Saturday, March 12, 2011

Persoalan yang selalu terlintas zaman budak-budak dulu.

Zaman budak-budak yang baru nak meningkat tumbesaran dah kita lalui kan? La ni dah besaq sungguh dah.. Akai pun dah panjang. Banyak ag menda yang kita selalu kena pikiaq kan? Nak amik lesen ag. Nak kerja ag. hahaha ni standard fikiran orang yang da besaq macam aku. Besaq lah sangat kan? Keta pun x gheti bawak ag. sob2. Yang baru nak besaq macam umoq-umoq budak tadika and budak sekolah rendah? Mesti pelik-pelik punya soalan and pemikiran depa kan?

Ok meh sini aku nak cita kat hampa apa yang aku pikiaq time aku kecik-kecik.


> Hawat perempuan kena suka kat lelaki?
  

Aku ni masa kecik-kecik tak suka gila dengan budak-budak laki. Depa ni suka kacau aku. Masa tadika n sekola rendah aku tak pakai tudung, mamy aku rajin la ikat tocang lah, sanggul lah, ikat dandan lah. Rambut aku pulak kerinting.. hapa lagi, suka la budak-budak laki perli aku. Rambut maggi ! Rambut maggi ! Terbakaq aku weh. Sampai sampai tahap kesabaran aku dah hilang, aku ajak mamy aku suh pi potong rambut pendek teruih cam laki. huhu tragis kan? Peh tu start dari aku dajah 4 sampai lani aku pakai tudung. Dulu aku tak ikhlas pakai tudung, pakai sebab nak tutup rambut megi aku tu ja. Lani da ikhlas la. hehehe


> Hawat laki ngan perempuan kena kawin?


Hampa rasa sebab apa laki perempuan kena kawin? 1st sebab nak elakkan maksiat la kan. Masa tu aku kecik ag, mana ada nafsu ag. Period pun xmai ag. haha Masa tu boleh la cakap kakak tak mau kawin pun sebab kakak tak suka kat laki..  La ni? Gatai merela dah nak kawin. ahahaha

> Hawat laki yang kawin dengan perempuan tu lagi tinggi dari perempuan tu?


Mamy aku rajin bawak aku pi kenduri kawin. Pehtu aku tengok mesti yang laki tu lagi tinggi dari perempuan tuh. Tak penah la pulak masa kecik2 tengok laki pendek dari perempuan kawin. Orang kata murah rezeki tu. Masa tu mana aku taw perempuan cepat besaq masa kecik berbanding laki. Laki tumbesaran dia lambat sikit. Lagi lambat baligh, lagi lambat la tumbesaran dia. hahaha Perempuan cepat bantut?


> Hawat orang yang dah kawin baru dapat baybie?

Soklan ni standard ar aku rasa semua budak-budak akan tanya. Ya lah, soklan ni soklan yang agak memalukan nak dijawab. Bayangkan parents kita jawab cover-cover, kalau tak paham kita tanya lagi.. Tak ke pening dorang nak jawab. Macam mana baybie jadi? Baby jadi sebab orang tu dah kawin. Huh? Erm,baybie kuaq kot mana mamy? Baby kuaq kot perot la. Hamik ko ! Kena tipu idup-idup. Nanti kan kalau aku dah ada anak yang berminat nak tanya soklan ni.. apa aku nak jawab ae? 


> Hawat mamy banak(beranak) kakak, kakak gelap?


Dalam family aku, mamy cerah abah gelap. Kami 4 beradik, kira semua gelap-gelap lah. Sorang pun tak ikut mamy. Yang cerah time baby pun Nabil(adik kembar ank ke3) sorang ja. Soklan ni aku ngan adik-adik mesti tanya, hawat kami ikut macam abah tak ikut cam mamy? Mamy and abah jawab, dah Allah nak bagi cam tu. Kalau kawan-kawan abah lak, sempoi na anak-anak hang semua ikut muka hang na.. Abah aku dengan slumber jawab, TENGOK POWER la. Ceh, abah aku wat  iklan SUPER POWER pulak. hahaha

Tu ja la kot yang aku ingat. hehe nanti kalau ada ag aku teringat aku sambung naa..

p/s : asik cakap pasal kawin ja kan?

2 comments:

faris@pakcik a.k.a petak said...

teringt pkcik kt zaman kanak2...hppy tnpa masalah....rase cm nk balik jew..hahha

SyuhaidaGhouse said...

hehehe tapi kecik2 salu kena buli. tak semua menda kita boleh buat, slah je mst kena marah..


ShoutMix chat widget
/