Salam. Eh korang. Arini 4hb kan? kenapa korang kecoh-kecoh malam pukul 12 tuh? kenapa aku tiba-tiba diletopkan dengan belon berisi tepung gandum CAP SAUH?
Episod sewaktu malam ayu bermalam di PALMSPRING(PS).
Sambil berbaring2..jari jemari memintal rambut..sambil mata terpejam.
Ayu : "Besday ko lagi brape hari..ko agak shah nak bg ape?"
Aku : "Ntah. Tak nak mengharap." *dalam hati, Incik BF xde kat sini :(
Episod sewaktu Abby nak balik Seremban on Wednesday kot.
Abby : "Weh,besday ngko aku tak taw ag aku nak balik sini ke tak. Kalau sempat aku balik la ye".
Aku : "Erm, ok. Tak payah la balik sini cepat-cepat". *dalam hati, ok Abby pun balik.:(
Episod sewaktu Miera ajak aku pegi balik umah dia.ari Jumaat kot
Miera : "Akak, jom la ikut mira balik. Dapat jumpa simpulan-simpulan."
Aku : "Tak mau lah." *dalam hati, miera pun nak balik :(
So, sape je ade kat umah? Hmm. Intan dan Iyla dan Aku.
Episod sewaktu aku kuar dengan Abby pegi THE CURVE,3rd Disember 10. *Abby da balik PS sebab ari Jumaat dia pi kolej amik exam Research.
Aku : Abby, aku ingat aku nak beli kek lah. *sebelum pegi,aku dah msg abah aku cakap nak beli kek. abah aku balas, awat kakak nak beli? patutnye depa bg. aku diam je. mane ada yang nak celebrate pun.:(
Abby : Erm, xpayah lah beli kek. Bukan ada sapa nak makan. *perh. ok lah fine. terus xterpikir dah nak beli kek.:(
Aku dah tak heran, nak celebrate ke tak. Sebab tiap tahun sama ja.huhu dan aku tak expect pun surprise-slurpies. siryes!
Episod malam 3.12.10 dekat nak pukul 12 menandakan dah nak masuk 4.12.10
Aku tersangat leka bermain FB.
Tiba-tiba pintu rumah di ketuk kuat. Aku taw Miera kat luar. Sape ag kan. Dia je yang suka ketuk kuat-kuat. Sebab selalu dia dah tak tahan nak KE*C**G. <--- tak taw apa ni sila tanya Miera.
Aku pun dengan xde rase pape pegi lah bukak pintu. Terlupa jugak da nak pukul 12 sebab leka dengan FB.
Miera : "Akak, bukak lah pintu. Miera punya kunci hilang ni". dia macam menyorok-nyorok celah pintu. apehal minah ni? nak KE*C**G lah tu.
Sambil tu sempat aku membebel-bebel. "Huh. hilang? Ish. Ade-ade je lah". dengan muka siryes.
Aku pegi amik kunci kat locker laju-laju dan terus passed over ke Miera. Miera sambut dengan muka tercengang sebab aku langsung tak bukak pintu untuk dia dan aku nak ke laptop untuk sambung aktiviti tergendala.
Abby : "Pegi lah tolong die ko pun".
Aku : Dengan muka siryes, "lah,nape pulak dengan die?" sambil pandang Abby. tapi aku pegi jugak bukak kan kunci.
Pastu, Miera sengih-sengih. Aku nampak dia pakai singlet aje.
Baru aku nak membebel lagi........ *muka siryes je dari td.nak tanya pegi mana pakai macam ni sbb dia xpenah pakai gitu lau kuar.huhu
POOOOOMMMMM !! *debu-debu berterbangan setelah bunyi itu kedengaran. belon rupanya.
Masuk mata wehhhh...
Menyimbah-nyimbah debu-debu tu kat aku. Dah mencangkung dah tu sebab masuk mata.
Cilak*k sungguh ! Dah pukul 12 rupanya. Dan aku tak sangka mereka bersubahat. ada KAK YANA jugak. *besday kak yana 6.12.10. sat engkau!
|
projek depan pintu rumah. |
Weh, sumpah terkejut giler. Pastu mula lah aku membalas-balas. Nasib debu-debu CAP SAUH je dorang Prang aku. Xde telor..xde menda busuk-busuk..xde menda pelik-pelik. lega....hehe Kalau tak sape nak basuh rumah?
Miera : "Tu lah. cakap lagi ayat-ayat sedih. kitorang punya plan..punya plan..dan ni lah hasilnya".
Aku : "Korang jahaaatttt!" terharuuuu....:')
Berpelukan. Aku, Abby, Miera,Kak Yana. Iyla xnak peluk. segan kot. "Thanx korang..:') Sayang korang sangat-sangat"
Penat....terbatuk-batuk dah.hehe sebab menghidu dan tertelan debu-debu tersebuttt.:P
Sesi menyapu pulak. *dalam hati. kalau Incik BF ada kan besttttt :'(
|
sedap kot kalau kita buat cucoq kodok? |
P/S : Ayat-ayat dalam ni xde lah exactly apa yang dorang cakap sebab macam dah ingat-ingat lupa sebab dah beberapa jam berlalu. hehe tapi ok lah kan ada jugak dialog yang aku merapu meraban. Dan gambar kami, aku tak nak bubuh sebab seksi meksi. hehe