5.Kelengkapan bilik tidur - cadar dan curtain ; done ready nak pasang je..hehe


3 bulan sebelum..

going to do..

1. Ujian Hiv
2. Pendaftaran nikah
3. Homestay - done booking
4. DJ - to confirm

Monday, July 14, 2014

SAVE THE DATE PHOTOSHOOT [PART 1]

Assalamualaikum..

Pada tanggal 19 June 2014 yang lepas, aku set date ni dengan Mr.PHOTOGRAPHER untuk buat save the date video and photography session. haaa..kemain dak?? haha

Perkenalkan ni lah secara rasmi akan menjadi cameraman untuk hari bersejarah aku nanti.. group dorang ni ada beberapa orang photographer, aku deal dengan abang ni sebab dia merupakan abang kepada sahabat aku.. senang je terus deal dengan dia.. apa-apa just go through dia.. nanti dia sendiri akan contact group dia ni untuk deal pakej yang ada video highlight yang 7 hingga 8minit untuk sebagai video detik bersejarah  kita nanti sekiranya kita berminat..




Link FB : FIRDAUS SPENCER

Link Group : PETAIGRAPHY 

Gambar tak pro kat bawah ni bukan dari abang ni ye.. aku yang selpie dari hp aku. HAHAHA layan je..

Video SAVE THE DATE aku tu siap bulan 8 ni..dia akan tunjuk kat aku dulu..lepas tu insyaALLAH bulan 9 ni release. hehe Sebab masa tu dah nak start menjemput para tetamu..

Harap bersabar sebab aku pun tak sabar jugak ni.. HAHAHA masa hari shooting tu rasa macam retis pun ada.. mana tak nya dengan berpakaian serba putih..makeup pn putih lepong.. dengan camera system lagi..3 4 orang mat saleh yang ada kat area tu sempat la mintak nak ambil gambar kitorang. Kembang sikit hidung k.. fefeeling orang famous... wakakaka =.=


ATAS FERI PENANG

ABANG BECA; PADANG KOTA LAMA PENANG

MATA 'BENGKAK'; MACAM BENGKAK GARA2 SALAH BELI DIAMETER LENS..DAH LA MAHAI GILA! SILAP BELI..HUHU

DENGAN DEAL DARI ABANG NI AKU DAPAT PAKEJ NI :

1.  1 Video HIGHLIGHT 7 KE 8MINIT (AKAD NIKAH + MAJLIS PERSANDINGAN)
2.  2 ALBUM
3.  2 POSTER FRAME
4.  OUTDOOR SHOOTING
5.  FOC SAVE THE DATE VIDEO
6.  FOC BUNTING
7.  FOC 1 POSTER FRAME GAMBAR DARI SHOOTING SAVE THE DATE MOMENT
8.  UNLIMITED PHOTO (PENDRIVE SENDIRI)

Total Pakej : RM3000 

Semua yang FOC tu personally dari abang FIRDAUS SPENCER ni... ikutkan dari pakej aku hanya dapat 1-3 je.. Ok la.. actually banyak lagi pakej-pakej yang berbaloi setiap kali ada promotion. Untuk promosi sila ke page PETAIGRAPHY! :)


Masa shooting pun rasa sangat puas hati dan berbaloi.. tak sabar nak tengok hasilnya! ^_^


Sekian coretannnya. Thanx sudi baca !


Sunday, July 13, 2014

Tempahan dewan perkahwinan di Penang

Assalamualaikum semua..

Untuk majlis persandingan aku.. my family dah decide untuk pilih SEAMEO RECSAM HALL,GELUGOR,PULAU PINANG sebagai lokasi untuk kenduri wedding aku nanti..

Antara sebab-sebab kenapa dewan ni..

First, sebab kawasan rumah tak cukup luas untuk panggilan tetamu yg ramai dan parking lot terhad..

Second,sebab dewan idaman  iaitu Grandballroom Setia Pearl Island telah dirobohkan atas ketidakstabilan tanah di kawasan tu.. so mmg tahun 2014 tak boleh dah tempah dewan tu..nak buat macam mana xada rezeki..

Third, tak pikir banyak sangat dh sebab rasa dewan ni ja yg sesuai dengan budget utk tahun 2014.haha cewah macam pembentangan budget tahunan je kan..



Proses menempah dewan:

1. Pergi ke bangunan utama Seameo Recsam. Aku pergi dengan parents aku senang nak decide kalau apa2.  Cari reseptionist then bagitaw tujuan korang datang iaitu nak tempah hall untuk majlis kahwin nanti.
2. Reseptionist akan bagi korang pass masuk untuk pelawat dan lepas kita masuk ke pejabat berurusan.
3. Then time aku p tu ade akak tu uruskan pasal booking dewan. Dia bagi satu diary book. Make sure kita dh decide TARIKH HARI KENDURI tu ye. Kalau tak confirm bole jgk book dua tarikh yang berlainan tapi jangan lama2.. make sure kena confirm balik tarikh mana yg betul2 utk di booking.
4. Dah book tarikh. Pilih dewan..dia ada 3dewan kawin tak silap aku la..Tulis nama dan no telefon kita dan jgn lupa no telefon pejabat tu. Apa2 bole la contact..
5. Lepas tu deposit. Penting.. bayar deposit baru rasa terjamin sikit booking kita tu. Hehe




Kos :

Harga sewa dewan : RM800 untuk 3jam yang pertama
Tambahan 1jam berikutnya : Rm200
Aircond : RM200 per day (terpulang nak ke tak nak tapi utk pengetahuan panas sikit la kalau tak pasang..huhu)
Deposit : RM200

of course tak cukup kan 3jam masa kalau time undangan darj pukul 12.30tengahari sampai 5petang kan? So kitorang tambah another 2hours,menjadikan semua 5jam..

 TOTAL : RM1400

InsyaAllah ni dewannya.. jumpa nanti ye ! ^_^


Sekian.


Sedikit sebanyak perkongsian dengan korang dan untuk memori aku.. thanx sudi baca. :)

Saturday, July 12, 2014

Kursus Pra Perkahwinan

Assalamualaikum  semua...

Genap dah setahun aku pergi kursus kahwin ni.. hahaha nasib xada expired date bagai...kalau ada memang tak pegi lagi la awal2..masa ni tak tunang pun lagi..ni semua sebab aku teman kawan aku..dia yang nak kawin hujung bulan 12 tahun tu. Dah alang-alang si zana nak pegi.. aku dgn shikin pun follow.. hehe

Tahun ni Alhamdulillah aku dan shikin bakal mendirikan rumah tangga. Cewah.. hehe

Tak best la cite.. kena p sendiri baru rasa macam nak kawin. Haha yang penting kena ada rasa nak bertanggungjawab dan komitmen..







Tarikh : 6 Julai 2013- 7Julai 2013 (Sabtu-Ahad)
Lokasi : Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang
Yuran : RM80


shikin, aku, zana
:D

sekian.
thanx sudi baca ! :)


Wednesday, July 9, 2014

Majlis Kesyukuran & Pertunangan

Assalamualaikum.. hye readers sekalian..

Satu lagi entry yang dah hampir setahun. Hee punya lah malas kan.. tak dak laptop terus tak reti nak update. Jauh beza sangat dari zaman student dulu2 oii.. mai bulan posa ni rasa nak pulun cerita perabis..huhu mood tetiba ada..

Meh mulakan..

Alkisahnya.. lepas kejadian di lamar tu. Sesi mak-mak kitorang pulak lah calling2.. nk bagitaw hajat anak-anak dorang ni dah gatai nak menikah.haha masa tu belum la nak nikah tu tapi baru suh tanya nak bertunang.. hee


Lepas borak lebih kurang.. aku set date. Kemain ni.. bersungguh nak kawin. Hakhakhak  aku pilih 16 November 2013 bersamaan 12Muharram1435H. Dan Alhamdulillah dipersetujui kedua-dua belah pihak..iaitu 3bulan dari tarikh aku dilamar.

Dengan hantaran 7 berbalas 9, maka datanglah rombongan ke kediaman rumah ayahanda dan bonda ku di Pulau Pinang..

Syukur rombongan sampai dengan selamat.. semua berjalan dengan lancar walaupun atur cara berganjak sampai ke petang atas sebab2 tertentu.. tak ape biar pun aku dengan family gelisah menunggu. . Aku tetap disarungkan cincin comey lote di jari manisku oleh bakal ibu mertuaku..segak sangat bakal mak mertua aku.. berbaju kurung serba merah.. hehehe



Apa pun aku rasa bahagia dan bersyukur sangat dengan kesempatan yang ada. Menjadi tunangan orang dan diberi tempoh 1tahun ke majlis pernikahan kami. ONE STEP CLOSER!!




Gambar lagi boleh tengok kat FB album My e-day aku..

FB : HANIS SYUHAIDA


Thanx sudi baca.. :)

Lamaran

Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam Ramadan.


Alhamdulillah dah sebelas hari kita menjejakkan diri dalam keberkatan bulan Ramadan ni.. Semoga kita semua memanfaatkan kebaikkan dan kemuliaan yang ada pada bulan ni ye.. insyaAllah amin! ok,sekian mukadimah aku.. huhu

Sebenarnya teringat nak buat entry ni sebab 9bulan yang lalu aku masih ingat lagi lamaran yang aku terima untuk dijadikan teman hidup.. iaitu isteri kepada boyfriend aku. Haha ish.. klakar bunyinye kn.. =,=

Alkisahnya.. tahun lepas tahun 2013 dari awal bulan hingga ke tarikh kejadian lamaran.. aku ni asyik stress ja.. tekanan tang mana tak taw lah. Sampai satu tahap aku jadi sensitif langsung! Langsung x bole tgk orang post yang bahagia2 dengan suami..gambar kawin ke gambar tunang ke.. terus rasa down. Hope korang paham la kan maksud aku apa kan, bukan maksud iri hati dgn kebahagiaan orang tp dalam hati nak rasa macam tu tp ada ka orang nk kat aku?

Sedangkan aku dah 3tahun ni bercinta dengan boyfriend aku ni..rasa mcm sesuatu sangat.. sampai bila nak dok jauh2 ni.. sorang Penang sorang Selangor.  hmmm macam mana tu? dalam pala aku KAhWin ja kot dapat settlekan.. baru parents tak risau dh..

So bole kata hari2 lah aku tanya.. aku tanya ja.ulang.. TANYA ja.. hehe tanya pasal bila nak kawin dgn si bf aku ni. Taw je lah laki kn.. tambah tak ready lagi.. masa tu dia baru setahun lebih start keja.. bg aku ok la tu kan.. punya tak sabaq tu. Haha bagi dia aku ni dok desak dia la.. hari2 tny soklan yang sama.. dok stress p stress mai.. dia pun stress dh dengan soklan aku.. mcm tak dak soklan len dah kot naa..

Pujuk punya pujuk.. fikir punya fikir..

Last-last lepas balik sembahyang raya tahun lepas..kami calling2. aku dok tanya lagi. Haha Ntah..sayu sangat rasa ni. La ni mcm nak tanya hang nak kat aku ka tak mau? Tu dia.. mcm nak bagi kata putus macam tu tuh!! teghukk hang nah.. paghahhh!

Ok2.. sembang punya sembang.. tetiba dia tanya betoi ka nak jadi wife dia ni. Aku pun.. hmm yelah..nak lah.. hahaha gituw..malu dak?? sambil sembang dia mencelah cakap dengan mak dia..

"Mak, anis suruh masuk minang dia.. "

Mak dia pun ingat bergurau lah kot..

"Boleh.. bile? Esok ke? Hehehe

Serious.. tak taw macam mana nak bagitaw perasaan masa tu. At least macam sesuatu la akan berlangsung dalam hubungan kami.. biar pun aku yang mulakan dia.. biar pun aku yang 'desak' dia.. tak payah pun adegan will u marry me sambil bakal suami melutut hulurkan bunga dan cincin.. sob sob sob T_T over hang ni!!

Alhamdulillah desakan yang bakal membawa bahagia... mudah-mudahan.  Huhu

1 Syawal 1435H. Alhamdulillah. . Aku dilamar.


SEKIAN.

Ya Allah
Satukanlah hati dua hambamu ini sepertimana engkau satukan hati
ADAM&HAWA,
YUSUF&ZULAIKHA
Dan seperti engkau satukan hati
MUHAMMAD Saw dan SITI KHADIJAH..



Amin Ya Rabbal Alamin~






Tuesday, January 14, 2014

InsyaAllah will be back!

Salam semua..

tetiba teringat balik kat blog ni.. hampir setahun jgk x jenguk ni.haha kesian my blog sampai tuan nye blog pun dh lupa emel and password. Uhh

ape pun InsyaAllah aku akan update balik when rajin.. maklum la sekarang ni dgn fb and ig ja. Bitstrips pun kadang2. Haha

ok guys. Just for short entry. Will meet up soon. Take care.  Nitez. Zzzz


salam maulidur rasul.12 Rabiulawal 1435H.  14.1.14.

ShoutMix chat widget
/