Salam people :) Hye ! Alhamdulillah, finally selamat jugak aku sampai ke kampung halaman tercinta. Kampung ke? Xpe la. kampung jugak ! hehe Dari pukul 6 petang naik bas, pukul 10.30 baru sampai. So late ! Pity my dad kena tunggu lama. Rasa macam lama giler aku rasa duduk dalam bas tuh, just dpt tido kejap je time maghrib then x tido dah. That's why rase lama kot. dan lenguh2 jugak.
Perjalanan aku diteruskan setelah penantian di Hentian Duta selama sejam macam orang ala-ala rajin study. Aku duduk dan bace2 notes dulu2 yang lecturer aku submit. HAHA Adess. Sungguh bosan. Macam rombongan balik kampung pulak aku rasa sebab yang naik sama dengan aku pun mostly students. Banyak lak tuh barang diorang. Heran aku. Hiks! Aku asyik perhati je masing2. Nakal? Tak. Sumpah tak nakal. Actually bukan ape, selama ni balik pun dengan chinese, parents and budak2 kecik. Kali ni rasa lain. Sebab tu cakap macam rombongan. HEHE
BTW, mst korang tertanye2 kan kenapa pulak aku nak balik raya ni? Padahal sebelum ni beriya tak nak balik. Aku sendiri pun cam tak percaya jugak kalau aku tak balik kali ni.HAHA So that means memang aku ada hati nak balik walaupun mulut cakap tak nak balik. Raya kot. Plan aku gini, memandangkan aku tak nak balik so ingatkan nak beraya je lah umah kawan aku kat Sabak Bernam (SB). Umah Cik Sheena. Dekat sikit kan. In the same time kan rumah mr.TELETUBIES saya kan dekat sana jugak. But thats not the point aku nak ke SB ok! Lagi pun MR i keje tak dapat pulang.HUHU
Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu my mum call. Sembang pny sembang tapi tak semena2 my mum macam touching pulak malam tuh. Aku pelik ah. Awat pulak ni kan? Tiba-tiba aku macam terdengar ayat ni. "Haa..nak pi SB tu bukan apa. nak menyinggah umah dia(mr.teletubies) lah tuh.ingat mamy tak taw." Aik?? Naik heran aku! Macam mana pulak jauh sangat mak aku pikir nih. Oh mamy, risau ye? Dun worry mum, anak dara anda ni masih belum panjang sangat langkahnye untuk bertandang ke rumah anak teruna sana tu.HEHE Perhaps one day i cam go there. Boleh kan Mr. Teletubies? :D
Kesian my mum, mesti dah jauh hati sangat tu bila aku cakap tak nak balik. Hmm, hati ibu kan. Memang gitu. :) Lepas je cakap dengan my mum, aku chat dengan Sist Sarah. Dia pujuk aku suruh balik jugak. Then, aku terus kol my sis bincang ngan dia. Aku nak buat surprise kat my mum. Esok tu, aku pegi beli tiket KL-PENANG & compromise dengan adik2 aku suruh my second adik lelaki belikan tiket PENANG-KL dari Penang.
The day came. 15 Nov 10. Lepas je kelas,tu pun aku skip second class takut tak sempat. Pegi tukar uniform sume,beli bekal then tahan cab. Peh, hujan pulak mase tu. Cab susah nak dapat, basah kejap. Dah dapat cab. Sempat beramah-ramah dengan driver cab jab, ucap selamat hari raya. bagi salam. Aku pun blah g duduk dalam ruang menunggu. Beg berat sangat sebab bawak buku tapi tak de yang mengangkat macam selalu.HUHU
Arrived at Penang. Kat traffic light,aku jenguk sikit nampak my dad tengah tunggu aku sambil bercekak pinggang di parking lot. Terlambai2 aku. Dalam bas dah tersenyum2 tak sabar nak turun. Serious tak macam selalu debarnye. HEHE Turun je dari bas aku salam,cium tangan cium pipi my dad. Rindu abah! My dad cakap, mamy dari rumah tak abis-abis call abah sebab abah tak balik-balik ag. Aku gelak HAHA
Arrived depan pintu rumah. :)
Nabilah : "SURPRISEEEEEEEEEEEE!!!" my sist jerit ! HAHA
Tercengang-cengang my mum. Aku tersengeh-sengeh je. Tak taw nak cakap apa. Masa tu my mum dah bergenang air mata dah.
MAMY : "Pandai kakak tipu mamy cakap ada kat bilik masa mamy call td."
AKU : Mana ada tipu. Kami berlakon BAIKKKK PUNYAA! -sambil tu aku buat aksi thumbs up kat dorg.
Actually my mum & my dad xtahu plAn kami ni. Aku pakat dengan adik2. My dad taw pun lepas maghrib masa otw balik Penang dah. Tu pun aku bagitaw sebab nanti my dad yang kena datang jemput.HAHA Aku happy sebab surprise aku menjadi and my mum macam tak percaya aku beraya kat sini. Aku taw dia happy. Sebab tu pagi ni my mum pegi market untuk beli barang-barang masak untuk esok. Nyum2 !
Apa pun thanx adik-adik sebab bersubahat sama ok.HAHA korang tu yang takut sangat. Best skali skala dapat surprise family kan?
Ok lah. Till here. Apa yang aku nak share kat sini ialah.. KERANA KASIH IBU KU GAGAHKAN JUA UNTUK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN.:) Pengorbanan yang Mamy & Abah dah korbankan selama ni sangat sangat tak ternilai harganya. Selamat Hari Raya Aidiladha Buat Semua ! Jangan sedih-sedih ok kepada yang tak balik raya tu.
With love,
HANIS SYUHAIDA
Raya Aidilfitri 2009 |
No comments:
Post a Comment