Assalamualaikum.
Gesekan yang macam mana tu? Sila kawal tahap imiginasi anda.
Di suatu petang yang tak berape nak indah. Hujan kat luar renyai2. Aku time tu kena kerja shift petang. Dan kebetulan patient tak ramai. So menggodek lah kami mencari kerja-kerja yang boleh untuk mengisi masa percuma.
Menggentel misalnya. Alah, begitu mudah untuk menggentel. Gentel ikut sesedap jari anda. Janji hasilnye comel lote. Tiada unsur kelucahan di sini. Kawal imiginasi anda.
Maksud aku, menggentel kapas untuk dijadikan cotton swab misalnya.
Lepas sedap-sedap aku menggentel kapas-kapas td menjadi bentuk yang sepatutnye bersama staff yang lain. Ade akak staff ni kebetulan nak order ABC. So, dipendekkan cerita dia bukak purse untuk keluarkan duit. Mase aku ambil duit yang dihulurkan. Bunyi seperti terkena cas dan tangan aku dan tangan dia terasa kebas sekejap. Heran dibuatnye. Lepas tu tergelak km sebab masing-masing dengan muka heran yang tak leh blah.
Dan kenapa sentuhan td menghasikan cas? Ada kena mengena ke dengan gentelan td?
Berdasarkan kajian yang dibuat dari sumber yang boleh dipercayai.
Cas. Asasnya, sistem saraf terbentuk daripada neuron-neuron.
Saraf diselaputi membran dan pada dalam serta luar saraf terdapat cecair yang mengandungi bahan bercas. Mineral dalam tubuh, potasium dan sodium misalnya membawa cas positif dan kolorida membawa cas negatif.
Dalam keadaan normal, cas lebih negatif terdapat di dalam saraf berbanding di luar saraf. Apabila berlaku rangsangan, keseimbangan itu berubah dan cas positif memasuki ke dalam saraf. Daripada reseptor ia dibawa ke otak melalui saraf tunjang dan saraf periferi.
Tubuh manusia merupakan konduktor elektrik dan boleh menjana tenaga elektrik namun pada jumlah voltan yang terlalu kecil.
Tenaga elektrik yang terhasil disebut elektrik statik kerana ia tidak mampu mencetuskan renjatan yang besar seperti barangan elektrik.
Apabila seorang manusia menyentuh manusia yang lain, manusia yang mempunyai banyak cas negatif akan melantunkan cas negatifnya sekali gus mencetuskan renjatan kecil kepada manusia yang mempunyai cas pada bilangan normal atau kurang negatif !
Begitu juga jika manusia yang mengumpul banyak cas negatif itu menyentuh objek bukan elektrik yang neutral atau positif seperti besi, dia juga boleh mendapat renjatan elektrik.
Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan. (bilik tu sejuk dan tombal pintu plak dari logam so aku selalu terkena shot.)
Namun, ini sebenarnya fenomena biasa dan bukannya penyakit. Ia bukan satu kuasa atau ciri seorang yang terkena sumpahan ultraman atau pengaruh dragon ball.
Ia sebenarnya satu situasi yang berlaku dengan bantuan persekitaran dan tabiat manusia itu sendiri.
Ok, dah jelas? Aku pun baru taw ni. Selalu sangat jadi kat aku so aku pun macam very nak taw sangat kenapa.
Sekian. Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment