Assalamualaikum and hai semua ! :)
Apa khabar today? Aku sihat aje. Kat tempat keje best tapi kita budak baru kena la banyak sabar. Tadi ntah kenape ade yang maki aku. Aku tak terasa,mungkin dia cakap kat orang lain. Dalam hati patut lah ramai orang xnak kawan dengan kau ! Ingat sikit, kau tu tengah mengandung. Ok, aku sabar je. Maybe hormon kau tengah tak stabil lagi tu. Aku doakan kau baik-baik aje and orang tak wat ko tu hangin lagi. Ok,lupakan. =.= bukan nk cakap pasal tu senanye..
Sejak dua menjak ni aku kerap tanya pada diri aku,
kenapa perlu setia? (khas untuk dah berboyfriend/bergirlfriend tapi long distance relationship)
Kadang-kadang kita mungkin boleh lupa diri di saat ramai yang memuja dan ramai yang memuji. Bila ramai yang dah puji, kita pun bole jadi perasan tak hengat. Then lelaki tu ayat sikit,mula syok sendiri. Dapat no telefon,melayan.. Then lelaki tu ajak keluar, bole pulak keluar..ye lah bf jauh. Hujung minggu mesti bosan. Itu permulaan yang bahaya tu ! Dari situ la perempuan akan curang dengan kekasih sedia ada die.. Mula memang ingat seronok-seronok. Kalau sebaliknye yang jadi? Kesian dekat encik bf kan yang dibelakangkan.
Dengan itu, aku memuhasabahkan diri sendiri.. Bukan ape sebagai peringatan buat kaum-kaum wanita di luar sane jugak k..hehe
Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
p/s : Aku yakin aku seorang yang setia. Ya Allah Ya Tuhanku, kau kuatkan lah aku dari apa jua ujian yang engkau berikan. Kekalkan lah jodoh di antara kami hingga ke hujung nyawa kami. Amin !
~ teringin taw nak ade long term relationship bila tengok ade pasangan yang bole kekal bertahun-tahun,bahagia je sebelum and selepas nikah...ade orang boleh tak kan kita tak bole.mudah-mudahan ENGKAU merestui kami. ^_^~
|
Gambar yang xde kena mengena nk jugak bertepek di sini. hehe |