Sunday, December 23, 2012

E-Day ELLE & FIQ




This is my ex-housemate, Elfira Mokhtar masa study dekat KL dulu.. 
 Kawan aku ni sangat cantik..sangat flawless taw..
Alhamdulillah dah pun bertunang dengan tunangannye.. 

 
Congratulation on your engagement day sayang !
One step closer!
Elle & Fiq
22.12.12

*photos taken from her fb account

Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum dear bloggers..
:)


Oh sape yang dah tengok istanbul aku datang mesti tahu kan how sweet harris aka beto qushairy kan? err dalam movie ni je lah ok.. ^_^

The point is lepas aku tengok movie ni i was thinking.. Bercinta bertahun-tahun last-last kahwin jugak dengan orang lain.. mungkin tu lah yang dinamakan JODOH.

Then bila dah nama perempuan..aku tak taw lah perempuan lain macam aku ke tak.. aku ter-relate-kan love story aku dengan movie ni. HAHAHA yelah bercinta jarak jauh..

Marah betul aku time Azad (Tomok) tu minta maaf dengan Dian(Lisa) dekat atas bukit tu.. 
Contoh ayat..saya jadi macam ni sebab saya sorang-sorang dekat sini..saya sunyi.. 
Err..cam tu lah kan.. 
ceh, sunyi konon..
 habis sebab sunyi la tak setia boleh ade perempuan lain??? 
piiirahhhhh 
part ni yang aku rasa Azad memang tak boleh nak dimaafkan.. 
Aku pulak yang emo kan?
:'(

Harris(Beto) and Dian kenal baru seminggu dua pastu boleh jatuh cinta..tapi the end of the story dorang kahwin pun lepas dua tahun..
 Oh ok la.. dalam fikiran aku if real life, bukan senang nak kumpul duit..thats why dua tahun kemudian baru kahwin.HAHAHA 
ikut kiraan aku punya budget pun 2 tahun lagi baru cukup.. 
tu pun kalau tiap2 bulan betul-betul saving amount yang sama.. huhuhu

Lepas aku tengok movie ni,aku minta sangat-sangat hubungan aku dengan dia tak jadi apa-apa..
sebabnye kami dah lebih dua tahun jugak kenal..
agak jauh jugak perhubungan kami sebenarnya.. yelah family pun dah berkenal-kenal.. 
btw mana boleh samakan dengan movie ni.. 
Kami ni setia orangnya.. :) 
InsyaALLAH..
Harap-harap-harap kami boleh setia antara satu sama lain...

Penatlah bercinta without nikah.. nak rasa bercinta after nikah pulak! hehehe 
Hope so so so so aku dipertemukan jodoh seperti yang dirancangkan. :D

Apa pun movie ni tetap best walaupun ade part yang tak berapa aku suka.. but overall memang terbaikkkk! :D



Thursday, December 13, 2012

Pengalaman aku masa ambil suntikan HPV..

 Assalamualaikum boys and girls especially..sbb entry untuk girls tapi kalau boy nak bace pun ok jugak.. welcome-welcome untuk tanpa info. hehehe

This is my appointment card attached with my vaccination card for me to complete the whole doses..:)

I just nak bagitaw kenapa aku kalut sangat lately nak ambil vaksin ni..dekat hospital aku memang dah sarankan suruh ambil..just baru-baru ni aku dapat kesedaran yang virus ni kita perlu ambil berat sebab dari cara ia tersebar and susah dikesan yang buat aku rasa vaksin ni penting sangat ! very very important !

Firstly thanx to kak ifah, my colleage yang sangat care sebab tolong aku cari tahu maklumat pasal cara nak consult doctor and maklumat melalui vaksin ni.. Bla..bla..bla.. Dia tolong aku buat appointment dengan our Gynaecologist in Pantai Penang Hospital, Dr Udayar Pandian on Monday dated 10.12.12. And dia tanyakan cose sekali sebab senang aku nk prepare $$$$.. nak amik vaksin ni selfpay ok! company tak tolong support..:(

Ok, tiba harinye.. aku pun pegi la hospital and settle registration dekat administration counter, clerk pun suruh aku naik tingkat 2 bilik doctor tu.. selalu aku pegi hospital atas urusan kerja rasa relax je.. tapi bila pegi hospital atas urusan sebagai pesakit memang nervous.. padahal nak amik vaksin je kot ! hahaha well, nak kena cucuk kan...

Sampai tingkat 2..aku nampak doctor keluar bilik.. 'Alaaa..doctor ni pi mana pulak.aku dah la nebes nih !' Klinik nurse dia cakap doctor pi buat round sat kat ward..tunggu sat nah.. Ok,tunggu la.. masa tunggu tu ada la marriage couple ni tgh tunggu doctor jugak.. i guess mcm pmpn ni pregnant.. first pregnancy la kot sebab manja semacam.. hahahaha kata orang..esok ni aku pulak tak taw macam mana... hekhekehek

Ok.. now my turn..

Aku : Hai doctor !
Doc : Hai Hanis.. cuti ke?
Aku : Ye doctor, saya amik cuti seminggu.. :)
Doc : So u nak ambil vaksin kan? hmm..u ade ape-ape penyakit ke sebelum ni.. asthma? penah operate appendix ke?
Aku : ( Ah, boring ah tanya soalan cam aku ni pesakit je..pdahal memang pesakit dia pun.. haha) Err.. tak ada doctor..semua tak ada.. Cuma i ade thalasemia..thalasemia carrier..
Doc : Oh, really? so u taw la apa u kena taw? your partner pun kena pegi check la.. so sebelum u declare jadi bf u kena tanya dia dulu la..
Aku : ( Tu la yang aku duk buat sebelum ni.. dok tanya bf ada x thalasemia?.. lau ada kita putus je. sob3)  Aku hangguk and geleng-geleng je..sebab tu perkara tak best.. dah la si bf aku ni tak pi check lagi.. cian dia t kena p check darah..
Doc : Bila last period?
Aku : Err.. i tak ingat la doctor.. this month punya belum mai lagi..
Doc : Huh x ingat? last month ada x?
Aku : Eh, last month ada.. tapi ni dah nak period la ni.. (aku takut doctor suspek aku pregnant pulak..ah.. sudah)

Doc : U tak penah buat scan lagi kan? (Alu geleng-geleng) Jom kita buat scan..
Aku : Adui.. scan la pulak.. so nak kena tunjuk perut la kat doctor? slumber je aku tanya dekat clinic nurse dia..

Ultrasound time..ditemani clinic nurse ok..

Best jugak..rasa macam scan tengok baby.. bestnya.. tak rasa malu dah masa tu..wahahaha

Aku : Doctor, mana uterus saya? (tanya macam ada baby ja.. hahaha)
Doc : Haa.. ni dia.. ovaries u normal.. uterus u agak tebal sikit sebab u dah nak period kan..memang normal lah.. dekat bawah (bawah pada my uterus) ni ada pengumpulan air sikit..
Aku : Air? Oh, nak terkencing kot doctor.. slumber giler aku.. hahaha
Doc : Bukan.. bladder u dekat ats ni (ats my uterus).. yang ni pengumpulan air..perempuan lau nak period memang ade pengumpulan air ni sikit..
Aku : Oh.. (malu sat.. tu la men serbu ja.. pastu timbul idea nakal, ingat kan air ehem-ehem..hahaha perempuan ada ka? :P)
Doc : So i consider air tu normal sebab u nak period.. kalau tak normal mungkin tu adalah cyst.. tapi i rasa tu normal..
Aku : Ok, tak mungkin kot cyst.. Normal2.

p/s : to my dear.. jangan marah kat doctor tu k.. dia xbuat apa..dia check-check ja..:D

Lepas scan.. aku kena duduk.. Doctor tanya nak cucuk kat lengan or bontot.. Dia tengok aku kecik je.. Siap remind aku yang injection ni sakit taw...

Preparing injection..

Doc : U sure nak kat tangan?
Aku : Yup, sure.

Dah dekat nak inject tanya lagi.. haihh doctor ni cepat la..takut ni..

Doc : U right-handed ke left handed?
Aku : Right. (dah get ready dengan tangan kiri so right handed la.. hehehe)



Masa aku dalam bilik doctor aku ade la jeling-jeling sikit vaksin tu jenis apa kan.. memang kotak dia warna pink and dekat prescription pharmacy pun ada tulih cervarix injection.. so aku search kat google memang sah dah aku dapat vaksin hpv type ni.. pink colour.. very feminine gitewww ! tapi masa doctor bagi tu tak berapa nak feminine sebab time ubat masuk memang pedih.. phewwww ! harini dah hari kedua..lenguh-lenguh kat lengan masih ada..

Ah... settle sudah bab pengambilan vaksin ni.. next appointment for 2nd dose will be one month later so that means it will be on 10.01.12..

Oh berapa ye kos perubatan?ye..hampir lupa nak bagitaw.. i just paid RM160 instead of RM200..DISCOUNT 20% FOR PANTAI PENANG STAFF..:)

So ape tunggu lagi?? Sapa yang tak ambil lagi..dinasihatkan ambil.. MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI..


Nak tahu lebih mengenai virus HPV??
Sila baca  DI SINI..
:)
terima kasih sudi bace..




Wednesday, December 12, 2012

Jangkitan HPV..ayuh kita ambil tahu!


Assalamualaikum to all readers !

Aku search dalam google..and aku rasa info dia ni senang difahami and sangat ringkas dan padat..memang sesuai untuk u alls yang just rasa nak tahu pasal jangkitan ni.. very important ! must read !

HPV (Human Papilloma Virus) adalah sejenis virus penyakit jangkitan seksual. Ia disebarkan melalui sentuhan seksual iaitu hubungan seks dan sentuhan kulit ke kulit.
Sekurang-kurangnya 50 peratus individu yang melakukan hubungan seks pernah terkena jangkitan berkenaan dalam satu tempoh kitaran hidup masing-masing.

Biasanya, mereka yang mendapat jangkitan adalah dari kalangan kurang pendidikan atau tidak mengetahui bahawa penyakit ini berpunca daripada virus. Kebanyakan individu yang menghidap HPV gagal mengesan penyakit dialaminya kerana tiada gejala selari, malahan jangkitan itu selalunya hilang dengan sendiri.


Siapa berisiko mendapat jangkitan HPV?

Sesiapa saja yang pernah melakukan sentuhan genital (genital contact) berisiko dijangkiti HPV. Lelaki dan perempuan pembawa HPV boleh menyebarkan virus itu kepada orang lain tanpa disedari kerana tiada tanda jangkitan dan mengalami jangkitan bertahun lamanya walaupun proses sentuhan genital terakhir sudah lama berlalu.
Seseorang itu lebih berisiko mendapat serangan HPV sekiranya; ? mengadakan hubungan seks pada umur muda.
* mempunyai ramai pasangan seks.
* pasangan seksnya mempunyai ramai pasangan seks lain.

Sekiranya tiada tanda penyakit, mengapa mesti risau tentang HPV?
Ada lebih 100 jenis HPV dan tidak semuanya mendatangkan masalah kesihatan. HPV jenis 6 dan 11 boleh menyebabkan ketuat genital sementara HPV jenis 16 dan 18 berisiko menyebabkan kanser serviks, vagina, vulva dan dubur.

Virus ini bertindak menyebabkan perubahan tidak normal pada sel serviks dan berubah menjadi sel kanser dalam tempoh berpanjangan iaitu antara 10 hingga 20 tahun.
Kanser serviks adalah kanser ketiga tertinggi dalam kalangan wanita Malaysia dan meningkatkan risiko kanser zakar pada lelaki. Tindakan menghindari jangkitan HPV secara langsung dapat mengurangkan bilangan kes kanser.

Bagaimana HPV dirawat?

Tidak ada rawatan khusus untuk virus HPV kerana sistem imunisasi badan kita bersedia melawannya dalam jangka masa beberapa tahun. Bagaimanapun, ada rawatan untuk penyakit yang timbul akibat virus seperti;
* Ketuat genital – dirawat menggunakan bahan kimia dan kaedah laser.
* Perubahan tidak normal sel pada tisu serviks yang dikesan melalui ujian PAP Smear boleh dipantau secara berkala dan apabila perlu rawatan pembedahan kryo (cryosurgery) atau pembuangan tisu rosak boleh dilakukan sebelum tisu bertukar kepada kanser.

Bagaimana mengelak terkena HPV?

Cara terbaik bagi remaja mengelak jangkitan HPV adalah mengamalkan abstinen iaitu tidak melakukan hubungan seks. Bagi individu bukan beragama Islam yang aktif seks, anda dikehendaki setia kepada satu pasangan saja. Orang Islam sepatutnya mengamalkan hubungan seks selepas berkahwin dengan mengenal pasti pasangan seks tidak mengamalkan seks rambang atau lebih daripada satu pasangan.

Satu kaedah lain untuk mengelak kesan masalah kesihatan akibat HPV adalah mengambil suntikan vaksin HPV. Vaksin HPV mengandungi virus tidak aktif iaitu terdiri daripada kapsul virus tanpa bahan genetik DNAnya.

Apabila mengambil suntikan vaksin ini, badan akan mengeluarkan antibodi terhadap virus HPV, seterusnya menyediakan badan kita untuk melawan virus ini apabila dijangkiti pada bilabila masa.

Bagaimanakah cara mengesan jangkitan HPV?

Bagi wanita yang pernah aktif seks, jangkitan HPV boleh dikesan melalui;
- Ujian PAP Smear atau ujian sitologi berasas cecair.
- Kaedah ini memerlukan pemeriksaan faraj dan kikisan kulit pada dinding serviks yang diambil menggunakan spatula atau berus khas untuk dihantar sebagai ujian makmal.
- Ujian ini tidak menyakitkan dan anda disarankan melakukannya setiap tiga tahun.
- Ujian DNA untuk HPV dilakukan di mana kikisan tisu daripada serviks di uji pada peringkat molekular. Ia lebih sensitif dan tepat namun, harganya mahal.

Semua remaja yang layak mendapatkan vaksinasi percuma berkenaan, dinasihatkan menjalani suntikan vaksin yang dibekalkan di lokasi dinyatakan di atas mulai Julai lalu. Bagi yang tidak layak, tidak sukar mendapatkan suntikan vaksin kerana ia boleh diperoleh di semua pusat perubatan swasta dan klinik swasta.

Bagaimana mendapatkan vaksin HPV?

- Vaksinasi lengkap memerlukan tiga dos suntikan dalam masa enam bulan namun, harganya mahal iaitu sekitar RM300 setiap dos.
- Umur sesuai menjalani suntikan vaksin ialah ketika muda, sebelum seseorang itu terdedah kepada hubungan seks.
- Disarankan, suntikan usia umum adalah antara sembilan hingga 45 tahun.
- Sejak 2010, kerajaan menyediakan suntikan vaksin HPV percuma untuk semua murid perempuan Tingkatan Satu.
- Terbaru, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menawarkan vaksin HPV percuma untuk wanita berumur 18 tahun dan tidak berkahwin saja. Wanita yang layak boleh mendapatkannya di semua klinik LPPKN, klinik dan Pusat Kesihatan IPTA di seluruh negara.
- Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah dibuat melalui talian NUR 15999, facebook atau twitter KPWKM ( Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) atau LPPKN, layari laman sesawang LPPKN, www.lppkn.gov.my. atau kunjungi klinik atau pejabat LPPKN terdekat.





p/s : entry asal aku copy dari sini
tak nak lah letak gambar-gambar pasal jangkitan ni.. takut korang geli jer.. 
sharing is loving..
sekian terima kasih.
:)


Monday, November 26, 2012

Selamat sudah...

Assalamualaikum boys and girls..


Alhamdulillah hari yang dinanti-nantikan dah pun berlalu.. haihhh indahnye rasa... walaupun sekejap tapi perasaan tu tetap bahgia sangat-sangat.. Yerla jumpa keluarga bakal mertua.. lagi-lagi jumpa yang tercinta.. hehehehe


Dari tak tahu nak bawak g jalan-jalan last-last sampai letih jgk la kaki and badan masing-masing. Ok lah..meh sini aku bgtaw kat mana je yang aku & family bawak dorang jalan-jalan.. Berikut adalah kronologi perjalanan dari Sabak Bernam ke Pulau Pinang..heee~

Setibanya ke Penang, Syafiq terus bawak family dia ke rumah aku.. Perh.. tak sesat..! Sampai je tempat parking and call aku tanya dah boleh masuk rumah ke belum? Hahahaha Macam rombongan pengantin je kan sampai tny mcm tu... :P Lunch di rumah aku.. Disebabkan gabra(nervous) sangat.. lupa dah nak amik gambar makanan yang mak aku sediakan...whuhuhu (Menu : Nasi putih, kari ikan, udang besar masak sos, ayam goreng berempah, ikan temenung goreng and ulam+sambal belacan)
Mami aku cakap bertambah jugak dorang makan.. maknanya sedap lah tu.. tak pun mungkin sebab lapar sangat..kan kan kan?

Next.. lepas makan.. duduk-duduk rehatkan perut.. tengok tv jap..makan kerepek jap..dah kul 1ptg.. Ok, time nak balik pegi rehat-rehat.. My mum. adik lelaki dan adik perempuan and me pegi teman tunjukkan homestay dorang dekat mana..
maaf gambar ambil dari ehsan google
Taman Seri Bayan Apartment... 
Murah je taw.. RM130..
3Bilik+ 2Bilik air
Dapur (boleh masak cuma xde la periuk belange..)
Ada tv + astro
Set sofa and meja makan
Buaian untuk baby
Memang puas hati !! Bersih dan kemas..
So far kipas je.. next time tuan rumah kata nak pasang aircond so maybe sewa jadi rm150.. still ok lah kan? 


Lepas dah rehat semua.. kami nak keluar petang pulak.. Hujan... lebat lak tu.. Ikutkan nak bawak pegi Padang kota lama dulu.. tapi sebab hujan kami ke Padang Brown.. makan terus memandangkan semua dah lapar.. Lepas makan still hujan tapi tak selebat tadi.. Kami just berenti jap kat Padang Kota Lama ---> Straits Quay,Tanjung Bunga. Tapi pukul 9malam family Syafiq dah keletihan.. ye lah bangun awalkan pagi tadi..kami terus je balik.. Yang baliknye family Syafiq aje.. selebihnye.. aku, syafiq and adik-adik aku pegi pantai Queensbay kononnya nak makan jagung rebus lah kan.. Tak sempat makan pun.. kenalah balik.. program tergendala.. huhuhu mungkin ade hikmahnye.. tak salahkan sape-sape.. chill ok? :)

At padang brown


gambar macam ada gangguan makhluk aje.. tak nak elok even 2kali aku upload..huhu maaf yer..
Keesokkan paginye.. means the day dorang nak balik tu.. Dorang pegi breakfast sendiri-sendiri dekat Nasi Kandar Rahim which is bukan restoran sebenarnye.. tapi just stalls banyak-banyak.. pilih je nak makan roti canai ke bihun sup ke.. Gerai ni dekat dengan kompleks Tabung Haji.. Berhadapan dengan Klinik Kesihatan Bayan Lepas.. Ok.. Nasi kandar dia mmg sedap !

Then kami bertiga ( abah, mami and me ) , bawak dorang jalan-jalan ke Chowrasta market atau orang sini sebut Bazar je.. Untuk beli jeruk Nasir sebagai buah tangan nak bawak balik kampung nanti..
maaf gambar ambil dari ehsan google.


Lepas tu rasa macam kejap sangat je.. kami ajak dorang minum-minum dekat Line Clear Nasi Kandar..memandangkan tak ade roti canai kat situ kami singgah restoran sebelah die.. Yasmeen Nasi Kandar.. adik beradik la jugak kan.. hehehe 
maaf gambar dari ehsan google

Kat situ adik paling kecik Syafiq, Johan namanye teringin nak naik feri.. Comel je kan.. hehee Mami dapat idea.. jom lah balik naik feri...

Akhirnye dapat jgk dorang naik feri..seronok pulak tengok dorang siap amik gambar lagi atas feri tu... Dah nak sampai ke tambatan.. kami bersalam-salaman.. uhukuhukuhuk sedihnyerr...dah nk jauh balik dah.. 

kacak-kacak semuanye.. hehe mak maintain cun..

Apa pun memang best.. pengalaman jumpa family dan family.. keluar berjalan makan angin same-same..ade jugak tersalah faham sampai tersesat jalan sikit tapi xpe semua tu manis sangat..dapat citer-citer bila terngat..hehehe :) thanx for coming.. hope mak, abah and adik-adiks enjoy yer.. my dear Syafiq mesti la enjoy jugak dapat jumpa cinta hati dia.. kuikuikui. ^_^





sekian.. thanx for reading...


Monday, November 19, 2012

Persiapanku Menjelang Hujung Minggu Depan

Assalamualaikum dear readers...

Good news for me.. and not yet for you all.. heeee saje nak bagi suspen sikit..


Anual leave for 2days.. approved !
Homestay.. booked !
Families.. informed !
Menu for lunch.. in progress !
Place to visit.. in mind !
Gift.. not yet buy anything ! (so sad sebab belum gaji..-.- )


Yesterday, my bf's mum sms to him..then he just forwarded it to me.
" Tak yah sewa hotel banyak-banyak. Satu tapi cukup besar. Untuk 6orang kan ade. Tak nak tidur asing-asing tak best. Tak leh cerita-cerita. "

I was just smilling.. comel ayat my bf's mum.. ape lah yang dorang nak cerita-ceritakan nanti kn.. hehee


Good news for me sebab SYAFIQ & HIS FAMILY will come to Penang to have a visit cuti-cuti Malaysia kat sini and berkenal-kenalan dengan my family..


To my dear boyfie and parts of family, 
Have a save journey soon..



" SEMOGA SETIAP UKHUWWAH YANG TERJALIN AKAN BERKEKALAN SAMPAI BILA-BILA"



mood # waiting for the date # 24.11.12

Gambar sekadar hiasan - gambar muka sendiri atas pelamin orang. hehe

Sunday, November 18, 2012

Peplum Kurung Dress / Kurung Moden Peplum

Assalamualaikum semua girls-girls yang tengah pening cari design yang sesuai untuk buat kurung peplum sendiri..

Macam aku dah ke tailor untuk upah kurung peplum..and still in progress. Aku mintak tailor tu kalau boleh siapkan hujung bulan december nanti.. :D korang bila lagi? Nanti dah siap aku tunjuk ye..sekarang aku tunjuk contoh je dulu..

instagram orang

instagram orang

Add caption

FatinSuhana OMG ! Seriously lawa sangat bila jadi dayang-dayang pengantin.. whuuuuu melting !

FleurBy Mrs Him

Haaa.. cantik kan?? kiut-kiut je lau ladies pakai.. alahai tak sabar nk tunggu baju aiiii siap. ^_^ btw, sorry la.. aku tak mention dari mana sumber setiap gmbar yang aku amik.. yang pasti search image google.. keluar lah semua..


Kalau nak beli ready-made and dah siap bermanik bagai.. dapatkan semua di sini.. korang boleh tengok-tengoklah sementara stock masih ada.. sebab sekarang ni permintaan tinggi.. better grab cepat-cepat ! :)

1. ChantekDress
2. BuddyBeadSoul
3. KasihAleeya
4. Moddy
5. Sweet Like Marshmallow
6. Prettypop
7. Anafella's Boutique
8. Pretty Kurung
9. Gugucloset
10. FatinSuhana
11. Payles Kiosk
12. Tailor (area shah alam)
13. Jovian Manclagie ( exclusive design.. cantik2 semua !!!)

Saturday, November 17, 2012

Review Majlis Pernikahan , Malam Berinai & Persandingan

Assalamualaikum and hye dear readers..

Hujung-hujung minggu ni buat ape? Ade kenduri? Suke tak korang pegi kenduri orang? Lately aku macam suke sangat attend wedding orang.. Macam best sebab leh tengok macam mana preparation dorang sampai boleh sediakan satu majlis yang berjaya dan bahagia..

 Last week aku dan family ke Subang.. dijemput hadir ke majlis perkahwinan adik ipar abah aku pnya kakak punya anak.. Hahaha jangan pening ok.. senang citer sepupu aku punya sepupu yang kahwin.. :D semua ni belah my father's side.


Kiranya kami bertolak pagi dalam pukul 5 pagi dari Penang dan sampai ke Subang dalam pukul 11pagi ke rumah pengantin untuk ke acara akad nikah terus.

Sambil-sambil tu aku nak review gambar suasana masa setiap majlis akad nikah berlangsung ok? :D

Majlis Akad Nikah
10.11.12
@ rumah pengantin perempuan 


Hantaran.. cantik sgt!

Candy buffet..my fav!

Lepas akad nikah kami ke hotel berdekatan untuk check in sementara malam nak tunggu majlis malam berinai..

Malam berinai tak bermaksud pakai inai.. kalau ikutkan adat mmg orang letak inai sikit sbgai syarat... ni mungkin zaman moden sikit nk dpt inai pes susah so tak payah kot..

Malam tu dorang just tepung tawar untuk family sebelah perempuan dan lelaki yang hadir sahaja.. then pengantin bersuap-suap pulut kuning diiringi sanak saudara..

Malam Berina
10.11.12
@rumah pengantin perempuan


Pengantin kebanyakkan akan pakai baju songket.. melambangkan adat dan istiadat orang melayu..:)

Ok, kita proceed pada keesokkan harinye.. majlis bersanding atau resepsi di sebelah malam di dewan sivik petaling jaya. lawa dewannye..

Majlis Resepsi
11.11.12
@dewan sivik petaling jaya 



Quest book corner..

 pengantin diiring dengan ayah sendiri... wah sweet gituuuu.. ayah pulak nampak hensem dengn berbaju melayu.. selalu org putih je wat cm ni..
aminnn!

Alhamdulillah selamat sudah dorang mendirikan rumah tangga.. semuanya berjalan dengan lancar dan meriah sekali...






p/s : masa nak post entry ni.. aku dok google perkahwinan yang dituntut dalam Islam.. maksudnye tanpa ikut adat istiadat melayu.. ternyata semua orang tahu lebih mudah dan ringkas.. tanpa modal yang banyak.. tak payah serabutkan kepala.. kalau ikut kan senang macam ni.. dah kahwin dah kot kita ni kan si cinta hati saya?? hehehe

insyaALLAH.. murah rezeki..panjang jodoh...giliran kita pula.. Kawan-kawan..doakan kami yer...:)

Sunday, October 14, 2012

Baby baru.. WELCOME !

Assalamualaikum and hye dear readers... :)


Bila aku teringat balik apa yang aku pernah tanya si dia tempoh hari aku rasa mcm bersalah pun ada..

aku : sayang, berapa lama dah kerja?

si dia : dah 5 bulan..

aku : baru 5bulan ke rasa mcm da lama... (dalam hati lame lagi la kitorang nak kumpul duit untuk melangkah ke alam yang dinanti-nantikan)


Memang aku asyik ckp planning pasal nk kawin je tp aku tahu  si dia masih tak ready lagi.. so apa aku boleh buat kan.. kesian jugak lau asyik push je.. keje pun baru 5bulan.. aku yang keje 1year pun baru je nk start saving.. huhu


One day on my mum's birthday date.. 9th October 2012..i reachieved a mms..

Mama..papa sebenarnye...
Dah beli kereta!!!!

Ni lah mms yang diterima..


Aku tengokkan je mms tu.. biar betul mamat ni? ntah-ntah dia g mne2 parking shopping mall then bergambar je depan keta plus no plat baru.. TOO BAD RIGHT ME , MYSELF? Oh my english !

At the same time aku memang ade dalam kereta on the way nk dinner dengan family... so aku buat x taw je la..ikutkan nak jugak call terus tanya but then segan pulak kan mane taw memain pulak dia..aku just balas2 msg je ckp aku memang tak percaya...

Lepas aku dah order makan, dia yang call aku..

si dia :  nape tak call?

aku : malas la nak call..tak percaya pun.. betul ke?

si dia : macam tak surprise je kan..

aku : memang pun.. kita msg je lah.. kat kedai makan ni..

aku mmg segan lau nk bergayut depan family so we just end up dalam msg je..hehehe

Dia cakap mak aku orang petama yang dia bagitaw tapi macam mana aku nk percaya sbb everytime mak aku ckp dengan dia.. aku mst kat sebelah.. aku diam kan aje..xtny apa pun kat my mum memandangkan mak aku pun teror betul sepakat dengan bakal menantu tak gtaw aku langsung pasal si dia dh beli kereta ! masih tak percaya !! haha (dia dh gitaw kat mak aku since 30september 12 lagi..aku je yang xtaw..)

si dia : balik ni tgk taw kat fb... ( aku guest mst ade gmbar..)


Bila dah tgk kereta si dia bawak balik kampung semua baru aku btl2 percaya..:)


Sorry la dear.. macam mana nk percaya sbb semua bukan depan mata and gambar yang awak tunjukkan general sangat.. kita nk jumpa pun maybe sebulan lagi.. awak mst da tak sabar nk gtaw saya kan walaupun pada mulanya awak memang nak rahsiakan n nak surprisekan saya.. hehehe xpe la.. saye dah percaya ni..:)


Ternyata dalam 5 bulan si dia kerja.. dah keluarkan kereta.. Semoga lepas ni rezeki kita sama-sama dimurahkan ALLAH s.w.t.. Semuanya yang baik datang dari DIA...Aku di sini menanti untuk mengharungi setiap langkah menuju bahagia bersamamu..






p/s :

BISMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM..
INTRODUCING YOU..
OUR NEW BABY.. (hope i can call it as 'our' even i know it's ur car..huhu :')..)

PERODUA ALZA


Kalau terserempak di jalan.. hye-hye la ok? hehehe :P

Sunday, September 23, 2012

After a looong break. Planning for saving..

Assalamualaikum and hye peeps..:)


Wow today i'm writing back to post something in this blog. Yup, my blog.. as i said i just want to leave this blog but soon when i started to read other people's blog i feel like i will write back.. HAHA

Alright after a long break.. Im here today.. :))

Wednesday, 19 September 2012.

Last wednesday, genaplah 1 year aku bergelar seorang jururawat di sebuah hospital swasta dalam the Pearl of the Orient. Eh, betoi ka? or Island of the pearl?? Hahaha lantaklah janji bunyinye macam Pulau Mutiara.. Hehehe

1 year.. pejam celik pejam celik memang dah 1 year.. but dalam 1 year rasa macam kosong lagi.. Serious. Not easy as orang cakap bestnye dah kerja.. senang la... Senang apa??

But yes, dah kerja memang best and end of the month memang senang.. senang bila dapat gaji.. bila dah habis gaji.. Abahhhhh... nak advance sikit?? HEHE but not all the time ok.. :P Just masa raya aritu je.. 1st raya kan mana aku nak ada modal banyak-banyak.. but then after raya got gaji and i paid back.. langsai dah.. Alhamdulillah...


Time aku keluar dengan member sekolah.. they all semua keep pointing at me kalau cakap pasal kawin.. Oh God, 1st mcm kenapa la aku.. sbb aku taw aku lambat lagi kot.. Then aku tanya lah why korang cakap aku dulu yang nanti kawin? They will said, yelah.. hang kan dah kerja.. bf hang pun dah kerja... And then baru aku pun "oic...." Gila slow nak pick up.. Hahaha Saja wat slow pick up sbb aku memang x ready pape lagi untuk further our relationship..


Tapi dah rasa memang patut serious dah ni.. Bukannye tak serious dengan hubungan xnak setia ke apa.. Cuma nak lebih serious macam nak start simpan duit dah ke... Oh after 1 year kerja baru nak menyimpan duit? Yelah.. after 1 year baru rasa bernafas sikit.. Oncall pun dah start.. so gaji bulan ni la baru nak merasa duit oncall... :'D


Even orang kata perempuan tak pe lah.. lelaki yang banyak keluar duit untuk kawin nanti.. Tapi as perempuan.. zaman sekarang pulak.. mesti la kena ada duit sendiri jugak.. Nanti kita nak itu nak ini nak yang extra-extra sikit tak kan nak harap pihak lelaki kan.. Apa yang boleh kita support sorang sikit.. Kita nak kawin berdua bukan nak kaawin sorang-sorang.. so sheshare la.. tak gitu?? :D


Aku kadang-kadang bila bosan, mula la survey-survey budget orang yang dah penah bertunang and dah melangsungkan majlis.. Hmm boleh tahan jugak tu.. Mostly dorang akan pesan.. banyakkan simpan duit.. jangan sampai berhutang nanti dah 10 tahun kawin hutang tak jugak settle.. memang scary.. plus hutang ptpn aku ni bila tahun nak habis.. nyesal wooo. nyesal pun dah kerja dh pun.. bayar la jgk cikit2. hehe



Zaman sekarang paling cikai pun.. i mean secara sederhana pun kena ada 20k.. Lau sebulan dapat simpan 1k.. setahun 12k.. Kalau aku dengan dia simpan jumlah yang sama darab dengan 2 dah jadi 24 k. Cukup kot? huhu Lebih xpe.. boleh simpan lepas kawin kan.. Kalau kurang yang masalah tu..
Kira2 dalam 2014 ke? InsyaALLAH..mudah-mudahan panjang umur, panjang jodoh and murah rezeki ada lah tu.. :')


Macam belah aku, confirm2 lah xbuat kat rumah kenduri nnt.. kena buat kat dewan.. catering.. pelamin.. sewa baju.. hantaran.. Banyak kan belanja duit nk kawin? Then macam mana ada orang boleh kawin banyak-banyak ae? Eh, kesitu lak aku kan? HAHA



Kawin tak susah tapi janganlah kita yang susahkan diri kita.. Make it simple.. :) I hope so my life pun akan simple, lancar and bahagia.. Itu adalah semua doa dan impian setiap insan di dunia ni...








p/s : Nak bahagia? Solatlah di setiap awal waktu. :)

Sunday, July 1, 2012

Teaser 15TH Anual Dinner of Pantai Hospital Penang | GLAMOUR NIGHT




15TH ANUAL DINNER | 30 JUNE 2012


P/S : Sapa ini??  TINGKATKAN PRESTASI KURANGKAN KONTROVERSI. :D

Friday, June 29, 2012

Now is not the time yet.

Assalamualaikum and hye semua..


Wallawey...banyak gila menda aku nak habak kat hampa semua tapi bila aku pikir semua menda tu x patut dicerita so aku macam pendam aje lah dalam hati..Sbb kalau aku buat story telling pun bukan ade yang paham.. lau yang paham pun buat-buat tak paham.. berat beratttt.



Penah aje aku cube bgtaw pada seseorang.. very trusted one but my feeling tetap sama.. xjugak tenang. By the time.. aku akan cakap pada diri aku, bila la hati aku akan luas terbuka macam dulu balik?? Dulu hati aku sangat-sangat tenang..aku xrase gelisah..lau dulu2 tinggal aku kat hostel or tmpat yg aku xpnh duduk sorang-sorang pun aku mcm kuat je..berani.. buat nowdays mudah sangat lemah.. bile sorg2 bole nangis sendiri.. like lonely kan?? I realized hubungan aku dgn Tuhan pun not very close nowdays.. malu dengan diri sendiri.. i need to be istiqamah in everything..



Or macam tu ke feeling bila da meningkat 20-an ni? hahaha mungkin its the time to get married kot?? hahaha lagi aku rasa mcm nak tergelak... takat jaga laki mungkin aku taw tp nk jaga mak mertua? heee~ cakap bab ni aku senggeih je la.. tp kalau org dah ready nk cakap menda ni secara serious aku boleh ja serious.. apa lagi belajar masak. baru mak mertua pak mertua jiran-jiran mertua declare aku sebagai menantu kesayangan.. yuhuuuuu..



Alam perkahwinan mungkin takes time sebelum nak tempuh.. sekarang ni alam pekerjaan.. Alhamdulillah dah 9bulan tapi masih ? confirmation. Sister cakap next month baru cukup..Oncall pun belum.. aku just susah hati org judge aku x boleh buat kerja ke apa.. But sementara x oncall ni ok jgk.. enjoy evry public holiday duluuuu.. hahaha lg pun dh nak bulan puasa.. lepas tu rayaaaa.. aku claim la anual leave siap2..konon2 ade rezeki dapat la... if dapat start oncall pun aku tak kesah.. BF aku pulun oncall aku pun nk pulun jugak..huhuhu ape pun aku nak focus kerja dulu kot..takut lau salah buat kerja.. ingat lagi pesan mami n abah.. jangan duk NGANGA..pesan BF jangan KHAYAL.. Baikk lah tuan puan dan bos ! hewhewhew


Oh, rindu pulak kat BF. gewdixxx. yup gedikk. sorry. hehe tepek besau2.. amik kaww..




p/s : disebabkan aku ni ? confimation, belum lg disahkan confirm kat tempat kerja.. luck draw aku untuk annual dinner bkn untuk aku..huhu sedih kan? 2kali dinner da aku attend tp blum lg ade rezeki.. nk wat cne timing x brapa kena. :P will update pasal anual dinner soon. hehe

Monday, June 25, 2012

7TH GRADUATION DAY OF MAHSA UNIVERSITY COLLEGE | 23 JUNE 2012

Assalamualaikum and hye peoples!! :)


I'm very proud and feels so lucky to be invited from his family for me to join his convocation event! Fortunately, i got 2days leave.. walaupun its actually no pay leave ye tuan tuan puan puan. Bio le gaji den kena tolak pun janji den dapek jumpo family dio eh dgn teman-teman dio.. teman-teman dio pun teman den jugok.. bobaloii baloii.

Tibo-tibo eden cakap nogori.. doh le tunggang langgang. ado hati lagi nak cakap. haktuihhh loghat utagha keyEL tu aku taw la.. hehe

scrolllll downnnn pehlessss..:D






























tu diaaaa..wajah berseghi-seghi bakal graduasi kita.. tersenyum lebaw...


baru sampai and siap pakai robe untuk melangkah masuk dewan.. hehe




wajah-wajah kecintaan bakal encik graduan..:P
sepatutnye sorang graduasi boleh bawak 3 orang guest aje msuk.. Alhamdulillah macam mane ntah org tu x perasan aku menyelit aje msuk hall.. hahaha kalau xdapat masuk pun aku masuk je la kemudian.. hall ni jgk aku grad dulu..xde hal lah. hehe


Hahahaha jahat aku kan? mcm ketaq lutuit ja aku tgk dia naek stage.. masa time aku naek dulu dok la doa banyak2 jangan terjatuh..sbb heels aku pun bole tahan tingginyee.. selesai sudah. TAHNIAH GRADUAN MOHAMAD SYAFIQ BIN SARANI.. proud of you!! :)



oh oh oh meriahnyeeee.. i can saw from his face that he was very very happy to met his friend again.. until lupa dia tak banyak gambar dengan aku.. ok fine. nsib aku baik je tak nakal-nakal g bergambar dengan orang lain. hahaha eh xde lah.. but i really wish ade gambar byk2 dgn mamat ni...huhuhu kalau nk ikut rasa tak malu nak je aku menyelit dalam gambar ni.. tp fmily mertua kan ramai so aku kena behave. hekhekhek ramai kan family mertua aku sebenarnye...:P




Last but not least ! the most perfect moment captured!!! 

Mine : DIPLOMA IN NURSING | 25TH JUNE 2011 (currently working in Pantai Penang Hospital as a Staff Nurse in Operating Room-private sector)

Him : DIPLOMA IN MEDICAL IMAGING | 23RD JUNE 2012 (currently working in Selayang General Hospital as a Radiographer in XRAY Department-government sector)



Congratulation darls !!
Best of luck to both of US !!!!
:)

Sunday, June 24, 2012

Kecewa.

Penat-penat aku bawak kau dari PENANG ke KL..
Sampai KL pn xgune sgt..
Time nak guna betul2 semua jadi blurr blurr..
Aduh..sakit jugak hati..
Tapi kegembiraan aku jumpe die haritu mengatasi segalanya..
Mujur die pun xkesah walaupun dslr xdpt nk berfungsi sepenuhnye..
Katanye jumpe kawan buat die lupa nk bergambar pun..


Sekian..


Saturday, June 2, 2012

Selamat Sudah Di UITM, Seri Iskandar, Perak.

Assalamualaikum and hye everyone.. :))

Wah, tenggelam timbul aku ye.. last update pun sebulan lepas. hehe Biase la masih tak insaf lagi... tabiat update blog bila ade mood.. padahal hari-hari taw aku on9 cume kadang-kadang malas nak bercerita. Teruk kan pereangaiii? haha

Berbalik kepada tajuk entry aku ni.. bukan aku yang selamat sampai ke sana tapu mummy, abah dan adik perempuan aku da selamat sampai sane. Bertolak sejak semalam hari jumaat dan bermalam di rumah anak kawan abah aku. Homestay dah pun booking senanye but bile kawan abah dapat tahu die pun nak join n ajak stay rumah anak die. Burn rm50 deposit. hehehe

Tahniah buat adik perempuan aku..kembar kepada adik lelaki aku berjaga melanjutkan pelajaran dalam DiplomaA Akauntansi di sane. Kakak bangge dengan adik taw ! Kakak pun x pandai cam adik. sobsob :') Ape pun selamat sudah proses pendaftaran adik aku tu..now parents aku still ade kat rumah kawan abah aku..esok pagi InsyaALLAH dorang gerak balik ke Penang.
All in red. :) Yang tudung merah tu my sis..

Walaupun this time aku tak dpat g hantar die, hopefully next time aku dapat g jenguk die kat sana. :) Cian die.. rase macam kecik je adik aku tu..padahal dah besar gajah da tu cume orangnye je kecik. Hope die bole survive kat sane. Hukhukhuk aku kat sini pulak yang emosi.. Maklum la dulu kan aku penah rase duk jauh dgn family.. Sekarang turn die pulak. Belajar leklok taw.. cari kwan pun yang berjenis, tapi aku percaye..InsyaALLAH..budak-budak terpilih ni perangainye masih dalam kawalan.

Tertanye-tanye aku best ke life dalam U ni.. sebab aku masuk kolej je.. then pakai uniform lak tu time attend kelas. Macam unit beruniform ! haha Baru je lepas mesej adik aku tu..

Aku : Adik, macam mana first night kat sana? Best ka? Dah taw bila cuti? hang baru ja pi aku da tanya kan. haha (padahal da rindu lettewww. huehuehuew)

Adik : Tak best macam pi kem ja.Makan pun kelam kabut. Tak taw lagi cuti bila, Sekarang pun dok ada dalam masjid. Tak taw bila bole balik bilik.

Aku : Nanti biasa la tu. Mula-mula ja,, Cari kawan leklok. Makan banyak-banyak sikit dok sana.

Adik : Ok, take care.

Aku : Take care too.. aku taw u will miss me. hehe

 Oh, emonye akuu.. hukhukhuk T_T Part ni dia tak taw. hahaha

Ok, ape pun memang aku rindu die.. teman tido aku and tukang dengar story aku.. :') Take care adik. Gudluck! Gudnite.




Monday, April 23, 2012

Cinta Bersatu


Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana JasmayDi matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu






sweet sangat. :')

Sunday, April 22, 2012

Killiney Kopitiam.

Assalamualaikum and hye everyone !

Kenapa ntah tajuk entry aku KILLINEY KOPITIAM? aku harap korang bukan budak yang 1st time dengar nama kopitiam ni macam aku k. Aku lain la mungkin ketinggalan zaman.. masa baru nak up xde terjumpe kopitiam macam ni. Aku pun xsure dalam Penang,celah mana yang ade ! haha

sumber : google

Saje je kan hujung-hujung minggu ni nak singgah kat google and taip KILLINEY KOPITIAM. Bukan ape just nak tambah pengetahuan am. Ade tak kopitiam ni..lagi-lagi kat area Kota Damansara. haha

Then aku selak-selak menu..macam depan aku ade menu board yang waiter slalu kasi kat kita before nak order an?. macam je..! :P Fuyyoh ! Westernnye ! Rase macam nak suh orang tu belanje kite je.  ^_^


Menu


Coffee and Tea

Soft-boiled egg

Bread Toast

French Toast

Laksa

Mee Siam

Curry Chicken

&

etc.


Menu die standard je lah.. bukan untuk kenyang tapi sihat jugak sebab tak oily. Dah nama pun kopitiam.. asalnye orang-orang cine dulu suke lepak kedai kopi sampai minum kopi cina. Dapat secawan pun jadi lah kan orang dulu-dulu.

Aku pun bukan suke sgt..sekali sekala tringin nk minum kopi or ice blended baru pegi Old Town White Coffee. Sekarang ni tak kawin lagi kan.. so sekali skala xde hal la membazir sikit. Nanti dah berhusband, buat je cafe sendiri kat rumah. I boleh sediakan menu-menu ni untuk u.. U cakap je k nak makan apa. hehehe

Kopitiam macam ni tak kan ada satu je Franchise betul x? Ni salah satunye...

Kota Damansara
Lot F65 & F66,
Giant Hypermarket Kota Damansara,
No. 16, Jalan Pju 5/1
Kota Damansara Pju 5,
47810, Petaling Jaya, Selangor.
Malaysia
Tel: 03-6142 2194
Operating hours: 9.00am to 11.00pm

Ape lagi..serbu la ramai2 ke KILLINEY KOPITIAM ni. haha sape2 yang berhasrat nak g jumpe tuan punya kedai ni haruslah mendapat kebenaran dari cik aweknye dulu.. hak3 (macam aku sorang ade bf yang 'popular'dalam dunia ni..haha)

Ni lah tuan punya kedai tu.. hehehe baju tu yang mahal tuuuu... :PP


motif post : Encik bf baru memulakan kerjayanye setelah 3bulan kot dok bersenang kat rumah. Memandang masih menanti surat dari KKM, bek je membusykan diri. hahaha Cik awek pulak mule-mule agak sedih sebab tak dapat mesej dengan encik bf setelah penat pulang dari kerja tapi sekarang dah ok... >,< theehehee sekian.

ShoutMix chat widget
/