Monday, August 30, 2010

Stop Dreaming Of Nonsense !!
Study First.
Fullfill Your Parents Dreams Than Our Dreams.
They Sacrifices A Lot For Us.
:\

Keegoan Lelaki Untuk Ucapkan Kata Maaf

Cerpen ini telah dicopy dari blog kak nisa..sbb aku bce ni rase tersentuh sgt2.. tulusnye cinta perempuan ni & pandai dia menjaga kehormatan diri dia. sgt2 ingin menjadi wanita sepertinya..:) btw, it just a story..yg baik boleh dijadikan tauladan.:D
Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,
dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah
. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”


tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.


Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,


“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”


Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya,
“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.


“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.

p/s : kenapa aku tak boleh menjadi seperti wanita itu? hmmm.. mungkin aku x sekuat n setabah dia..

Saturday, August 28, 2010

28 AUGUST 2010 :: 18 RAMADHAN 1431H

Anugerah Yang Tidak Ternilai
Telah pun lahir ke dunia !
Selamat Melihat Dunia , Sayang..
Nor Iman Mikhail..
Cepat2 lah membesar..jadi anak yang baik ye ! (pesanan dari daddy)
Comel mcm MAMA & PAPA ! Congratz !
Kak Nisa , Hanis(aku) Abby & Pieka ~ Mak, Mummy,Ibu & Umi.
:)




p/s: uploading pictures..

:)

Tak usah untuk memahami diri sendiri, kerana selagi kita cuba memahami selagi itu kita susah untuk faham diri kita. Cukuplah sekadar kita melakukan apa yang terbaik utntuk diri kita & orang2 yang mengharapkan kejayaan kita.


"Jadikan hari INI lebih baik dari KELMARIN dan hari ESOK lebih baik dari hari INI". :)


-Within a day, through days and nights.. each moment will be meaningful as long as i be with him-

:(

Aku x rasa aku ni baik... Semua orang buat salah.. lagi lama dia hidup confirm2lah lagi bnyk perkara baru utk dia tempuh. Now is my critical limit. Lepas ni xtaw lah mcm mna.. Whats goes around comes around. Hukum karma ! Takut x? Sumtimes yea..:( But life must goes on.. ALLAH xkan uji hambanya seandainya dia xmampu.. Kita pasti tabah untuk hadapi ujian dari ALLAH.

Aku terasa sgt mcm aku dah menconteng arang ke muka parents aku. Sorry abah.. sorry mummy.:( Adik2 please dun follow my steps..korang jadilah anak yang baik. Jaga diri masing2. Korang belum tgk dunia lagi..Ya ALLAH, kau ampunkan lah dosa aku terhadap ibu bapaku. Sesungguhnya aku xingin menjadi anak yang derhaka. Peliharalah diriku dari lelaki yang jahat ya ALLAH. Peliharalah kesucian diri ini agar tidak akan pernah disentuh oleh mana2 lelaki selagi mana imanku masih utuh di hati! ~ Tuhan, hanya kau yang mengetahui segalanya. Betapa malunya aku utk berhadapan dgn Mu. Betapa hinanya aku ketika aku bersujud di hadapanMu..:'(


Mulut orang kan.. cakaplah selagi korang boleh cakap pasal aku. Lepas ni diam lah.. Hanis,  matang sikit oke ? guna akal bukan nafsu !!

Sunday, August 22, 2010

Kau Sayang Aku Tak ?

Rase Macam Nak Jerit2 Nak Cakap Macam Ni Boleh?? 
"Kau Sayang Aku Taaakkk? Aku Sayang Kau Lahhhhh ! Sayaaaang Kau Sangat2!!!! "

Jangan Lari Mane2 Taw , Saya Nak Peluk Awak Ketat2 ! Kalau Boleh Saya Tak Nak Lepaskan Awak Walaupun Sesaat. :)

Salam.

RM300. Abis dah shopping kat Masjid Jamek ! Thanx syg tolong temankan hanis pegi membeli belah..hehe kesian syg kn..dah la puase..mst syg penat sgt! syg ngadu tumit syg sakit..nk je tolong urut2kan..:(  hnis sempat jgk lah minum air hundred plus even kat dlm toilet..hahaha

Then kita pegi mid.. sejuk sgt ! mse kita duduk2 depan reject shop.. syg pegang hp hnis.. belek2 msg2 hanis..hanis biarkan aje. tp dalam hati ALLAH je tawu betapa xsenang duduknye lah.. sbb hnis xsuka sayang terpksa terlibat sama dgn semua ni..lagi satu hati lelaki mne kita boleh bce tp hnis tawu mcm mne syg rase..:(( satu je..syg cpt cool..syg boleh wat relax aje. sbb tu hnis senang sgt dgn syg.. sng ckp hnis jato cinte kat syg atas2 sbb2 ni lah.. :)

Mase time nk berbuke..kita decide nk mkn sizzling same2 kn? lupe nk ckp..thanx ye blanje..:) k2..kita sambung crita..sambil tunggu waktu msuk kita sembng2..mcm2 lah kita sembng. tp dlm mse yg sama ape lah yg ada dlm hati kita masing2 kn? syg slalu kata syg mcm phm lagi dgn hnis n xtaw ape yg hnis pk.. syg tkut n risau psal hnis.. setiap kali syg ckp mcm tu hnis diam je..hnis xtaw nk ckp ape.. :( tp hnis nk syg tawu hnis sayang shah.. hanis minx maaf sbb mse kita ngn sembng2 ttbe hnis tny sesuatu yg x menyenangkan.. hnis xmksudkn tp hnis ngaku hnis xpk perasaan shah.. hnis xptt tny mcm tu.. hnis perlukan syg..:(

mse nk balik tu hanis sakit2 kn syg? rase mcm nk demam.. xboleh bernafas.. syg care sgt pasal hanis.. hanis tawu syg risau.. hnis rasa terharu bila syg wat cmtu.. thanx syg..ilysm! :)

Ape pun thanx sgt2 taw syg sbb susah2 bwak hnis ke sana sini.. :D

Thursday, August 19, 2010

Demam lagi.

Salam.
Salam Jumaat !

Arini masuk hari ke3 aku demam..dah siap2 nk pegi hkl.. abby pegang aku. dia kata " panas lagi bdan ko ! bek ko jgn pegi . aku mcm mls je la..nk mc lagi. mmg aku rasa x sedap bdan pun lau jap g wat keja mst lagi pening. huhu then dorang suggest suh aku g tny klinik idzham utk minx sambungan mc.. alhamdulillah..aku pegi..staff suh aku jmpa doctor. suhunye dah trun 38 degree celcius. yg penting aku dpt lagi mc..xkena byar. ALHAMDULILLAH. ALLAH permudahkan urusan aku biarpun aku x sihat..:)

Wednesday, August 18, 2010

Demam

Salam..

Guys.. aku demam gler2. tinggi jgk suhu aku. 39.7 degree celcius ! 
Merah je muka aku.. 
Pegi klinik idzham utk dptkan mc.. dpt ubat sume.. bill rm51. 
sabo je lah ! :)
Syafiq dah risau..nk je die dtg. aku x kasi sbb suh die pegi tarawih.
n mak tiri(abby) aku pun dh sound , " ko ni asyik nk kuar je kn ?" sbb die taw shah nk bawak aku pegi klinik. ok la..sbb nk jaga ati kawan aku pn pegi klinik.. 
sbb nk dpt mc je. lau bukan kerana mc, xdenye aku nk buang duit aku smpai 51 hengget!. huhu :( 
kebetulan x puase..dpt lah makan ubat n makan2. hehehe

Monday, August 16, 2010

Hari Ini Hari Isnin Ye..:)

Kehidupanku di teruskan seperti biasa..tiada apa yang teristimewa melainkan kenangan yg telah berlalu bisa membuat hati ku RIANG selalu ~

Terima kasih sayang atas segalanya.. Biar pun kau masih belum mengetahui akan kehadiran blog ini.. tp aku harap kau tetap akn sudi utk membacenye suatu hari nnt ! hehehe

Sunday, August 15, 2010

20 Tahun Suda !

15 Ogos 2010 Bersamaan 5 Ramadhan 1431H


Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 20 Tahun, Sayang ! 

Xnk dah wish kat sini boleh? sebab rase mcm dah bnyk kali wish kat syg dh ni.. @ fb,phone,birthday cards,face to face wish siap nyanyi ag. haha
:)

Owh yea.. Ini Cerita  Pada Malam Hari.

pizzahut.uptowndamansara

this is my birthday boy

this is me

as you know


just for you

i will love you forever & ever

insyaALLAH..:)

Newly Blogger !

Assalamualaikum bloggers !


Im here again..
Creating new blog for a new episode..
This is a way for me to share a Story About Me..
My Life..
My Diary..
My Story..
My Style..


ShoutMix chat widget
/