Assalamualaikum.. Salam sejahtera.. Salam Ramadan.
Alhamdulillah dah sebelas hari kita menjejakkan diri dalam keberkatan bulan Ramadan ni.. Semoga kita semua memanfaatkan kebaikkan dan kemuliaan yang ada pada bulan ni ye.. insyaAllah amin! ok,sekian mukadimah aku.. huhu
Sebenarnya teringat nak buat entry ni sebab 9bulan yang lalu aku masih ingat lagi lamaran yang aku terima untuk dijadikan teman hidup.. iaitu isteri kepada boyfriend aku. Haha ish.. klakar bunyinye kn.. =,=
Alkisahnya.. tahun lepas tahun 2013 dari awal bulan hingga ke tarikh kejadian lamaran.. aku ni asyik stress ja.. tekanan tang mana tak taw lah. Sampai satu tahap aku jadi sensitif langsung! Langsung x bole tgk orang post yang bahagia2 dengan suami..gambar kawin ke gambar tunang ke.. terus rasa down. Hope korang paham la kan maksud aku apa kan, bukan maksud iri hati dgn kebahagiaan orang tp dalam hati nak rasa macam tu tp ada ka orang nk kat aku?
Sedangkan aku dah 3tahun ni bercinta dengan boyfriend aku ni..rasa mcm sesuatu sangat.. sampai bila nak dok jauh2 ni.. sorang Penang sorang Selangor. hmmm macam mana tu? dalam pala aku KAhWin ja kot dapat settlekan.. baru parents tak risau dh..
So bole kata hari2 lah aku tanya.. aku tanya ja.ulang.. TANYA ja.. hehe tanya pasal bila nak kawin dgn si bf aku ni. Taw je lah laki kn.. tambah tak ready lagi.. masa tu dia baru setahun lebih start keja.. bg aku ok la tu kan.. punya tak sabaq tu. Haha bagi dia aku ni dok desak dia la.. hari2 tny soklan yang sama.. dok stress p stress mai.. dia pun stress dh dengan soklan aku.. mcm tak dak soklan len dah kot naa..
Pujuk punya pujuk.. fikir punya fikir..
Last-last lepas balik sembahyang raya tahun lepas..kami calling2. aku dok tanya lagi. Haha Ntah..sayu sangat rasa ni. La ni mcm nak tanya hang nak kat aku ka tak mau? Tu dia.. mcm nak bagi kata putus macam tu tuh!! teghukk hang nah.. paghahhh!
Ok2.. sembang punya sembang.. tetiba dia tanya betoi ka nak jadi wife dia ni. Aku pun.. hmm yelah..nak lah.. hahaha gituw..malu dak?? sambil sembang dia mencelah cakap dengan mak dia..
"Mak, anis suruh masuk minang dia.. "
Mak dia pun ingat bergurau lah kot..
"Boleh.. bile? Esok ke? Hehehe
Serious.. tak taw macam mana nak bagitaw perasaan masa tu. At least macam sesuatu la akan berlangsung dalam hubungan kami.. biar pun aku yang mulakan dia.. biar pun aku yang 'desak' dia.. tak payah pun adegan will u marry me sambil bakal suami melutut hulurkan bunga dan cincin.. sob sob sob T_T over hang ni!!
Alhamdulillah desakan yang bakal membawa bahagia... mudah-mudahan. Huhu
1 Syawal 1435H. Alhamdulillah. . Aku dilamar.
SEKIAN.
Ya Allah
Satukanlah hati dua hambamu ini sepertimana engkau satukan hati
ADAM&HAWA,
YUSUF&ZULAIKHA
Dan seperti engkau satukan hati
MUHAMMAD Saw dan SITI KHADIJAH..
Amin Ya Rabbal Alamin~
No comments:
Post a Comment