Showing posts with label Koleksi : My Job. Show all posts
Showing posts with label Koleksi : My Job. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Gaji.

Assalamualaikum and hye semua!!

Hujung bulan aje ape ag semua tertnye2 bile la gaji nak masuk ni..semua dah pokai kot ! haha tadi kat tempat keje aku kecoh je dorang dapat bonus ! jealous kot tapi berbaloi ar, dorang keje da lame and sgt penat asyik on call aje. hehe aku ni masih baru dan mentah, xdenye bonus ! haha

Agak nak gaji tinggi sikit, insyaALLAH.. next year. Oh, next year please gaji naik sikit. Banyak hutang nak dibayo ni..huhu


Masa sebelum gaji, aku cakap kat mak nak pi pesta sekali lagi..now rasa risau pulak nk pegi pesta. Takut mak habiskan duit i. hahaha (brape la sgt gaji kite dibanding jase mak ayah..x terbalas pun ag. T_T) Bukan risau ape, takut tak lepas nk bayar hutang, hutang eksiden aritu dengan abah, hutang ptpn. Ni la padah orang berhutang. Asyik ingat hutang aje.. Belum lagi nak kumpul duit untuk simpanan kawin.. Duit.. Duit..

Kadand-kadang terasa macam nak masuk 1 million money drop pun ada. hek3


Duit ni.. banyak mana yang kita ada pun takkan pernah cukup ! Lagi banyak duit, lagi besar kita berbelanje kan? So beringat, brape pun yang kita dapat harus kita bersyukur.. dan jangan membazir. huhuhu (*boleh ke perempuan yang bernafsu 9 ni nak berjimat cermat. mcm susah je. sob2 >_<)











sekian.
bye. :)

Friday, September 30, 2011

Nurse adalah first class ayamah?

Assalamualaikum and hye guys..:)

Ayamah? Ape tu? Korang penah dengar ke tak? Aku mase kecik-kecik dah pernah dengar.. Sebab orang tua-tua dulu selalu bagi gelaran ni pada perempuan yang kerje macam sapu2 dan bersihkan kawasan. Maybe ayamah ni dari perkataan india kot..

Nurse dulu tak macam nurse sekarang. Orang ingat kerja nurse dulu2 kotor..kena bersihkan najis orang semua, kena buat kerja dengan orang sakit, penuh dengan darah dan kudis-kudis bagai.. Yang ni orang panggil ayamah..

Now, persepsi orang terhadap kerjaya nurse totally dah berubah kan? Kalay ada yang masih menggelarkan kami ni ayamah,mungkin dah meletakkan kami sebagai first class ayamah kot. Menjadi seorang jururawat adalah kerjaya yang sangat mulia. Tak semua orang boleh tahan menjadi 'misi'. Tak semua orang boleh jd penyabar melayan kerenah pesakit. Tak semua orang tahan dengan muntah, kencing dan najis dari pesakit yang tak berdaya. Hanya orang yang punya minat,tahap kesabaran dan belas yang tinggi sahaje boleh kot. Tapi tak semua orang tak boleh, asal dia usaha lama-lama minat yang mulia ni akan muncul dalam diri kita. Macam masa student dulu, ramai jugak kawan aku yang tak minat jadi nurse tapi finally grad jugak dgn jayanya. Alhamdulillah..

Menjadi seorang nurse tak susah dan tak pula senang. Senior staff selalu pesan, kalau kita buat sesuatu dengan cara yang betul..insyALLAH semuanya akan baik-baik sahaje. Jangan cuai sepanjang khidmat kita kepada pesakit. Aku selalu berharap yang aku sentiasa peka dengan ape yang diarahkan, ape yang di amanahkan dan setiap sektor keselamatan pesakit. Bagi kami, kesembuhan pesakit amat diharapkan. Kami hanya mencuba yang terbaik. Selebihnya ALLAH yang tentukan.

Hampir 2bulan aku menanti jawapan bagi setiap resume yang dihantar, alhamdulillah akhirnye ada satu yang menjadi pilihan. Setelah ditemuduga aku telah diterima untuk menjadi pekerja di Pantai Penang Hospital. Aku diterima sebagai seorang ward assistant untuk permulaan 3bulan yang pertama. Lepas 3bulan baru aku akan dinaik taraf sebagai seorang staff nurse. Ni lah yang diimpi-impikan selama ni.. Biar dapat kerja tetap selepas 3bulan. Mudah-mudahan. Doakan aku dapat kerja ni ye kawan-kawan. :)

Sekarang ni baru nak masuk minggu ke-3. Hari-hari aku ade kat operation room first floor, ye lah situ lah tmpat kerja aku. hehe For now aku just jaga post operation patient di recovery bay sampai cekap. Then aku akan dilatih untuk jadi GA nurse, Circulating nurse dan juga assistant kepada 1st nurse dalam operation theatre. Banyak ni yang nak kena belajar. Lagi 2minggu dah sebulan, cepatnya masa berlalu. Macam mana pulak dorang judge kerje aku ae? Doakan aku kuat semangat untuk terus belajar ye kawan-kawan. :)

Aku kerja from monday to friday (0830H-1700H) + saturday (0830H-1300H). Last week, kena attended induction programme, kat situ aku kenal dengan lebih rapat lagi kawan-kawan baru yang same baru join Pantai. Tapi dorang lain-lain department. Aku sorang-sorang je budak baru kat OT. Ok, best sangat ! Yang best ada breakfast dan jugak tea break. Kopi dorang kaw kot,sedap gila! hehe Terasa macam student je lagi masa attend kelas tu. (kadang-kadang tak sedar yg diri ni dah beso dah bekerjaya T_T)

Berposing sorang-sorang.hehe

Ward assistant(female:biru,male:putih) dan clinic assistant(female:putih).


Ok guys, tak sabar nak cerita kat korang lagi bila aku dan confirm sebagai staff nurse nanti. :) doakan taw. Take care guys. I pray for ur future undertaking !

Friday, August 19, 2011

Korang tak kan dapat dah worker yang begitu comitted dengan kerja and fast learner macam aku !!! hahaha

Assalamualaikum kalian-kalian yang di sayangi..

Aku macam nak gelak laju-laju bila bace balik entri ni.. Sumpah macam mana la aku bole terbagi puji-pujian pada mereka semua tu. Lahanat betul ! Entri tu pulak aku tulis before aku nak g masuk kerja balik pukul 6.30petang nanti.

Lately aku memang ada masalah kedatangan, ari sabtu tak datang kerja tanpa mc,ari khamis masuk lambat jugak and kebetulan ari jumaat tu pun aku msuk lambat !!! Aku ni masalah betul dengan transport, bukan aku yang lambat, aku seawal kul 5ptg dah siap taw. Kat kawasan rumah aku ni kalau pkul 6ptg baru gerak memang alamatnye lambat la sampai. Jem tak hengat !

Nak dijadikan cerita,ari jumaat tu adik aku terlambat untuk hantar aku. Aku da tak sedap hati doe! Dah agak mesti kena lagi..and aku tak pasti apa akan jd kali ni. Sebab kebetulan berturut2 lak tu.huhu dalam hati aku dah sedih gila sebab aku memang tak suka datang lambat,cacat dah kedatangan aku nanti. Punye tahan la rasa nak marah tu,aku diam je dalam kereta and buat2 tido.

Sampai klinik,masuk2 je pintu... Perhhh !! Kaw punya doctor mak singaa betina tu mengaum kat aku depan patient. Panas je muka walaupun patient tu tak pandang aku sebab dia tgh berbaring atas seat dental. Dia tanya aku, u tak leh kerja main-main macam ni,kalau u mau resign ka?,apa u ingat ni playground ka? Lepas je dia cakap kat aku yg dia nak cakap dengan aku lepas ni, terus aku blahhh ! Blah masuk toilet then call adik aku. Niat sebenar nak marah dia tapi sedu sedan aku yang lebih,so dia terus patah balik ke klinik aku tu..dia ingt doctor dah nk cekik aku separuh mati la tu. Haha

Malas la nak cerita yang aku ni menangis melalak macam orang kena pelempang 100x. Hahaha aku anak yang baik mana main menjawab-jawab ni..diam-diam aje. *tapi dalam hati nak je menjawab membalas berjabu-jabu dengan perempuan tuh,tapi aku bukan macam tu..whuhuhuhu~ T_T !

Beberapa minit lepas aku kol tu.. Mak and adik aku trus naik atas klinik tu serang macam gangster oo.. nsib time tu doctor ada patient.. Haha mak aku suruh aku balik je terus, amik beg aku. Mak aku kata mulai hari ni.. dia RESIGN !!! ingat hadap sangat gaji rm800 tu !! Hadoi. aku pun tak sangka nak jadi drama mcm tu.. huhu mak aku serang macam tu sebab dah tgk aku nangis teruk ngat. Hehe

Today macam malang kata dr Sapna,mula2 'wire' untuk braces tak ade then cermin pecah then patient yang lepas cabut gigi pregnant 1bulan pengsan!! Memang mengamuk la Dr kitorang tu. Patients pun sampai cakap doctor garang ! Kami as staff telan air liur je la..  Tapi kesian kak april yang kena marah pasal cermin pecah.padahal doctor yang tak sengaje terpecahkan. Harini hari kak april agaknye. Huhu - ni sedutan dari entri yang lepas before aku resign! rupa-rupanya malam tu aku lak yang resign..malang bertimpa2 kat klinik tu. haha -

Cukup bulan ni aku just g amik gaji ja. Haih..ni aku rasa dugaan di bulan puasa yang paling hebat ! Ni mungkin permulaan bagi aku untuk menempuh hari-hari yang mendatang setelah bekerja di bawah majikan.

Aku mengaku aku pun salah jugak..aku sebagai pekerja tak boleh la ada masalah kedatangan. Tapi majikan aku tu langsung tak bertimbang rasa. Tak nak dengar penjelasan kita,yang taw nak marah kita ja. Aku memang pantang orang marah-marah aku sangat. Haha


p/s : now,menganggur balik! doakan aku supaya always kuat semangat,tak cepat sensitif dan sentiasa berani kalau kita benar! Aku baru taw yang aku tak leh berkerja under pressure. :')

Encik nak buat apa harini??

Assalamualaikum semua..

Next week genap sebulan aku kerja. Kerja sebagai assistant nurse di klinik pergigian bayan baru. Atau nama panjang klinik tu adalah BHAR DENTAL SURGERY KLINIK. Eh famous taw klinik gigi ni. Sapa tak taw maknanya dia bukan orang area sini2 la. HAHA Ceh cakap orang, diri sendiri pun tak ingat semua tempat even kat dalam pulau ni. :PP

Terasa teruja pulak harini sebab harini di beri kepercayaan untuk handle bahagian registeration, receive cash dari patient and explain tentang ubat-ubat that already prescibed by our dentist. Berguna jugak aku ni. HEHE kalau tak memang keje aku assist dentist kat belakang je.. So, do u think im showing any improvement?? Haha Ok dah. Baru sikit nak perasan ! =.=

Dr. Sapna agak kurang dah jerit2 kat aku sejak aku termenangis that day. HAHA aku menangis kenape ae? Well budak kecik memang mcm ni kot. Hehe But harini kak april pulak yang kena marah. Today macam malang kata dr Sapna,mula2 'wire' untuk braces tak ade then cermin pecah then patient yang lepas cabut gigi pregnant 1bulan pengsan!! Memang mengamuk la Dr kitorang tu. Patients pun sampai cakap doctor garang ! Kami as staff telan air liur je la..  Tapi kesian kak april yang kena marah pasal cermin pecah.padahal doctor yang tak sengaje terpecahkan. Harini hari kak april agaknye. Huhu

Aku break shift harini, so mula kerja dari kul 8pagi-1ptg. Kejap lagi masuk kerja balik pukul 6.30 ptg sampai 9 malam. Malam Mrs Bhar,mum to Dr Sapna.

Aku rasa paling happy lau dalam sehari tu aku tak de buat silap and xde buat Dr. Sapna marah2 sebab aku. Alhamdulillah. ^_^

Btw, Dr Sapna pesan kat aku jangan lupa promote Bhar Dental dekat kawan-kawan. So klik link untuk ke official website and also their fb. Jangan lupa likeeee taw!! Kat situ ada gambar my lovely Dr. Sapna. Sometimes aku suka dia bila dia tak garang2. hehe


ShoutMix chat widget
/