Simpati aku pada mereka yang sedang berduka saat ini. Aku amat mengerti perasaan kalian. Sekali lagi aku tak suka bace entry-entry sedih sebab aku turut serta sedih. Walau pun setiap perkara yang berlaku tu tak de kena mengena dengan aku tapi aku rasa aku memahami perasaan mereka biar pun aku tak paham sebab mereka perlu putus. Hanya ALLAH yang maha mengetahui setiap tindakanNYA.
Mulut boleh cakap, nak buat macam mane tak ade jodoh. And kadang-kadang hati kita sendiri tak boleh nak faham. Kadang-kadang dah lama bersama boleh break, ade yang dah bertunang boleh putus, ape tah lagi yang dah kawin boleh bercerai. Kita hanya mendengar masalah orang lain tapi kita hanya boleh berharap agar semua itu tak terjadi pada kehidupan kita sendiri.
Aku sendiri, sangat-sangat tak sempurna. Hidup aku biar pun nampak biasa tapi terlindung sesuatu di sebaliknya. Perempuan,biar seburuk mana pun dia. Seego mana pun dia. Dia pasti perlukan seorang lelaki untuk berdamping dengannya,mendapat kasih sayang darinya dan bimbingan darinya. Masih banyak lagi yang aku perlu belajar dan perbaiki untuk hidup sehampir sempurna. Mak, ayah, adik-adik serta bakal keluarga,semua tanggungjawabku. Semoga aku tidak menghancurkan harapan mereka.
Banyak lagi aturan hidup yang pasti mencabar kita. InsyaALLAH, sekiranya masih panjang lagi perjalanan hidup ini, pelbagai lagi kebahagiaan yg bakal terukir dan cubaan yang bakal kita harungi. Jadi, bersabarlah wahai hati. Janganlah kita cepat berputus asa biar sepayah mana ia datang menguji.
Aku juga menharapkan sebuah perhubungan yang kekal hingga selamanya. Semoga aku dan dia diberi kekuatan dalam mempertahankan setiap yang kami memiliki. InsyaALLAH,dengan izin dari ALLAH, aku yakin aku harus pertahankan dan harus menjalankan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan supaya sentiasa tabah biar pun dalam suka dan duka.
p/s : Hati tersentuh bila jiwanya meluahkan. Segala yang tertulis di sini adalah pengajaran bagiku dan pasanganku. Terima kasih kepada yang membaca. =.=
No comments:
Post a Comment