Hujung-hujung minggu ni buat ape? Ade kenduri? Suke tak korang pegi kenduri orang? Lately aku macam suke sangat attend wedding orang.. Macam best sebab leh tengok macam mana preparation dorang sampai boleh sediakan satu majlis yang berjaya dan bahagia..
Last week aku dan family ke Subang.. dijemput hadir ke majlis perkahwinan adik ipar abah aku pnya kakak punya anak.. Hahaha jangan pening ok.. senang citer sepupu aku punya sepupu yang kahwin.. :D semua ni belah my father's side.
Kiranya kami bertolak pagi dalam pukul 5 pagi dari Penang dan sampai ke Subang dalam pukul 11pagi ke rumah pengantin untuk ke acara akad nikah terus.
Sambil-sambil tu aku nak review gambar suasana masa setiap majlis akad nikah berlangsung ok? :D
Majlis Akad Nikah
10.11.12
10.11.12
@ rumah pengantin perempuan
Hantaran.. cantik sgt!
Candy buffet..my fav!
Lepas akad nikah kami ke hotel berdekatan untuk check in sementara malam nak tunggu majlis malam berinai..
Malam berinai tak bermaksud pakai inai.. kalau ikutkan adat mmg orang letak inai sikit sbgai syarat... ni mungkin zaman moden sikit nk dpt inai pes susah so tak payah kot..
Malam tu dorang just tepung tawar untuk family sebelah perempuan dan lelaki yang hadir sahaja.. then pengantin bersuap-suap pulut kuning diiringi sanak saudara..
Malam Berina
10.11.12
@rumah pengantin perempuan
10.11.12
@rumah pengantin perempuan
Pengantin kebanyakkan akan pakai baju songket.. melambangkan adat dan istiadat orang melayu..:)
Ok, kita proceed pada keesokkan harinye.. majlis bersanding atau resepsi di sebelah malam di dewan sivik petaling jaya. lawa dewannye..
Majlis Resepsi
11.11.12
@dewan sivik petaling jaya
Quest book corner.. pengantin diiring dengan ayah sendiri... wah sweet gituuuu.. ayah pulak nampak hensem dengn berbaju melayu.. selalu org putih je wat cm ni.. |
aminnn!
Alhamdulillah selamat sudah dorang mendirikan rumah tangga.. semuanya berjalan dengan lancar dan meriah sekali...
p/s : masa nak post entry ni.. aku dok google perkahwinan yang dituntut dalam Islam.. maksudnye tanpa ikut adat istiadat melayu.. ternyata semua orang tahu lebih mudah dan ringkas.. tanpa modal yang banyak.. tak payah serabutkan kepala.. kalau ikut kan senang macam ni.. dah kahwin dah kot kita ni kan si cinta hati saya?? hehehe
insyaALLAH.. murah rezeki..panjang jodoh...giliran kita pula.. Kawan-kawan..doakan kami yer...:)
No comments:
Post a Comment