Assalamulaikum.
Tertarik dgn celoteh pengacare nasi lemak kopi O pagi suatu masa dulu. Aku masih ingat lagi sampai sekarang.
Katanye zaman skng nie,sebelum berkenalan,sebelum bercinta,waktu chatting contohnye, soalan pertama yg kite kne tnye..
"Awak nie pembawa Thalassemia/carrier Thalassemia?"
hehehe.cm klaka pulak.tp bile pikir2, actually bende ni penting tau.
Pembawa thalassemia selalu nye sihat. Dan sihat walafiat.Takde masalah kesihatan.
Amitha bachan carrier thalessemia.pemain bola zidane jugak,
tetapi kalau pembawa thalassemia berkawin dgn pasangannye yang juga pembawa thalasemia.peratusan untuk zuriat mereka mendapat penyakit thalasemia sgt tinggi.
Ape Thalassemia ni sebenarnye??
In simple words ialah penyakit sel darah merah.Sel darah merah yang normal terdiri daripada hemoglobin.bagi pesakit thalassemia,structure hemoglobin mereka tak normal.itu yang menimbulkn masalah.
untuk maklumat lanjut, pegi la wikipedia, or visit here.
So reader(s) adakah anda pembawa gene thalassemia?? Macam mane kite nk tahu kite ni pembawe penyakit nie atau tak eh?dgr kate, kerajaan kite dlm usaha nak myedarkan rakyat malaysia tentang penyakit ini, dan sedang diadakan screen test percuma untuk kite test sama ada kite carrier atau sihat sesihat2 nye.
Actually, Aku ni dah disahkan pembawa thalasemia. Alhamdulillah sihat walafiat je. Mase aku form4, ade la 1rombongan nurse-nurse dari hospital besar Pulau Pinang(GHPenang) datang kat skolah aku. Aku ni jenis tak takut kena amik darah so dengan rela hati la bg nurse tu amik darah aku. Ala, ciput je pun dorang amik.hehe Dan free-of-charge je.
Antara aku dengan kawan-kawan aku, result aku je yang tak sampai-sampai dekat rumah(result diketahui melalui surat yang di post ke rumah). Then nama aku di announce oleh cekgu aku masa kelas add-maths untuk test screen untuk kali kedua sebab die kata aku punya bentuk darah pelik sikit. Cara cekgu cakap macam aku nak mati ja masa. Cuak maut aku.Tapi cekgu jugak yang merelaxkan aku kebetulan husband cekgu tu membe abah aku. So kenal lah. Cekgu tu sendiri yang cakap kat abah aku kata aku pembawa Thalasemia.
Pehtu apa lagi, satu family aku la kena g wat rombongan kat GH Penang untuk screen abah,mamy dan adek2. Result da kuar baru la dapat detect. Rupanya aku mewarisi gen dari abah. Abah peturunkan gen abah pulak dekat aku dengan adek lelaki aku(no2). Bertuahnye aku rasa.hehe Mamy and adek kembar aku je yang totally normal.
Kalau korang terpikir nak buat screen test ni korang bole je buat kat mana-mana hospital kerajaan. Murah sikit. Private pun boleh, tapi kalau korang anak-anak CEO dan sekutu dengannya boleh je wat kat private. Lagi cepat dan mudah. Tak payah beratur barisan panjang-panjang. Dan nurse-nurse pun comel-comel, lemah lembut je.hehe Terpulang pada kemampuan. Macam aku kat kerajaan sudah.GH Penang ok. Tengok pada tempat lah kadang ok kadang tak ok. Berapa kena aku tak taw. Sebab pakai panel. Huhu
Erm, tapi korang jangan risau peratus orang pembawa thalassemia ni sgt sgt sgt rendah sebenarnye. satu dalam 10 ribu kot? taksure2.. maka, peratus seorang wanita pembawa thalassemia berkahwin dgn seorang lelaki yang juga carrier lagi2 la rendah. sbb tue lecturer aku ade cakap,mereka adalah pasangan yang kurang bernasib baek.
Omputih kte, prevent is better than cure.Aku rasa ada baiknye korang pegi buat screening test. Untuk masa depan korang jugak. Untuk bakal baby anda yang comel-comel.Tak silap aku pasangan yang nak kawin memang kena amik test ni dah sekarang ni. Ni just untuk pengetahuan korang je lah ye.
Thanx for reading!
P/s: En.bf pun belum test ag. Tak de mase.huhu