Salam. Heloo semua ! Sihat ? Huh, like i care. Kalau aku tulis panjang berjela-jela pun ade korang nak datang jenguk blog aku? Gila ayat macam nak cari pasal. kan? haha Bosan kot aku duduk rumah. Well biasalah aku kan sekarang ni
menganggur terhormat sepenuh masa. Sengaja nak highlight. Kot-kot hampa nak bagi kat aku vacancy kerja kosong ka? whuu. Harapann. =.=
Rutin harian aku macam biasa,
- bangun tidoq
- makan (kadang2 terus makan tengahari, al maklum laaa ^_^)
- buat kerja rumah (basuh baju and sidai baju lah mostly)
- tengok tv sambil makan tengahari
- ke hulu ke hilir dengan budak mengasuh (penat aw, mcm ada anak 3! pheww.)
Hari ni lah baru terasa nak update blog, aku update blog bila
Enche BumbuCabe dah update. Hoho Len kali aku nak wat macam tu lah. Selagi dia belum update, aku pun tak update. Alaaa.. kalau aku update hari-hari 2 3 entry pun korang datang ke jenguk? Sedih hati mak nak. T_T Tiba-tiba.haha Tapi yang aku pasti Encik yang sorang tu yang tak jemu-jemu datang singgah blog aku. Terima kasih ya Encik. Dan tak lupa la kat koranggg, blogerers tersayang yang sudi menyinggah siniii ~ ehem. -_-
Latest entry patutnye aku muat turunkan cerita pasal aku g KL baru-baru ni. Dengan family dan neighbours tercintan. Tapi aku malas nak update. Erk ~ Ok lah aku nak cerite ni.
Jeng jeng jeng (sound effect kena ada.hehe)
Tiba-tiba ada wajah KLCC yang menyeramkan. Snap by Enche Bumbu.
Eh tadi kata datang Kl dengan family kan? Dah tu tiba-tiba wajah KLCC snap by enche bumbu? Haha Ekceli. =.= Aku mintak ijin dari parents aku untuk balik hostel aku. Balik kejap sebab nak jumpa ruumates terkasih dengan berbuah tangankan jeruks-jeruks masam kat dorang. And. And of course la nak jumpa dengan Enche yang sorang tu. Melepas rindu dendam tanpa kesumat. Ceh. Alang-alang singgah sana kan, dapat gak lak angkut semua barang-barang aku kat rumah tu. -,-
Aku sampai KL hari jumaat lebih kurang pkul1. Then lepak-lepak ngan family ja,dorang ajak ke IKEA. Alang-alang kat sana kan, aku heret dorang masuk IKANO,TESCO and THE CURVE sekali. Pelik je dorang sebab aku bawak jalan yang boleh tembus-tembus. haha Tu lah nak jalan sangat kan. Aku no hal. Kota Damansara kan area aku. Ceh. Lupa daratan sekejap. ngee~ Lepas tu baru hantar aku balik PS. Hostel aku la tu.
Dipendekkan cerita lepas maghrib tu baru la aku called Enche bumbu. Cakap yang aku dah sampai PS. Dia dah beriya-riya siap nak ajak keluar. Aku tak seberiya dia. Ayat apa aku guna ni. (>.<) Padahal rindu gila tak sabaq dah nak jumpa. Maklum lah dah 2minggu. Lama lah tu.
~
Sampai uptown. Aku just makan otak-otak. Ada lah dalam 10 keping. Dengan air milo. Dia pulak tetap dengan nasi. Nasi goreng cili apiss. Ntah, tak sure. hehehe
Aku sorang melantak semua. Dia curik aku punye 3 keping. haha
EncheBumbu : Hello hello? Ko kat ne, bob? Aku ngan anis ni kat uptown.
Jom lepak mid lak. Tunggu si bob and si hunny abis tengok wayang. Nak tengok wayang seat lak tak best. Mendongak sangat. =,= So, next plan.
Aku dengan
hunny dan konco-konco ape lagi merempit pulak pegi KLCC. haha Masa tu dah pukul 12 lebih. Setahu aku kat sana kul 12 lampu dah tutup. Sempat singgah sana kejap aje tu. Penat je sampai. >,< Tak leh blah kena halau ngan guard. Baru aku taw KLCC kalau pkul 12 bukan setakat lampu je kena tutup, orang-orang pun kena halau. Ceh. Balik ~ (sempat merajuk sebab Enche Bumbu amik gambar kami berdua gegar-gegar. grrr. )
Gegar kan? T_T
Snap by HUNNY. :D
~
Esoknye aku dan dia mengediks ke One Utama. Nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa.
Dua ibu jari berdiri untuk cerita ni. Boleh tahan laa. Cerita melayu yang lain dari yang lain.
Then sesi mencekik. Tak plan pun. Tiba-tiba lalu kat kawasan food court. Bukan boleh kalau dah tengok menda sedap-sedap. Nyummi!
Sushi | 3 different types
Tak de pun dlm gambar.
Tako | Chicken cheese
First time try. Boleh tahan. Nak lagi !
Original Fried Chicken | Mr Bumbu
Fav macam fav upin ipin jerk. >,<
Drink | De' Ice Vanilla Shake
Kalau blended lagi sedap. Tercilap order. T_T
Yang lain-lain tengok sedap tapi tak dayo dah nk beli. Dah kenyang. hehe Pasni nak pi pekena NASI KANDAR pulak !
Nasi Kandar Pelita | SS2, PJ
Kami gila-gila shopping. Shopping makanan ! Memang best kalau sekali sekala habis kan duit untuk makan sedap-sedap. Bila lagi. hehe Lapar pulak tiba-tiba.
Hope dapat jumpa ag dengan enche bumbu dan makan banyak-banyak lagi dengan die.. :)
(^_^)
Thanx for reading !
p/s : gambar makanan yang agak dramatik dari pakcik google. thanx ya !