Thursday, December 30, 2010

Susah ke nak setia?


Assalamualaikum.

Isteri Yang “Solehah”

Scene 1- Dalam bilik bersalin

Di saat seorang wanita sedang sakit hendak bersalin. Menahan sakit yang teramat sangat, Si lelaki begitu setia menemani wanita itu sambil memberi kata-kata semangat kepada wanita itu. Sambil mengusap perutnya dan mencium kedua-dua pipi wanita itu. Terasa dimanja, dibelai dan mendapat sepenuh perhatian dari si lelaki.
Aku sebagai nurse incharge.

Amboi…sweetnya! Terharu sangat ni ! Dah nak menitik air mata bagai sebab terasa sweet sangat pasangan suami isteri tu. First time kan handle case yang loving gitu. Sempat ag berangan, nanti kalau aku nk beranak laki aku mesti sweet cmtu jugak kan?? Hehe

Pompuan tu pun dah selamat bersalin. Masa nak bersalin tu bukan main punya susah ag. Kesian pompuan tu.

Scene 2 - Di hadapan bilik baby

Lelaki : Isteri saya dah selamat bersalin ke? 

Nurse :  Erm, encik ni sapa?

Lelaki : Saya suami kepada bla bla bla. Boleh saya masuk azan kan baby?

Nurse : Owh ye ke? Ok,masuk lah encik, azan kan baby.(sambil otak ligat berfikir, tadi laki tu ada misai..yang ni tak dak misai..aku ni salah tengok ka? And baby tu pun dah siap diazankan lagi oleh “suami” yang dalam bilik bersalin td.)

Scene 3 - Nurse sembang dengan membe nurse

Nurse : Kak, td bukan laki dia ada misai ka? Abis tu yang ni sapa? Dah tu brapa kali baby tu nk di azan kan?

Membe nurse : Haa tu la akak pun heran ni. Xpe la..dia nak azan brapa kali pun xpe lah. (dalam hati dah tak sedap.)

Scene 4 – Nurse terdengar berbualan menantu dengan mak mertua

Mak : Kamu dari mana ni?

Menantu : Saya baru balik kerja ni mak. Tak sempat nak datang td tengok dia bersalin td.

Sah dah. Yang ni suami perempuan tu. Abis tu yang laki dalam bilik bersalin td tu sapa?

Scene 5 – Nurse dalam ward nak check pesakit

Nurse : Kak, tadi lelaki yang teman akak dalam bilik bersalin tu sape?

Pesakit : Err, dia sepupu akak.

Nurse : Tadi suami akak datang. Dia dah jumpa akak kan?

Pesakit : A’a dia dating. Kenapa??? Kamu dah bagitaw dia ke???

Nurse : Eh? Tak lah. Tak bagitaw pun.

Hish, tak kan lah sepupu boleh macam tu? Kekasih gelap la kot. Nauzubillah.  Habis saham doctor dan staff-staff.  Secara tak sengaja terbersubahat, mana boleh bukan suami masuk bilik bersalin. Tapi dah tak taw nak wat mcm mana. Yang pompuan tu pun satu,ada suami tapi buat macam tu. Tak baik taw. Kesian kat suami dia. Huhu

Alhamdulillah, dah hampir sebulan aku buat praktikal di DDMC. Even tak banyak yang dapat di praktikkn, pengalaman yang staff kongsikan banyak sgt. Antara  yang boleh dijadikan pengajaran story yang aku cerita tadi ni. Sejak dari hari tu dorang btl-btl berhati-hati dengan kes macam ni. Dah serik dorang cakap. Ye lah, mana boleh cm tu kan? Kalau yang sah-sah belum kawin lg..yang BF lagi tak boleh masuk lah ! Jangan gatal nak minx kebenaran untuk masuk. Sapa suh tak kawin ag.huhu

Sekian.

4 comments:

Izzy Izzudin said...

jgn2 pompan 2 pn duk keliru sapa laki dia...hahahaha

Hanis Syuhaida said...

hahaha xdak maknanya. memang sah2 dia ngn laki tu ada pape. lau tak knape dia tkut tak nak bgtaw asben dia.huhu

Mr. Syafiq a.k.a Shah said...

harap hidup kita, perjalanan hidup kita,
hari2 kita, saat2 kita..
kita terlindung dari perkara2 mcm kat atas nie..
takut sangat2...
mcm boleh jadi..
harap kita sama2 jaga ye..

Hanis Syuhaida said...

yup btul tu. takdir tuhan sape boleh lawan kan.
but insyaALLAH everything gonna be alright.hope can be a gud futured wife for u ! :)


ShoutMix chat widget
/