Assalamualaikum to all readers !
Aku search dalam google..and aku rasa info dia ni senang difahami and sangat ringkas dan padat..memang sesuai untuk u alls yang just rasa nak tahu pasal jangkitan ni.. very important !
must read !
HPV (Human Papilloma Virus) adalah sejenis virus penyakit jangkitan seksual. Ia disebarkan melalui sentuhan seksual iaitu
hubungan seks dan
sentuhan kulit ke kulit.
Sekurang-kurangnya 50 peratus individu yang melakukan hubungan seks
pernah terkena jangkitan berkenaan dalam satu tempoh kitaran hidup
masing-masing.
Biasanya, mereka yang mendapat jangkitan adalah dari kalangan kurang pendidikan
atau tidak mengetahui bahawa penyakit ini berpunca daripada virus.
Kebanyakan individu yang menghidap HPV gagal mengesan penyakit
dialaminya kerana tiada gejala selari, malahan jangkitan itu selalunya
hilang dengan sendiri.
Siapa berisiko mendapat jangkitan HPV?
Sesiapa saja yang pernah melakukan sentuhan genital (genital contact)
berisiko dijangkiti HPV. Lelaki dan perempuan pembawa HPV boleh
menyebarkan virus itu kepada orang lain tanpa disedari kerana tiada
tanda jangkitan dan mengalami jangkitan bertahun lamanya walaupun proses
sentuhan genital terakhir sudah lama berlalu.
Seseorang itu lebih berisiko mendapat serangan HPV sekiranya; ? mengadakan hubungan seks pada umur muda.
* mempunyai
ramai pasangan seks.
* pasangan seksnya mempunyai
ramai pasangan seks lain.
Sekiranya tiada tanda penyakit, mengapa mesti risau tentang HPV?
Ada lebih 100 jenis HPV dan tidak semuanya mendatangkan masalah
kesihatan. HPV jenis 6 dan 11 boleh menyebabkan ketuat genital sementara
HPV jenis 16 dan 18 berisiko menyebabkan kanser serviks, vagina, vulva
dan dubur.
Virus ini bertindak menyebabkan perubahan tidak normal pada sel
serviks dan berubah menjadi sel kanser dalam tempoh berpanjangan iaitu
antara 10 hingga 20 tahun.
Kanser serviks adalah kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita
Malaysia dan meningkatkan risiko kanser zakar pada lelaki. Tindakan
menghindari jangkitan HPV secara langsung dapat mengurangkan bilangan
kes kanser.
Bagaimana HPV dirawat?
Tidak ada rawatan khusus untuk virus HPV kerana sistem imunisasi
badan kita bersedia melawannya dalam jangka masa beberapa tahun.
Bagaimanapun, ada rawatan untuk penyakit yang timbul akibat virus
seperti;
* Ketuat genital – dirawat menggunakan bahan kimia dan kaedah laser.
* Perubahan tidak normal sel pada tisu serviks yang dikesan melalui
ujian PAP Smear boleh dipantau secara berkala dan apabila perlu rawatan
pembedahan kryo (cryosurgery) atau pembuangan tisu rosak boleh dilakukan
sebelum tisu bertukar kepada kanser.
Bagaimana mengelak terkena HPV?
Cara terbaik bagi remaja mengelak jangkitan HPV adalah
mengamalkan
abstinen iaitu tidak melakukan hubungan seks. Bagi individu bukan
beragama Islam yang aktif seks, anda dikehendaki setia kepada satu
pasangan saja. Orang Islam sepatutnya mengamalkan
hubungan seks selepas
berkahwin dengan mengenal pasti pasangan seks tidak mengamalkan seks
rambang atau lebih daripada satu pasangan.
Satu kaedah lain untuk mengelak kesan masalah kesihatan akibat HPV
adalah mengambil
suntikan vaksin HPV. Vaksin HPV mengandungi virus tidak
aktif iaitu terdiri daripada kapsul virus tanpa bahan genetik DNAnya.
Apabila mengambil suntikan vaksin ini, badan akan mengeluarkan
antibodi terhadap virus HPV, seterusnya menyediakan badan kita untuk
melawan virus ini apabila dijangkiti pada bilabila masa.
Bagaimanakah cara mengesan jangkitan HPV?
Bagi wanita yang pernah aktif seks, jangkitan HPV boleh dikesan melalui;
- Ujian PAP Smear atau ujian sitologi berasas cecair.
- Kaedah ini memerlukan pemeriksaan faraj dan kikisan kulit pada
dinding serviks yang diambil menggunakan spatula atau berus khas untuk
dihantar sebagai ujian makmal.
- Ujian ini tidak menyakitkan dan anda disarankan melakukannya setiap tiga tahun.
- Ujian DNA untuk HPV dilakukan di mana kikisan tisu daripada serviks
di uji pada peringkat molekular. Ia lebih sensitif dan tepat namun,
harganya mahal.
Semua remaja yang layak mendapatkan vaksinasi percuma berkenaan,
dinasihatkan menjalani suntikan vaksin yang dibekalkan di lokasi
dinyatakan di atas mulai Julai lalu. Bagi yang tidak layak, tidak sukar
mendapatkan suntikan vaksin kerana ia boleh diperoleh di semua pusat
perubatan swasta dan klinik swasta.
Bagaimana mendapatkan vaksin HPV?
- Vaksinasi lengkap memerlukan tiga dos suntikan dalam masa enam bulan namun, harganya mahal iaitu sekitar RM300 setiap dos.
- Umur sesuai menjalani suntikan vaksin ialah ketika muda, sebelum seseorang itu terdedah kepada hubungan seks.
- Disarankan, suntikan usia umum adalah antara sembilan hingga 45 tahun.
- Sejak 2010, kerajaan menyediakan suntikan vaksin HPV percuma untuk semua murid perempuan Tingkatan Satu.
- Terbaru, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
menawarkan vaksin HPV percuma untuk wanita berumur 18 tahun dan tidak
berkahwin saja. Wanita yang layak boleh mendapatkannya di semua klinik
LPPKN, klinik dan Pusat Kesihatan IPTA di seluruh negara.
- Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah dibuat melalui talian NUR
15999, facebook atau twitter KPWKM ( Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat) atau LPPKN, layari laman sesawang LPPKN,
www.lppkn.gov.my. atau kunjungi klinik atau pejabat LPPKN terdekat.
p/s : entry asal aku copy dari
sini.
tak nak lah letak gambar-gambar pasal jangkitan ni.. takut korang geli jer..
sharing is loving..
sekian terima kasih.
:)