Monday, February 28, 2011

Aku dah pegi umah bakal mak mertua ! hehe

Hari sabtu(26feb) aku gerak pagi2 dalam pkul 7.30pagi and sampai sana dalam kul 10lebih kot. Oh ya, masa dekat-dekat nak sampai tiba-tiba tiub tayar belakang bocor. Taw lah aku berat. Pasal ni pun aku da touching sbb aku kan gemuk.huhu Singgah n rehat kejap kat bengkel.


Pengalaman yang best sangat-sangat. Berpeluang berkenal-kenalan dengan seisi keluarga Mohamad Syafiq bin Sarani aka My Soulmate ! :D Saya sangat gembira ! Even dapat stay sana untuk 2hari 1malam tapi aku rasa mcm nk je lama2 kat sana. Sebab best, rasa macam balik kampung time raya ja. hehe

Memang lah mula-mula macam kekok n segan-segan sebab tak kenal kan. And terase macam orang baru. hehe But ok lah bila agi kan nak menjenguk family baru sbb ntah bila la g aku nak ade kat kl ni. At least aku berjaya memberanikan diri untuk follow syafiq jumpa family die. :)

Rasa berdebar-debar kot sbb sampai-sampai da kena siap pegi kenduri. Wah, baru sampai dah ajak pi kenduri. Nak kenalkan kat 1 kampung ni !  Bak kata kawan aku yang kebetulan orang sana jugak.hehe




Aku xde amik gambar family syafiq depan-depan sbb aku segan. So yang ade gambar yang aku curi-curi dari belakang. Tak pe lah ape yang penting aku ingat setiap saat yang dilalui sepanjang aku kat sana bersama my sayang-sayang. Pengalaman yang sangat berharga.

Ni adik syafiq. Johan namanye. :D Comel. Kecik je. Tak macam abang sapik !  hehe
Rajin buat air lak tu.
Mainan ni lah adik dia suka main. Dengan aku sekali terleka tengok dia main.hehe

And petang tuh mak syafiq beli ikan keli. 1st time aku tengok ikan tuh disiang hidup-hidup. Even da potong kepala tp still gerak-gerak. Saya tak geli tapi risau tengok dia gerak-gerak time ngah siang tuh. Dorang nak bakar ikan tuh.! Sedap yaww!


Esoknye (27feb) aku follow syafiq n mak n johan pegi pasar ! hehe


 Tengok lah laki saya, rajin taw dia ! hehe jangan ade yang jealous lak !

Mematik kelapa di awal tengah hari. Suasana yang sangat best ! Teringin nak lepak kat sawah padi tp takut pulak lg hitam ! hahaha Tak pe lah tunggu la gambar wedding untuk pose tepi sawah ! Saya suka ! wheee!

Amacam? ade macam aku pegi program anak angkat tak? hehe Eh? tak ae? Abis tu program anak menantu ok tak? :D 

Family baru saya,
  • Abah
  • Mak
  • Kak ni
  • Syafiq
  • Taufiq
  • Aizat
  • Azlan
  • Johan

Sayang mereka ! Sangat ! :) Rindu family saya di Penang and di Sabak Bernam ! <3

Sunday, February 20, 2011

Ekspedisi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam

Akhirnye menjengah jugak aku kat sini untuk berblogging ! Terbersin-bersin aku mase nak redah masuk ke laman sesawang blog aku ni. hahaha Da lost connection dengan dunia blogger rasanya. Tapi tak pa, arini ada time so nak cite banyak2 whats happenning actually sampai aku tak hupdate langsung !

Ekspedisi ke Bukit Cerakah(BC) atau namanya sama seperti tittle di ats. Aku rasa lah. Tak taw kenape orang pnggil Bukit Cerakah tapi kat sign board lain namanye. Ah, pape je lah kan? Janji dah sampai sana.:D


Ok, and the rest jom kita layan gambar2 yg lain. :P


Anak dato and anak datin dah sampai ! haha


Bersama belia Bukit Cerakah.hehehe

Sesi berbasikal ! Best yaww! 

Jemput2 makan roti eskrim ! sedap.hehe

Saturday, February 19, 2011

Semester 6 hampir berakhir!

Alhamdulillah, actually aku baru sahaja selesai menduduki Trial Final College & Final College Examination di mana hanya 12% & 50% sahaja yang lulus bila results diumumkan. Aduyaiii, aku bab2 exam yang lemah sikit ni. Bukan apa lemah sgt bila time nk study ja mata aku automatik nak terlelap. Heran aku. Sebab tu kalau hari yang agak2 aku macam susah nak tido aku bukak la mana mana notes yang lecturer aku kasi, aku baca sambil baring. Perh! Confirm nyenyak tdo. hehehe Kalau korang nak senang tido cube lah style aku. hik3

Masa trial. Aku ingat soklan agak2 senang lah. Tapi aku tetap study. Study siang siang ja. Xdenye stay up sampai 2 3 pagi. Ingat aku rajin sgt ka?? :D Exam ni untuk persediaan bg meluluskan budak budak nurse menduduki Lembaga Jururawat Malaysia(LJM) so for sure kena wat betoi betoi. Malu oo lau kena repeat paper. Tak penah penah repeat ni. huhu Ditakdirkan aku FAILED ! Dapat 56 markah ja weh. Tapi tak pa. nasib tak kena repeat. hahaha

For your information, passing marks standard KKM 50 je dah kira lulus. College aku nak 60 ke atas baru lulus. Tu belum college naikkan jd 65 lg. Mesti lagi ramai yang fail termasuk aku. hehe Aku rasa college kena usaha lagi la kalau nk student pandai pandai. Aku pun nak jd rajin dan pndai gak. Wat la exam trial banyak banyak. Kenape tak nak buat?? Takut nak print out kertas soalan banyak banyak ae? Tapi kenapa sponsor rancangan realiti tv MENTOR boleh lak? Aku tak paham.


+
College = ?????

Ari khamis final. Macam tu jugak, aku study dari pg sampai petang. Malam dah letih, lepas Isyak ja aku tido. Esok exam bhai. Otak mesti mau rest. Kali ni jawab yakin skit ar. And semalam ari jumaat results kuar antara km berlima (Aku, Abby, Shannu, Shena, Ayu), 2 orang failed. Sedih. Siyes sedih. Hanya kami bertiga yang lulus. Alhamdulillah,aku antaranya. Terus aku text abah and mamy : 'Thanx, berkat doa mamy and abah kakak dah LULUS'. :) Walaupun dapat 71 tapi aku bersyukur. Paling tinggi pun 80 ja. hehe Tahniah tahniah kat semua yang berjaya. Yang tak berjaya sekarang hope korang berjaya time repeat nnt. We pray for u guys. Usaha ok?

Suka nya aku bila tak payah repeat. And secara rasminya aku layak menduduki LJM nanti. InsyaALLAH. Korang doa-doakan la jgk ye. :))


Dan malamnye. Aku pegi dating. Haha Macam lama dah tak dating. Betul tak tipu. Sibuk je kan. hehe Kalau nak terjumpa pun kat college je. Tu pun ada yang merajuk merajuk sbb dapat jmpe kejap je. ngee


Sape lagi kalau bukan aku date ngn die. hehe

Suke tgk kamu. hehe

Nanti kita date ag ye. Bye bye mushuk ! :P

Contest 'When Raining Day'

 Tarikh tutup : 20 Feb 2011

Saya mahu join ini contest!!!! Actually dah taw lama dah tp disebabkan sentiasa bz n gambar pn masa tu belum ada so aku pun choose la untuk join secara rasminya hari ini.hehe Da last minit sgt da arap cik dayah terima ye.

Cik Dayah ni member aku masa sekolah dulu. Aku knal dia tapi dia macam tak kenal aku. Well, masing-masing dah berubah wajah. hehe Tapi orangnye tetap sama.

K ni lah gambar berpayung yang aku pertandingkan.hehehe


Gud luck !! :D


Tag | Dayah | Hunny

Thursday, February 10, 2011

weh ! aku ada rasa nak terjun bawah ni!!

Kecik beso kecik beso je aku tgk swimming pool dari hostel aku ni. Haihhh tension2. betoi la apa senior senior lepas cakap banyak sgt menda nak kena settle. Dalam masa terdekat lak tu.

Kat kelas dah la kena kutip duit. Sorang rm10 pun susah nak bayar. Lagi susah aku nak pegi kutip kat sorang-sorang. Cuba kesian cikit kat aku yang pegang jawatan sebagai bendahari. Aku tak mo la asyik pi kat korang minx NAK DUIT? nanti korang cop aku as CETI ke ALONG ke. Penat.

Hah exam td. Punya la struggle gila masa jawab soklan. Bukan aku leh jawab pun. Taw2 tadi ada soalan yang member lain dapat. soalan bocor !!! bengangnye lah aku. Kalau aku taw aku beli bertimbun2 soklan kat kedai photostat tu. Hampeh tul !! Alang-alang soklan tu susah tolong la cari soalan lain, ni tak soalan yang sama jugak kolej keluarkan. Cheh !



Lagi satu..presentation satu apa pun tak sentuh. Dah tu kalau aku tak kerah tak gerak semuanya. Aku bukan ketua kumpulan. Bagus semua. Pakai prinsip tunggu dan lihat. Mcm aku. Last last apa pun tak buat ag. Group lain dah bersenang lenang fokus kat final.


Aku tak suka SEM 6 ! ! ! ! ! ! ! ! !

Ya Allah, permudahkanlah setiap urusan ku.. Harap aku sentiasa bersabar nak hadapi semua ni.

Wednesday, February 9, 2011

Ape nak buat kalau pendirian selalu berubah??huhu

Ok la ok la.

Perasan tak sebelum ni blog aku nama MISS PUMPKIN??

Then aku ubah jadi ini blog HANIS SYUHAIDA?

Encik BF aku kata dah ok dah nama blog sebelum ni..suka sangat bertukar-tukar. Tak de pendirian ni.

Aku mengaku aku memang kadang kadang suka berubah-ubah. Pendirian sentiasa bertukar tukar.

Sekarang ni aku tukar balik tapi bertukar kepada ..Ini Blog MISS PUMPKIN.. Ok ke?? huhu

Ape ape je lah kan?? huuuu

P/S: miss him so muchh!!!

Tuesday, February 8, 2011

Men Think About Sex....A Loooooooooottttt !!

Ok, so maybe this one is no secret ! The majority of men under age 60 think about sex at least once a day, compared with only a quarter of women. And that's not all.

Men fantasize about sex nearly twice as often as women do, and their fantasizes are much more varied.

They also think more about casual sex that women do. But thinking is not the same as doing.

Men, much to many women's surprise, aren't always in the mood for sex. Just like women, men are often stressed by the demands of work, family and paying the bills. And stress is a big libido crusher.

Men may stray when needs aren't met ! If a man doesn't feel loved and appreciated in his relationship, he may turn elsewhere for satisfaction. For one man, that may mean burying himself in work. Another may develop fixation on sports or video game. And some mens CHEAT! (sebab tu laki dibenarkan kawin 4. cheh !)



P/s : dunno for what im copying this entry but i think it is interesting ! :P

Thursday, February 3, 2011

Lepas balik aku pun tertido.

Assalamualaikum.

Aku da lama tak menggedik dengan camera. So balik ni aku tak lepaskan chance nk menggedik. Kebetulan adek aku dah offer awal awal nak km join dia wat photoshoot. Dia dah survery tempat siap siap.Kami pun apa lagi. Menggedik ah ! haha Kami tu merujuk kepada aku dan Hanis Nabilah. Ahmad Nabil pulak malas nk ikut ! Ahmad Akhyar most of our cameraman.




Aku pun tak sure tempat apa yang dia bawak ni tapi kalau tengok dari view mcm dekat dekat area highway, dekat dengan Penang Bridge. Dok penang pun aku tak taw dah kat mana. Laut pun dah banyak dorang korek-korek and tambun balik nak buat bangunan lagi.huhu






Tapi aku suka biar pun panas dan sikit sunburn at least ada gak aku dapat tengok laut.
Aku amik banyak banyak gambar brpayung pun sbb nak join contest Cik Dayah ni ha. hehe Nantikan kemunculan contest gambar berpayung yang dianjurkan oleh Cik Dayah ni.hehe



Before balik sempat singgah beli rojak. Jemput makan semua ! :D



Dan lepas balik tu aku pun terlelap sekejap dah petang sgt pulak tu.Bagus btl aku ni.hehe

Ok done. Tu je. Thanx for reading ! :)

ShoutMix chat widget
/