Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Sunday, October 4, 2015

Menggamit memori #Masih hangat bercinta

Assalamualaikum..


Memandangkan ni bulan kitorg menikah dan bakal menyambut our 1st Anniversary 31 Oct nanti..tetibe rasa nak throwback balik memori masa tengah bercinta 4tahun yang lalu.. haha 



[ditulis oleh my husband suatu ketika dahulu dalam blognye-24 Jan 2011]

kala pagi..
aku sering tertanye pada diri ku,
adakah esok mempunyai kesempatan lagi untuk aku bersama dia..

kala ku melihat matahari,
aku merasakan,
adakah aku akan selalu dapat melihat dia setiap hari..

kala bulan menjelma,
adakah aku masih dapat merasa keindahan,
ketika bersama dia..

kala ku tutup mata,

adakah dia masih bersama ku,

menyokong diri ku,

membantu ku,

susah senang bersama ku,

sentiasa memahami ku,

mengingati janji2 nya pada ku,

membuat hari2 ku sangat bermakna,

dan,

adakah dia setia

dengan diri ku~


Aku,
insan yang hanya mahu mencintai..
yang mahu saling membahagiakan..
dan yang mahu merasa kan cinta yang telah di-anugerahkan..


Sayang,
jika satu hari kita di timpa bermacam kesusahan..

Shah nak sayang tau,

shah selalu menyayangi dan mencintai sayang selama2 nya~

dan shah harap,
masa tu..

kita akan selalu bersama..

hanya doa dan takdir yang akan membantu kita..

-insya Allah-




Alhamdulillah jodoh kami masih dipanjangkan.. kitorg dh selamat dinikahkan dan dah ada anak sorang dah pun. Hehe

Aku pun berharap perkara yang sama.. Semoga hubungan kami kekal bahagia selama2nya bersama anak dan bakal anak2 tersayang!! ^_^ (kemain nak anak lagi padahal baru je lepas bersalin..haha)

Korang doakan kami ya! 

Till then.

LOVE.





Tuesday, July 15, 2014

Proses pendaftaran nikah Pulau Pinang (Perempuan)

Assalamualaikum u olz..

Last Ahad I olz oncall ye.. g keje dari pkul 10pagi sampai ke 4.30petang..sblum balik mami I olz call ajak berbuka umah tok. So jom je lah kan..


I olz sampai je rumah nampak dekat tempat letak surat ada borang. . Sekali pandang macam borang nikah.. memang borang nikah pun.hahaha untuk siapa kah borang itu?? Hahaha excited sat... !!


Terus detect mesti abah I olz yang g ambil dekat pejabat agama secara PERCUMA.. bagus jgk ada manual kan.. nk isi ONLINE pun boleh..terpulang... Just masa nak ambil borang tu bagitau kita ni pengantin lelaki(BORANG1) atau pengantin perempuan (BORANG2) so dorang akan serahkan borang  yang betul.

Borang permohonan (BORANG 2)  ni dikepilkan sekali dengan :

1. Panduan proses kebenaran berkahwin termasuk soalan temuduga pemohon
2. Permohonan berkahwin bagi perempuan ( ni untuk borang pihak perempuan yer..)
  • butir-butir pemohon perempuan
  • butir-butir pasangan
  • butir-butir  wali
  • butir-butir perkahwinan(tarikh cadangan berkahwin,alamat,mas kawin,belanja hantaran,pemberian lain)]
  • pengakuan pemohon
  • pengesahan 2orang saksi( Jawatankuasa Qaryah/Pegawai Masjid/Pegawai Hal Ehwal Islam)

3. Borang Laporan Kesihatan Untuk bakal pengantin beserta sampul surat berlabel SULIT du muka hadapan

4. Rujukan tempat Klinik Kesihatan yang sah untuk melakukan test HIV di Pulau Pinang.


Nampak gaya nya dah kena start isi sikit2. . Especially yang bahagian 2orang wali tu.. tak pe yang tu I olz rase keja abah I olz.. haha anak abah kan.. borang nikah I olz pun abah tolong settlekan.. huhuhu



Ape pun tunggu borang kebenaran pihak lelaki dulu untuk serahkan dekat pihak perempuan..seperti yang dirancangkan awal bulan 8 ni..tunang i olz akan balik kampung and proses surat kebenaran nikah die..lepas tu dia post lelaju dekat i olz memandangkan planning kami nak jumpa lambat lagi.. HUHUHU


Memandangkan di Pulau Pinang pihak perempuan wajib menjalani sesi  temu duga di Pejabat Agama Daerah di mana permohonan di buat.. so i olz kena lah menelaah balik ilmu-ilmu fardhu ain tersebut. ^_^

Antara soklan-solan nya..

  1. Mengucap dua kalimah shahadah
  2. Istighfar
  3. Selawat
  4. Bacaan Fatihah
  5. Rukan iman
  6. Rukun islam
  7. Sebab-sebab berhadas besar
  8. Larangan ketika berhadas besar
  9. Lafaz niat dan cara mandi hadas
  10. Bahagian-bahagian air
  11. Bahagian-bahagian najis dan cara bersuci
  12. Rukun wudhuk dan perkara yang membatalkan wudhuk
  13. Solat dan Rukun solat
  14. Rukun nikah dan perkara berkaitan dengannya
  15. Tanggungjawab suami,isteri dan tanggungjawab bersama
  16. Tanggungjawab terhadap anak-anak
  17. Aurat lelaki dan perempuan
  18. Waktu-waktu haram bersetubuh
  19. Talaq
  20. Hak-hak perceraian

Ohmai.. ketaq lutut ceq. satg depan pegawai lupa habih jawapan 20soalan ni.. Doakan all the best untuk i olz berjaya k.. for those yang bakal di interview pun i olz doakan semoga korang berjaya. InsyaALLAH boleh kan..


Sekian saja. Thanx sudi baca perkongsian yang tak banyak mana ni.. hope bermanfaat. iNSYALLAH bila everything selesai i olz akan cerita pengalaman di interview k..

GOOD LUCK!!




ShoutMix chat widget
/