Thursday, April 28, 2011

Aku bukan gagal tapi belum berjaya !!

Assalamualaikum dear followers and silent readers.

Firstly aku bersyukur sebab buka2 je mata terus celik, masih boleh ngadap wajah yang tersayang, boleh melahap dengan sopan, boleh terkinja-kinja bersama anak2 kecik. Syukur, ALHAMDULILLAH.

Setiap kali aku terdengar sape2 bercakap pasal results exam, tak kisah lah UPSR ke PMR ke SPM ke aku jadi tak kehaluan. Aku asyik terpikir saje dengan masa lalu tu. Terngiang-ngiang bagai saat2 setiap keputusan diumumkan.

Di sekolah mase UPSR, aku dapat 4A 1B. Terus aku amik test bahasa Arab dapat masuk ke sekolah pilihan. Sekolah agama,time PMR(f1-f3) aku boleh dikatakan pelajar harapan sekolah. haha ^_^ ye ye je ! Mase tu je lah. Mase tu aku rajin sangat ulangkaji, buat latihan banyak2, pegi tusyen best-best, sekolah agama pulak tu, banyak mendekatkan diri dengan ALLAH.(alim ke?). Kadang2 aku menilai diri aku yang dulu dan sekarang. Banyak berbeza. hehehe Ibarat dalam tawa ada sendu. Mendalam maksudnye. =,='

Dari sekolah agama, aku apply bertukar ke sekolah elit memandangkan kawan baik aku bertukar ke sekolah tersebut. Kalau ikutkan masa tu dah bulan April, da banyak sukatan pelajar dah tertinggal kalau aku bertukar ke sekolah baru, tapi aku tak terpikir pun benda tu. Yang aku taw aku nak tukar sekolah and alang2 tawaran dah ada aku nak sia-sia kan?

Aku tetap bertukar ke sekolah tu, biarpun ade ustaz dan para guru nasihatkan aku jangan tukar. Rugi nanti.. Memandangkan aku dapat 8A 1B, penolong kanan masukkan aku dalam kelas pertama(FORM5). Kelas budak2 abis pandai. huhu Ramai gler budak cina and india. Melayu pun ade tapi sikit and high class sumenye. Perbezaan taraf yang amat ketara !

Bila aku dah masuk sekolah tu, tersangkut pulak bercinta. haha nampak sangat kejutan budaya. Malu2 ! haha Menjelang SPM, banyak ag subject yang aku tak leh ketchup. Ada subject yang duk failed ag. Tusyen plak aku pergi yang tak memberangsangkan.huhu T_T Nak minx yang up sikit takutNaa, bila results SPM betul2 kuar, hasilnye memang tak membanggakan la, especially Abah aku. Muka dia lain sangat.  Mane taknye. Family aku mesti target 10A. Tup2 aku dapat 4A ja. Siap ada D lagi. Yang lagi pedih, bila sedara call tny dapat berapa? mesti 10 A ni. Sentap ! Balik umah nangis terus. haha T_T

Sebab tu la sekarang ni aku just amik Diploma in Nursing.haha Sesuailah dengan kelayakan aku. Tu pun private. Sebab aku malas nak tunggu tawaran sebab mst diorang offer aku course yg aku tak minat. huhu Kolej aku lak tak habis2 dengan duit duit dan duit. Nak jadi  doctor memang harapan la. Kalau bole putar mase aku nak wat betul2 time SPM.

Bila aku rasa down sangat, aku mesti akan pujuk diri aku. Nanti mesti ade rezeki untuk aku lagi kalau aku berusaha. Jadi nurse pun ok kan. Gi pun aku yang pilih. Sebab aku tgk life jd nurse ni masa depan cerah. Aku tak nak berenti setakat ni je. Pasni aku nak sambung belajar lagi bila dah  ade experience kerja ! Aku bukan gagal tapi belum berjaya.


Time muda2 dulu. Baru 18. haha


p/s : Nasihat akak kat adik2 luar sana, belajar elok2 time SPM. Mase yang ade tu guna betul2. Memang peluang belajar tu ada tp semuanya guna duit. Kalau kita cemerlang mase SPM, at least korang dapat pilih course ape yg korang nak mase kecik2 dulu. Cita2 kan besar.hehe Bila da berjaya,self-esteem kita akan naik. Bukan nak berbangga pada kejayaan yg diraih tapi menjadikan ia satu platform untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang. Gud luck ye adik2 yang bakal menduduki SPM ! (Adik2 aku pun) ^_^

3 comments:

Asleh Nafsak said...

akak skarang ambil nursing dimana?

SyuhaidaGhouse said...

di MAHSA Unicollege. yang suke2 hati sponsor MENTOR tu ~ hehehe

Asleh Nafsak said...

ouh..mahsa unicollege ok x? sbb sy cadang nak masuk sana..nak mohon pendapat senior2 disana jugak~ :)


ShoutMix chat widget
/