Showing posts with label Dewan majlis kenduri. Show all posts
Showing posts with label Dewan majlis kenduri. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Aku dan encik boyfren aka encik tunang dah berkahwin!

Assalamualaikum.. 

Hai korang..perasan tak setahun kemudian aku muncul kembali untuk update blog. Hehe update untuk memori tua nanti..

ni pun tak taw sampai bila pulak mood rajin mengupdate and sharing entry akan terus dipraktikkan.. jangan marah haa.. hehe tp percayalah setiap apa yg ditulis dalam blog ni penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang taw. Hewhewhew

Berbalik kepada tajuk entry..

31 Oct 2014
Dinikahkan di Masjid Al-Qahhar, Permatang Damar Laut, Pulau Pinang.




Alhamdulillah akhirnya percintaan dipanjangkan jodoh dalam pernikahan. ^_^



1 NOV 2014
Majlis resepsi sebelah perempuan di Dewan Recsem, Gelugur Penang.

16 NOV 2014
Majlis bertandang rumah suami di perkarangan rumah Sungai besar, Sabak Bernam Selangor.



Thats all for sharing of our big day.. Till then, tq for reading! see ya ~



Tuesday, July 15, 2014

Checklist persiapan perkahwinan

Salam readers..

How was your day? Hopefully everything was good too.. jom sedekahkan Alfatihah dan doa buat pejuang2 dan umat islam di Palestine sana.. Al-fatihah~

Entri aku kali ni untuk aku kongsikan sedikit sebanyak persediaan perkahwinan yang telah siap dibuat.. Alhamdulillah.. tengah menunggu hari katakan.. lagi 3bulan. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan. Amin~ Debaran makin terasa dah ni.. huhuhu

Biar aku senaraikan checklist dulu...

11-7bulan sebelum..

1. Dewan - done booking&deposit
2. Catering - done booking&deposit
3. Bridal - done booking&deposit
4. Kursus pra perkahwinan - done

4-5bulan sebelum..
1.Doorgift - settle payment and already received
2.Kad kahwin&gift box - done booking and deposit
3.Barang hantaran - siap beli dah tinggal nak deco je
4.Photographer - done booking and deposit
5.Kelengkapan bilik tidur - cadar dan curtain ; done ready nak pasang je..hehe


3 bulan sebelum..

going to do..

1. Ujian Hiv
2. Pendaftaran nikah
3. Homestay - done booking
4. DJ - to confirm

Sunday, July 13, 2014

Tempahan dewan perkahwinan di Penang

Assalamualaikum semua..

Untuk majlis persandingan aku.. my family dah decide untuk pilih SEAMEO RECSAM HALL,GELUGOR,PULAU PINANG sebagai lokasi untuk kenduri wedding aku nanti..

Antara sebab-sebab kenapa dewan ni..

First, sebab kawasan rumah tak cukup luas untuk panggilan tetamu yg ramai dan parking lot terhad..

Second,sebab dewan idaman  iaitu Grandballroom Setia Pearl Island telah dirobohkan atas ketidakstabilan tanah di kawasan tu.. so mmg tahun 2014 tak boleh dah tempah dewan tu..nak buat macam mana xada rezeki..

Third, tak pikir banyak sangat dh sebab rasa dewan ni ja yg sesuai dengan budget utk tahun 2014.haha cewah macam pembentangan budget tahunan je kan..



Proses menempah dewan:

1. Pergi ke bangunan utama Seameo Recsam. Aku pergi dengan parents aku senang nak decide kalau apa2.  Cari reseptionist then bagitaw tujuan korang datang iaitu nak tempah hall untuk majlis kahwin nanti.
2. Reseptionist akan bagi korang pass masuk untuk pelawat dan lepas kita masuk ke pejabat berurusan.
3. Then time aku p tu ade akak tu uruskan pasal booking dewan. Dia bagi satu diary book. Make sure kita dh decide TARIKH HARI KENDURI tu ye. Kalau tak confirm bole jgk book dua tarikh yang berlainan tapi jangan lama2.. make sure kena confirm balik tarikh mana yg betul2 utk di booking.
4. Dah book tarikh. Pilih dewan..dia ada 3dewan kawin tak silap aku la..Tulis nama dan no telefon kita dan jgn lupa no telefon pejabat tu. Apa2 bole la contact..
5. Lepas tu deposit. Penting.. bayar deposit baru rasa terjamin sikit booking kita tu. Hehe




Kos :

Harga sewa dewan : RM800 untuk 3jam yang pertama
Tambahan 1jam berikutnya : Rm200
Aircond : RM200 per day (terpulang nak ke tak nak tapi utk pengetahuan panas sikit la kalau tak pasang..huhu)
Deposit : RM200

of course tak cukup kan 3jam masa kalau time undangan darj pukul 12.30tengahari sampai 5petang kan? So kitorang tambah another 2hours,menjadikan semua 5jam..

 TOTAL : RM1400

InsyaAllah ni dewannya.. jumpa nanti ye ! ^_^


Sekian.


Sedikit sebanyak perkongsian dengan korang dan untuk memori aku.. thanx sudi baca. :)


ShoutMix chat widget
/