Based on apa yang aku persoalkan semalam, di mana kecantikan wanita yang sebenar-benarnya via FB dan feedback yang aku dapat walau pun tak banyak mana sampai ada yang gadoh-gadoh dalam tuh tapi at least ada jgk yg sudi meluahkan idea aku ucapkan terima kasih taw kat korang.:)
By-m0thyyku |
So, aku buat kesimpulan di sini bahawa kecantikan wanita sebenarnya bermula dari dalaman. Itu lah yang seori-ori kejadian. Well,sekarang kan semua orang boleh nmpak cantik dengan fesyen pakaian trend sekarang dan make up tebal-tebal ala-ala mata baby doll ke amende ke tapi kalau perwatakan diri tak dapat nak jaga,rupa yang cantik pun tak akan menyerlahkan kecantikan diri seseorang bukan?
By- D-e-v-i
Dan di ingatkan kita sebagai seorang wanita yang di kad pengenalan tertera sebagai umat ISLAM, harus lah jaga nama identiti kita tu. Jangan lah memalukan agama. aku cakap ni pun supaya aku sentiasa beringat. aku tak cakap aku ni baik sangat. dan bukan nak jadi ustazah kat sini.HUHU Bukan ape takut nanti orang tengok kita, orang pun tak taw label kita ni Islam ke tak. mana taw orang tak dapat nak ucap kalimah shahadah kat telinga kita time nazak sebab accident ke..kan susah. Sia-sia je mak kita lahirkan kita sebagai umat ISLAM. NAUZUBILLAH. HUHU
sketchmilitia |
Dan bagi mendapatkan personaliti dan karisma yang terbaik dalam diri seorang wanita, boleh je kita renung-renungkan dengan apa yang aku nak SHARE kat sini. :)
- Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
- Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
- Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
- Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
- Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.
- Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
- Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.
- Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
- Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
- Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.
Sweet kan? :)
No comments:
Post a Comment