Monday, January 31, 2011

Update bila tinggal di rumah sorang-sorang.

Assalamualaikum.

Hari ni dan hari sebelum-sebelumnya, masih tak taw nak update ape dalam blog ni. dah penuh dengan sawang agaknya. Lappy kesayangan dah dibawa adek comot ke kolejnya. Aku ingat dia just pinjam kejap untuk lepak dengan cik awek je. Dah la lusa(Rabu) bru nak balik. Tinggallah aku seorang bertemankan PC di rumah. :( Oh ya, aku dah sampai Penang semalam. Dalam pukul 3petang. Kot.

Adek2 aku just gelakkn aku,dorang kata surprise aku tak jd..sebab aku mula-mula cakap nk wat surprise memandangkan masa aku beli tiket aritu aku tak bgtaw dorang pun hari apa nak balik tapi at the end aku penat nak wat surprise2, terus je dekat nak sampai Juru aku call mak aku suh datang amik. hehe Mak aku budget aku nak balik Isnin atau Selasa. Amboi mamy,tak mau anak balik cepat nampak.hehe

Dah berhari aku tak main FB. Tup tup arini aku nk log in dia kata content cannot display. Kena block? Kena hack? Omaigod, mcm mana ni? huhu Silap-silap kena wat FB baru. Dah la baru nak femes ni. Takkan aku nak add kawan kawan aku balik. Sia-sia punya kerja tu. Exam dah dekat. Adoih, FB wat perangai ! Cis.

Encik BF. Rindu? Yup, tengah rindu dia lah ni. Sangat rindu ! Ceh, padahal baru je sehari kot berjauhan. Tapi serious, RINDU aamaaatt! Aku taw dia pun tengah rindu aku tu. Tipu la kalau tak rindu. hek3 Betoi kan B? Kalau rindu, calling calling la. Jangan sibuk wat MISScall je. :P Japg dia call lah tu. theheehee

Thats all for this entry. Ok la kan dari tak update langsung. hehe Ok, done. Bye peeps.


p/s : waiting for photoshooting time. :)

Sunday, January 23, 2011

Crazy Love Contest

Sila klik banner di atas untuk ke tuan punya contest. :)
Tarikh tutup penyertaan : 14 Feb 2011

Dan untuk contest kali ni aku dengan senang hati telah merajinkan diri untuk mengedit gambar ni menjadi begini.

~

~

~

~

hahaha macam kelakar je aku sendiri tengok. tapi comel jugak.hehe 

Cik Juri, selamat memilih pemenang ye. :)

Tag : Hunny | Niesa

Pencarian Model Sinar Inspirasi by Orange Photography

Assalamualaikum.

Hello dearest reader(s) and beloved follower(s). :)

Actually i dunno where to begin but Alhamdulillah i was in as a contestant of Pencarian Model Sinar Inspirasi by Orange Photography within this week. So, perhaps u guys can help me to vote my selected photo by clicking the "LIKE" button. It seems simple right? But only u guys can make it successful. :)

Those are the steps for u guys on order to vote for me.

  • Firstly, be a fan of Orange-photography by clicking "LIKE" button. HERE

Oh guys, thanx so much !

  • Next, you guys are going to vote for me. Click HERE to view my photo. Then, click the "LIKE" button on my photo.

Thanx a lot girl(s) and boy(s). Don't hesitate to drop me a comment if you have any doubt. You guys are much much much appreciated ! Love ya !

Pembawa genetik yang masih hidup dan akan terus hidup sehingga ajalnye.

Assalamulaikum.
Tertarik dgn celoteh pengacare nasi lemak kopi O pagi suatu masa dulu. Aku masih ingat lagi sampai sekarang.
 
Katanye zaman skng nie,sebelum berkenalan,sebelum bercinta,waktu chatting contohnye, soalan pertama yg kite kne tnye..
"Awak nie pembawa Thalassemia/carrier Thalassemia?"
hehehe.cm klaka pulak.tp bile pikir2, actually bende ni penting tau.
Pembawa thalassemia selalu nye sihat. Dan sihat walafiat.Takde masalah kesihatan.

Amitha bachan carrier thalessemia.pemain bola zidane jugak,
tetapi kalau pembawa thalassemia berkawin dgn pasangannye yang juga pembawa thalasemia.peratusan untuk zuriat mereka mendapat penyakit thalasemia sgt tinggi.
 
Ape Thalassemia ni sebenarnye??
 
In simple words ialah penyakit sel darah merah.Sel darah merah yang normal terdiri daripada hemoglobin.bagi pesakit thalassemia,structure hemoglobin mereka tak normal.itu yang menimbulkn masalah.
untuk maklumat lanjut, pegi la wikipedia, or visit
here.


 
So reader(s) adakah anda pembawa gene thalassemia?? Macam mane kite nk tahu kite ni pembawe penyakit nie atau tak eh?dgr kate, kerajaan kite dlm usaha nak myedarkan rakyat malaysia tentang penyakit ini, dan sedang diadakan screen test percuma untuk kite test sama ada kite carrier atau sihat sesihat2 nye.

Actually, Aku ni dah disahkan pembawa thalasemia. Alhamdulillah sihat walafiat je. Mase aku form4, ade la 1rombongan nurse-nurse dari hospital besar Pulau Pinang(GHPenang) datang kat skolah aku. Aku ni jenis tak takut kena amik darah so dengan rela hati la bg nurse tu amik darah aku. Ala, ciput je pun dorang amik.hehe Dan free-of-charge je. 


Antara aku dengan kawan-kawan aku, result aku je yang tak sampai-sampai dekat rumah(result diketahui melalui surat yang di post ke rumah). Then nama aku di announce oleh cekgu aku masa kelas add-maths untuk test screen untuk kali kedua sebab die kata aku punya bentuk darah pelik sikit. Cara cekgu cakap macam aku nak mati ja masa. Cuak maut aku.Tapi cekgu jugak yang merelaxkan aku kebetulan husband cekgu tu membe abah aku. So kenal lah. Cekgu tu sendiri yang cakap kat abah aku kata aku pembawa Thalasemia.

Pehtu apa lagi, satu family aku la kena g wat rombongan kat GH Penang untuk screen abah,mamy dan adek2. Result da kuar baru la dapat detect. Rupanya aku mewarisi gen dari abah. Abah peturunkan gen abah pulak dekat aku dengan adek lelaki aku(no2). Bertuahnye aku rasa.hehe Mamy and adek kembar aku je yang totally normal.

Kalau korang terpikir nak buat screen test ni korang bole je buat kat mana-mana hospital kerajaan. Murah sikit. Private pun boleh, tapi kalau korang anak-anak CEO dan sekutu dengannya boleh je wat kat private. Lagi cepat dan mudah. Tak payah beratur barisan panjang-panjang. Dan nurse-nurse pun comel-comel, lemah lembut je.hehe Terpulang pada kemampuan. Macam aku kat kerajaan sudah.GH Penang ok. Tengok pada tempat lah kadang ok kadang tak ok. Berapa kena aku tak taw. Sebab pakai panel. Huhu

Erm, tapi korang jangan risau peratus orang pembawa thalassemia ni sgt sgt sgt rendah sebenarnye. satu dalam 10 ribu kot? taksure2.. maka, peratus seorang wanita pembawa thalassemia berkahwin dgn seorang lelaki yang juga carrier lagi2 la rendah. sbb tue lecturer aku ade cakap,mereka adalah pasangan yang kurang bernasib baek.

Omputih kte, prevent is better than cure.Aku rasa ada baiknye korang pegi buat screening test. Untuk masa depan korang jugak. Untuk bakal baby anda yang comel-comel.Tak silap aku pasangan yang nak kawin memang kena amik test ni dah sekarang ni. Ni just untuk pengetahuan korang je lah ye.



Thanx for reading!




P/s: En.bf pun belum test ag. Tak de mase.huhu

Friday, January 21, 2011

Lambogini pancit.

Aku nak hupdate ag ni. entry aku mostly pasal aku ngn en.bf aku je kan? hope korang tak bosan la. kalau nak bace, bace je. kalau tak mau bace pun aku tak kesah. :) Nak buat macam mana hari-hari pegi posting die yang hantar.

Sampai rasa perit jgk lah mengambil menganta. Taw punn. Nasib baik tak sampai 2bulan aku kena post. Kesian en.bf. Tapi dan sayang, apa pun kena sanggup.hehe Thanx en.bf.

Aku tengok roster, lagi seminggu je untuk bergelar student praktikal DDMC. pastu chow untuk seat for exam n presentation. suda abis relax ma. lemak-lemak yang terkumpul pun harus dikurangkan. huhu Sbar ye en.bf. Tugas anda bakal berakhir tak lama lagi. :)








Anda nampak apa yang sedang saya tonjol kan? Jom kita terjah ! hehe Aku di bengkel repair moto ni. Tengah ushar n skodeng mamat-mamat convoi yang baru sampai sini. Disebabkan curi-curi amik gamba so ni lah hasilnya. gambar pun jadi HALF. Jadi lah dari tak xde. Hensem2 gak, nak kasi korang tgk kot-kot korang berkenan tapi sorry la xde. Haha


Al-kisahnye yang bole kami tersesat masuk bengkel tu sebab "lambogini"(nama manja.haha) kitorng pancit la.hehe actually tayar pecah. Meletup kt atas jalan. Alhamdulillah tak jd pape n urusan kami dipermudahkan.


Lepas tu kami lepak restoran sebelah untuk isi perut. RESTORAN SUNGAI,Prima Damansara. Bole tahan jugak la rasa masakan dia. Sume standard cafe santai-santai. Best je. Rupanya restoran ni penah je JALAN-JALAN CARI MAKAN singgah buat liputan. Patut la macam famous,ramai orang datang.hehe Dan murah je. :)

*abaikan reaksi muka aku yang tak semenggah. di snap oleh en.bf.
 p/s: da lame da cte ni. pic nak loading lame sgt tu yang tertangguh. Sorry ye. :)

Wednesday, January 19, 2011

Bersiar-siur.

Assalamualaikum.


Kejam pulak aku rasa aku ni bila aku asyik ajak encik boyfie aku kuar. Sana sini aku ajak.huhu Kadang-kadang kesian kat dia, walau pun tak larat kena turut je. Aku ni dah la gedik sikit. Kalau tak kuar boleh nangis oO. Naik heran aku. Kawan-kawan aku lagi lah heran. Aku kalau nangis macam baby-baby yang nangis dan kita yang jaga die tak tahu ape sebenarnye die nak. Lagi pujuk lagi nangis. Aku macam tu lah kot. Konon-konon baby la kan.haha


Nak tawu arini kami pegi mane? Aku tak nak cakap. Biar korang tengok gambar n korang taw la kami pegi mana.hehe

Auw, panas.

Cop!! Tengok tu tak sharp! Yelah aku kan tak de seni nak snap gmbo cntik2.

Haha :P

Buat gamba albumok gak ni.hehe

Baget jadi model kejap.haha

Penat la tu.

Pening kepala encik boyfie tgk pangai aku.haha

Walaupun aku snap blur blur tapi nmpk comel je kan? macam syafiq masa kecik-kecik. Marah dia aku amik gamba blur. Aku kan xde seni. :(
Semangat 1 Malaysia.

Menikmati alam.

Penat dah die....

Penat tol muka dia.

 Kami bunga. haha Sorry letak gmba ni.hehe



Dan lepas penat lelah,peluh merecik-recik. Encik boyfie pun da nak pitam-pitam sebab panas. Kami pun gerak g Lot10. Cadang nak jmpe kakak encik boyfie. Ok la. Aku follow je. Kakak encik boyfie bru je msuk keja kat A&W depan Lot10 tu. So, ni lah 1st time aku jmpe kakak die. Oh. Hye kakak ! :) Tak same pun muke dorang. Yang si adek(encik boyfie) nampak macam abang kepada si kakak. Adek lagi bolat dari kakak. Ayat aku macam mintak pelempang je.hehe :D

Mase kat A&W, akak encik boyfie kasi root beer segelas plus conny dog sorang satu. Auww! Dapat makan free! haha

Korang ingat lepas tu kami nak balik ke? Haha kami ni kuat berjalan. Singgah Petronas dulu untuk solat-solat. Then pi lepak curve pulak. hehe

Pastu singgah Starbucks. 

Muka statik ! haha

Duduk-duduk meluahkan perasaan bagai. Rasa romantik kejap. hehe Kesian tgk encik boyfie. Muka letih ja. Jam pukul 10 lebih. Macam awal lagi. Tapi balik je lah. Da puas berjalan arini. hee~



Ape pun, thanx encik boyfie sbb bawak saye jalan-jalan cari makan. :D


Tuesday, January 18, 2011

Souvenirs

Ni gift dari Langkawi. Pemberian Kak Niesa! Mase kak niesa hulurkan case yang penuh dengan souvenirs2..aku lah orang pertama yang berebut untuk curik yang tercomel dan tercun. Thats why aku dpt pink! yang menyirap dengan aku sbb tak dapat yang pink ni sorry banyak2 ae.jangan marah. HAHA Btw, thanx so much kak !



And yang ni pulak nun jaoh dari Sabah. Miera kasi ! Sweet je. Gift kali ni yang paling cun dapat kat Abby. Colour die just nice.HEHE Thanx to u too Miera !



Auww! Mereka sweet-sweet. Masih ingat nak kasi souvenirs dekat aku. Sayang korang lah gini.hehe Korang memang best! Muah! :)

Monday, January 17, 2011

Khurafat.

Assalamualaikum.



Petang td lepak-lepak depan tv tiba-tiba ade iklan cakap cite KHURAFAT best. Aku pun macam agak gedik gak ar nk tgk. Adventure la sikit lau tengok cite seram kan. Tambah pegi ngan En Boyfie so tak de la takut. Kalau takut pun ade je En Boyfie kat sebelah. So boleh mengade-ngade sikit. haha 

Sayang, jom? :) Survey dulu kat gsc.com.my. Then. Aku pun cepat-cepat pegi mandi. Jam pukul 1ptg aku baru nak pi mandi. Anak dara yang good kan? hee~

Kami decide tengok kat One Utama je lah sbb kalau Midvalley mst tak sempat punya and orang mst ramai punya. Better yang dekat-dekat sudah. 


Sebelum cite mula kitorang snap gamba dulu. Sorry kurang jelas sbb dalam wayang. Dalam ni kan gelap. Muka En Boyfie yang berbangga dengan Cik Aweks kat sebelah. Mentang-mentang awak nmpak cerah. Grr. :P

Ok. Back.



Duration cite ni 1jam 20minit. Memang seram. Seram kat part-part hantu nak kuar. Time tu aku sorok-sorok kan mata aku di celah-celah jari aku. Tapi tak pejam pun. Tetap kuat kan hati nak tengok sejaoh mana keseraman cite tuh. Hebat kan gadis macam aku? haha Kalau Abby aku rasa dah kuar panggung agaknye.hehe :P

Tapi cite die terasa kejap je. Macam tak complicated sgt. But not bad la cite antu kali ni. Yang tak leh blah background dalam cite ni sume gelap2. Bayangkan mane boleh gelap-gelap dalam kawasan hospital. Ye la nama pun cita antu. Unsur-unsur keseraman kena ada. hehe Dalam bilik mayat tu lagi seram..huhu Sumpah seram. Camna la nanti kalau aku pulak yang kena msuk untuk jaga bilik mayat. huhu Tak mau ! Tak mau ! Biarlah tu kerja MA(medical assistant) ja.

En Boyfie cakap, isteri tak boleh keluar tanpa izin suami walaupun emaknye meninggal sekalipun. Sape yang tgk cite tu, isteri die da kol suami die banyak kali tapi tak angkat call. Hp suami dia tak berbunyi masa tu. Isteri dia keluar jugak rumah sebab da emergency sgt kan mak isteri tu dah sakit. Masa suami die dapat jawab call, isteri die siap da otw dalam keta ag. So die kuar umah dulu sebelum mintak izin suami die. Tak pe ke?

Apa pun semuanya just imiginasi dan fantasi. Tak de kena mengena dengan yang hidup atau yang mati. Rekaan semata-mata. Moral of the story, korang yang tengok korang mesti taw. Yang belum tengok sila-sila lah tengok. :)

Sunday, January 16, 2011

Gesekan Menghasilkan Cas.

Assalamualaikum.

Gesekan yang macam mana tu? Sila kawal tahap imiginasi anda.

Di suatu petang yang tak berape nak indah. Hujan kat luar renyai2. Aku time tu kena kerja shift petang. Dan kebetulan patient tak ramai. So menggodek lah kami mencari kerja-kerja yang boleh untuk mengisi masa percuma. 

Menggentel misalnya. Alah, begitu mudah untuk menggentel. Gentel ikut sesedap jari anda. Janji hasilnye comel lote. Tiada unsur kelucahan di sini. Kawal imiginasi anda.

Maksud aku, menggentel kapas untuk dijadikan cotton swab misalnya.

Lepas sedap-sedap aku menggentel kapas-kapas td menjadi bentuk yang sepatutnye bersama staff yang lain. Ade akak staff ni kebetulan nak order ABC. So, dipendekkan cerita dia bukak purse untuk keluarkan duit. Mase aku ambil duit yang dihulurkan. Bunyi seperti terkena cas dan tangan aku dan tangan dia terasa kebas sekejap. Heran dibuatnye. Lepas tu tergelak km sebab masing-masing dengan muka heran yang tak leh blah.

Dan kenapa sentuhan td menghasikan cas? Ada kena mengena ke dengan gentelan td?

Berdasarkan kajian yang dibuat dari sumber yang boleh dipercayai.

Cas. Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.

Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif. 

Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi.

Tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil. 

Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.

Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif !

Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.

Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan. (bilik tu sejuk dan tombal pintu plak dari logam so aku selalu terkena shot.)

Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang yang terkena sumpahan ultraman atau pengaruh dragon ball.

Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri. 



Ok, dah jelas? Aku pun baru taw ni. Selalu sangat jadi kat aku so aku pun macam very nak taw sangat kenapa.

Sekian. Terima kasih kerana membaca.

Thursday, January 13, 2011

Tag. :)



Siapa anda di rumah?
Anak kepada Mohd Ghouse & Jamilah. Kakak kepada 3 orang adik. Akhyar, Nabil & Nabilah. Bakal menjadi wife kepada Mohamad Syafiq Sarani, InsyaALLAH. :)

Siapa anda di samping rakan?
Seorang yang periang. If let say tak de mood aku just berdiam diri dan hanya tersenyum. :)

6 benda yang anda idamkan tapi belum tercapai
1)Nak graduate
2) Nak ade semangat untuk kerja. Money. Money. :)
3) Nak ambil lesen keta. Budak baru belajar.
4) Nak belajar masak. Maybe.
5) Dapat restu dari abah & mummy untuk everything yang aku buat dan bakal buat.
6) Nak kahwin dengan Syafiq. Bila berkemampuan.


siapa nama pasangan anda?
En Mohamad Syafiq aka Shah



Ceritakan 5 perkara yang anda suka tentang pasangan anda
1) Penyabar
2) Romantik
3) Menepati janji dan punctual
4) Caring
5) Pandai pujuk


Adore him damn much ! Sayang, love u !


Bila tarikh anda couple?


13 August 2010

So today means dah 5bulan kami secara rasmi jadi couples. Before declare sempat jugak km kenal gitu-gitu dalam 1year. Then getting closer 2 months. Boleh tak kalau tak mau couple lama-lama?




Happy 5 Months Anniversary Sayang. :)
May ALLAH bless us.

Apa kenangan pahit anda bersama pasangan ?
Everytime if ade pun kitorang just leave it away. Tak nak ingat-ingat. Just kenangan manis untuk dikenang.

Lagu tema cinta anda?
Tak ade kot. Jenis layan je sume lagu. ngee~


Apa perubahan yang anda ingin lihat dari pasangan anda?
Tak ada perubahan yang diharapkan cuma berharap one day nanti, dialah lelaki yang akan bimbing aku ke jalan yang benar, InsyaAllah..




Sekian, thanx fer reading (!)

Wednesday, January 12, 2011

Fashionista

Oh guys ! Lately aku memang freak tengok gurlss gurlss yang gler berfesyen. Updated ye gurlss gurlss sekarang. Aku pun tak sangka. Muda-muda ag dah ade yang jd model untuk fesyen-fesyen yang mostly orang akan heran. Fesyen ape yang korang cube tonjolkan. But gurlss out there korang memang berani lah. Berani mencuba fesyen fesyen baru. Mostly budak skolah pun dah active buat buat bisness on9. Fulamak, maju gler dah. 

And hari tu aku tgk at tv3. Program remaja kot. Aku pun tgk skali imbas je.Ade gurlss ni bukak kedai sendiri. Kecik molek aje die. Macam tak percaye.Tup tup tengah godek godek sambil jenjalan ke belog orang aku jmpe blog gurlss tu.



Kelik je pic atas ni untuk view belog die. :)


This is antara gurlsss gurlsss yang dah serbu ke butiks tu. Memang sakan ar dorang. Aku pun nak jugak !! Nak taw ape yang best. Hope prices dress dress comel affordable untuk aku. tu yang penting~ HAHA

Kelik ke pic ni untuk view belog adek ni. :)

Aku rasa dorang ni still schoolage lagi. sebab dorang mcm kecik kecik n comel comel je. Class gitu. And aku dah 20-an. Macam kind of weirdo je dengan wardrobe yang fesyenista cam gitu. HAHA But kalau u alls nak try and brani cube lah. :) Fesyen die not bad lah untuk gadis-gadis remaja macam u all. *macam lah aku bukan gadis remaja jugak.tp act dah awal dewasa dah aku ni.hehe

Kelik pic untuk ke belog gurls ni.
And this belog, baru En. BF perkenalkan dekat aku petang td. Dia terbaca one majalah and terpublish link blog gurlss ni kat situ. Bila aku godek-godek mcm gurlss ni pun penah pegi boutique Si Jezmine tu. Femes jugak boutique die. Yerla kalau tak takkan sampai nak msuk tv sume kan. 

Ape pun wish Gurls gurls cantek kat luar sana, ALL THE BEST ok ! :) Jezmine, gud luck !

p/s : kempunan nak beli pants and jaket. huhu



Bila Hati Dah Sayang.

Assalamualaikum.

Sorry la tak update2 pun belog aku ni. Asyik dengan contest je kan. Sampai peminat no1 belog aku pun da complaint2 dah sbb belog aku tak berup-date(!). And bila dah lama tak update aku jd mcm tak de story kejap.huhu Disebabkan tak up-date jgk lah aku sendiri rasa bosan nk check-it-out belog aku yang sekangkang kera ni.

Arini aku keja petang,macam biase bila keja petang aku ngn die lepak dulu kat Restoran De Pecah Periuk @ DamansaraDamai. Lauk tengah hari pun so and so je. Alhamdulillah, janji kenyang. :) Kebetulan lagu kat radio restoran tu lagu yang aku taw. Aku pun sibuk lah menyanyi. Kalau tak taw tu aku duk diam je lah.hehe Tak silap aku kumpulan Scorr-Bila Hati Dah Sayang. Tengah sibuk2 aku nyanyi, tak sangka pulak die dengar suara sumbang aku yang slow sgt tu. sbb time tu die sibuk belek majalah ikan.huhu Heran kejap kenape dia pegang kepala aku sambil usap2 lak tu(macam usap kepala seorang bayi yang comel)  n tny, "Sayang tawu lagu ni?? Shah pun tak penah dengar lagu ni." Kenape aku rase cam manje gler? Huhu Aku memang suke kalau dapat aksi yang tak aku sangka dari die. Rasa disayangi. huhu Ayat aku mcm tak disayangi je sebelum ni kan.huhu



Aku kan lepas je time aku nak balik keja mst aku excited. Suka ja sbb aku taw dia mst setia tunggu aku kat luar. And yang pasti kami suke usik mengusik mase otw nk balik tu. Memang bergelak2 lah kami.Huhu Entah, memang kami bahagia dengan cara tu. Dari aku tgh kerja lagi kitorang msg2 n die ajak aku lepak uptown. Untuk makan. Perut memang tengah lapar. Nk makan ape? Western food maybe. :)

Tiba-tiba kan. Aku kadang-kadang rase macam nak ade duit banyak2. Yups, bak kata orang ada duit ada segalanya. But money sometimes cannot effort to buy things that hard to find. It is more than enough for me to get something that can understand me truly from their heart. Aku tak nak lain. Biarlah ape pun yang aku buat lepas ni bukan sebab aku ni pentingkan diri or nak menyusahkan orang. Ape yang aku harapkan aku takkan kecewa kan orang lagi dan insan2 keliling aku tetap bahagia. Tapi aku nak jugak rase bahagia yang berkekalan bersama mereka-mereka.

I know there r something in ur head.huhu



Gara-gara western food. RM**. Aku tak taw nak ckp apa. But thanx syg. Sebab sayang belanja.:) U r much appreciated. Tak kisah kalau aku yang belanja pun sbb aku akan teringat je ape yang dia nak makan. Penah je rase sedih sgt kalau terpikir kot2 die tak makan langsung kan. Sorry if pasal western food kita dua macam lain macam. Lepas tu dah tak ceria. Aku pun tak taw kenape. Dia dan fikiran dia. Aku dan fikiran aku.


Balik hostel masing-masing. Rase lain je. Macam aku cakap tadi. Ape yang masing2 pk pun tak taw lah. Tapi macam ade something yang tak terluah. Maybe keegoan masing-masing. Maybe.

Sayang, lagu ni untuk sayang. Sesuai sangat dengan apa yang kita lalui harini.  

Bila hati dah sayang
Semua menjadi indah
Marah bagaikan gurauan
Bencimu tak ku dendami
Apalagi senyumanmu
Ku terbayang kala rindu

Tidak perlu ku jelaskan
Apa yang aku inginkan
Berkasih biarlah satu
Bercinta setia dihati
Hanya itu yang ku harap
Moga hati kan bersatu

Sepenuh rindu hatiku merindu
Debunga cinta
Penuh di jiwa
Terlalu payah nak ku melupakan
Bila hati sudah sayang
Aku jadi gila bayang
Memuja bulan bintang
Yang membisu

Entah apa lagi ku luahkan
Untuk menyatakan cinta
Setengah nyawaku menahan


Mabuk cinta
Sakit cinta
Rindu makin menyesak
Namun orang yang disayang
Diam bersahaja


(ulang 2x)


Usah bermain rasa
Jika hanya menduga
Nanti tersentuh hati
Pedih menyiksa diri
Dengarkanlah rayuanku
Berikanlah kasih sayang

Love u !

Sekian. Good nite !

Saturday, January 8, 2011

Areteacar 1st contest, keluarga bahagia!

Kelik sini~ Tarikh tutup penyertaan : 12  Jan 2011


Kelik pada gambar untuk lebih jelas k ! :)


Bestnye kan ade family bahagia? Oh ya. Kenal kan. This is part of my family. Ade abah,mummy and adik-adik. Yang lain ayah dan mak sedara dan sepupu sepapat. Gambar ni diambil mase wedding sepupu sulung kitorang. Ni family sebelah abah. Happening kan? hehe


Tag : Hunny | Shah | Are you

Giveaway Saya Nak Kain Tu

Nak jugak? Kelik sinii~
Tarikh tutup penyertaan : 21 Januari 2011

Selamat Hari Lahir Mak!

Selamat Hari Ulangtahun yang ke 40 buat MAKKKK !!


Semoga mak panjang umur, sihat selalu dan murah rezeki.
Berbahagia selalu ok?
Thanx sebab kasi kami "kawan".hehe
Sayang kat mak !!
InsyaALLAH nanti hanis turun SB jenguk family kat sana !

Bukan mak saye dan bukan jugak mak mertua. Tapi InsyaALLAH bakal mak mertua saye. 

Once again ! Happy Birthday mak !!! 


p/s : sangat gler kan anak mak ! hehe

Contest Pink Itu Vogue


Ok, contest kali ni dianjurkan oleh 
Sape yang berminat kelik name dorg ae.
Tarikh tutup pnyertaan : 1Jun2011


Ni pulak gambar pinky saye!!!!
Yang pakai shawl pink tu saye & yang shawl hitam tu adek saye ye. :)


Tu je.
Thanx fer reading !

Tag : Hunny | Ecah | Mawar

Friday, January 7, 2011

Contest Gambar Paling Comel


Tarikh tutup penyertaan : 19 Februari 2011

Comel kan? Sangat comel.^_^

Actually aku memang segan gler kalau contest bab-bab comel. Sebab aku tak pasti aku comel ke tak kan. Tapi orang la cakap aku comel. Kadang-kadang. Selalu comot je. hehe


Sesuai ke aku letak pic yg ni?

Cik Niza, saye pilih gambar saye yang ni k.

Rase korang comel tak? huhu
Tak pe lah. Asal boleh aku join, menang kalah lain kira. Janji suke !!! :D



Ingat nak letak ni mula-mula tapi dah max 3orang je. So, tak jadi.ngee~

Thanx for reading !

Tag : Din | Hunny | Shah

Mama Cyda 1st Giveaway

 

Ok this time saye tak xde letak gambar2 sume sebab Mama Cyda nak kasi giveaway gengan cara cabutan bertuah.

Tahniah mama ! Dah nk anniversary rupanya. Hope kekal sampai bila-bila ok. Tambah baby lagi.hehe~
Kalu nama hanis naik maknanya hanis ni bertuah ye ma? Bace bismillah dulu taw. ^_^
Good Luck to all participants ! Chaiyok2!
:)
Thanx for reading !

ShoutMix chat widget
/