Friday, April 29, 2011

Jeles bila tengok pewot orang yang tak boncit !


Assalamualaikum dear followers and silent readers.

Perut orang k, bukan perut beruang, perut panda atau spesis2 cumel yang memang boncit ! tu boncit comel. ^_^

Maklum lah dah berbulan di rumah. Aku tak rasa lah badan aku naik sebab hari2 aku mengadap muke aku je kan.hehe Yeke? Ye kot. Timbang same je. Kot2 lah nanti balik kolej kawan2 da jeling pelik. Mesti dorang kata aku da debab! >,<

Boncit maybe kot. Haha ^^ 

Mr.Bumb pun cakap dia da boncit tapi aku tak caya.

So, aku ade cakap kat dia. Balik nanti kita tengok sape ag boncit ! haha  Abis la pakai baju pun da tak fit. Mst  Mr. Bumb nmpak perut je. Hek3

Untuk memujukkan hati aku kata la. Xpe, kita antara spesis cumel walaupun boncit. Betul lah kan? Haha ^^
Risau  boncit pulak kan? Padahal study tah ke mana tak pulak aku risau kan? Hehe  Risau tu risau jugak. Study agak2  4 5 soalan cukup lah. (rajinnnyeeeerr lah kan? -_-')

Biase lah lama tak jumpa kan, rase macam mesti ade yang lain. Makin cerah ke, makin gelap ke, makin debab ke.. impossible makin slim. Haha

Tapi tak kisah pun. Ala, kalau hati dah sayang. Ape pun nampak comel dan sweet !. Tak kisah la apa pun. Betul tak? Hehe

Add caption

p/s : walaupun da boncit, aku tetap jealous ok ! even dengan kawan sendiri. Harap maklum. Haha Tapi saya agak bermuka cover untuk tunjuk yg saya jealous so jangan bikin wa jealous ye. ^^

Thursday, April 28, 2011

Aku bukan gagal tapi belum berjaya !!

Assalamualaikum dear followers and silent readers.

Firstly aku bersyukur sebab buka2 je mata terus celik, masih boleh ngadap wajah yang tersayang, boleh melahap dengan sopan, boleh terkinja-kinja bersama anak2 kecik. Syukur, ALHAMDULILLAH.

Setiap kali aku terdengar sape2 bercakap pasal results exam, tak kisah lah UPSR ke PMR ke SPM ke aku jadi tak kehaluan. Aku asyik terpikir saje dengan masa lalu tu. Terngiang-ngiang bagai saat2 setiap keputusan diumumkan.

Di sekolah mase UPSR, aku dapat 4A 1B. Terus aku amik test bahasa Arab dapat masuk ke sekolah pilihan. Sekolah agama,time PMR(f1-f3) aku boleh dikatakan pelajar harapan sekolah. haha ^_^ ye ye je ! Mase tu je lah. Mase tu aku rajin sangat ulangkaji, buat latihan banyak2, pegi tusyen best-best, sekolah agama pulak tu, banyak mendekatkan diri dengan ALLAH.(alim ke?). Kadang2 aku menilai diri aku yang dulu dan sekarang. Banyak berbeza. hehehe Ibarat dalam tawa ada sendu. Mendalam maksudnye. =,='

Dari sekolah agama, aku apply bertukar ke sekolah elit memandangkan kawan baik aku bertukar ke sekolah tersebut. Kalau ikutkan masa tu dah bulan April, da banyak sukatan pelajar dah tertinggal kalau aku bertukar ke sekolah baru, tapi aku tak terpikir pun benda tu. Yang aku taw aku nak tukar sekolah and alang2 tawaran dah ada aku nak sia-sia kan?

Aku tetap bertukar ke sekolah tu, biarpun ade ustaz dan para guru nasihatkan aku jangan tukar. Rugi nanti.. Memandangkan aku dapat 8A 1B, penolong kanan masukkan aku dalam kelas pertama(FORM5). Kelas budak2 abis pandai. huhu Ramai gler budak cina and india. Melayu pun ade tapi sikit and high class sumenye. Perbezaan taraf yang amat ketara !

Bila aku dah masuk sekolah tu, tersangkut pulak bercinta. haha nampak sangat kejutan budaya. Malu2 ! haha Menjelang SPM, banyak ag subject yang aku tak leh ketchup. Ada subject yang duk failed ag. Tusyen plak aku pergi yang tak memberangsangkan.huhu T_T Nak minx yang up sikit takutNaa, bila results SPM betul2 kuar, hasilnye memang tak membanggakan la, especially Abah aku. Muka dia lain sangat.  Mane taknye. Family aku mesti target 10A. Tup2 aku dapat 4A ja. Siap ada D lagi. Yang lagi pedih, bila sedara call tny dapat berapa? mesti 10 A ni. Sentap ! Balik umah nangis terus. haha T_T

Sebab tu la sekarang ni aku just amik Diploma in Nursing.haha Sesuailah dengan kelayakan aku. Tu pun private. Sebab aku malas nak tunggu tawaran sebab mst diorang offer aku course yg aku tak minat. huhu Kolej aku lak tak habis2 dengan duit duit dan duit. Nak jadi  doctor memang harapan la. Kalau bole putar mase aku nak wat betul2 time SPM.

Bila aku rasa down sangat, aku mesti akan pujuk diri aku. Nanti mesti ade rezeki untuk aku lagi kalau aku berusaha. Jadi nurse pun ok kan. Gi pun aku yang pilih. Sebab aku tgk life jd nurse ni masa depan cerah. Aku tak nak berenti setakat ni je. Pasni aku nak sambung belajar lagi bila dah  ade experience kerja ! Aku bukan gagal tapi belum berjaya.


Time muda2 dulu. Baru 18. haha


p/s : Nasihat akak kat adik2 luar sana, belajar elok2 time SPM. Mase yang ade tu guna betul2. Memang peluang belajar tu ada tp semuanya guna duit. Kalau kita cemerlang mase SPM, at least korang dapat pilih course ape yg korang nak mase kecik2 dulu. Cita2 kan besar.hehe Bila da berjaya,self-esteem kita akan naik. Bukan nak berbangga pada kejayaan yg diraih tapi menjadikan ia satu platform untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang. Gud luck ye adik2 yang bakal menduduki SPM ! (Adik2 aku pun) ^_^

Wednesday, April 27, 2011

Segmen Boyfriendku Seorang Blogger

Assalamualaikum dear followers and silent readers.

Haha macam ye2 je ade. Kalu ade aku nak join. Tapi ade ke?? hehe Aku mcm bosan la blogging sorang-sorang, kadang-kadang nak jugak dia join same.

Dia ye2 je tak nak buat, padahal dalam diam sebenarnye dah ade blog sendiri cuma tak aktif je. Since September 2009 lagi aw. Aku taw pun sebab dia ade hantar comment kat entry aku guna account google dia. hehe Kunun surprise.^^

Aku suka, happy sangat dia ada blog and lagi happy bila dia rajin update blog. Tapi lately dia malas ! And xde time untuk update. T_T

What i love about his blog is..
he wrote most things about me !

What i want are..
everyday i could see him and he was writing an entry about us !

What i hope is..
he always wrote a nice memory of us !

I really hope that from this blog we could show parts of our love towards each other forever and forever ! 

Tapi ape pun, terima kasih atas segalanya dari awal kita kenal sampai lah ke hari ini dan sampai bila-bila. Hope hubungan kita tetap berseri macam di awal2 percintaan kita dulu. InsyaALLAH, amiiinn ! ^_^



p/s : Alhamdulillah, task arini berjalan dengan baik. 3 more to go !

Monday, April 25, 2011

Kelucuan yang menbuat aku ketawa hingar bingar ! HAHAHA


Assalamualaikum dear followers and readers.


Suke2 aku je kan nak terketawa, tergelak tetibe. Aku memang cam tu kot. Cepat sangat geli-geli. Err, maksud aku geli hati.hehe

Aku bukan ape, kadang-kadang neuron yang pass ke saraf hingga ke otak aku ni cam cacat sikit. Sikit je la. Alhamdulillah tak cacat banyak. Mase kecik2 agak bebal sikit,bila mak aku panggil aku jd lambat sikit nak respon.nak kata pekak tak pekak. Hehe

Ok,back to the topic, aku ni suke melalut kalu da mula menaip. ^_^  Aku rase korang pun mungkin tercacat sikit dengan aku bila terbace ni. Haha Tak de tak de. Aku sorang je yang cacat. O_0

1.  Terdengar makhluk bersin
Makhluk yang aku maksudkan tak kisah la dia orang or binatang. Binatang pun bersin ape. Yang buat aku tergelak terguling-guling sgt bila orang tu terbersin dengan nada yang cumel sangat2. Or bunyinye yang kelakar sangat. Or terkuar kuat sangat macam jantan.boleh sakit jantung tibe2 dengar. Dalam kelas aku dari sekolah rendah sampai masuk U ade je orang yang kelakar bila bersin. Termasuk Encik Bumb. Harap je gagah. Tapi bila bersin. Alahai, cumel sgt tak padan dengan orangnye. Aku selalu gelak.HAHAHA

2.       Ketawa orang lain
Masing-masing ade nada suara ketawa yang tersendiri bukan? Macam aku, ketawa aku boleh berubah2 ikut keadaan orang sekeliling aku. Tak de identiti kah aku ni? HAHA Cume aku paling suke ketawa orang yang bila dia ketawa aku geli hati dengar ketawa dia. Sungguh, bila dia tergelak, aku turut mengilai memandangkan saraf ketawa aku tak dapat nak menahan. HAHA tibe2 rase seram bila sebut mengilai tuh.

3.       Bau
Penah aw aku ngan adek2 dalam lif. Then ade sorang tu masuk lift tu jugak membawa bau yang pelik. Bau tu tak wangi langsung ! Nak kata bau bacin tak sampai hati la pulak kan. HAHA Aku dah tak tahan giler bau. Nak tutup hidung kang biadap pulak. Sekali adek aku dah mula tergelak tak kehaluan, aku pun sebab dah tak tahan sangat nak tutup idung aku pun tergelak2 lah sambil cekup mulut berserta hidung. Selalu gelak tutup mulut ja, ni terpaksa tutup hidung sekali. DARURAT. Orang tu da mula terasa, dipandang2nye kitorang sambil tengok kaki dia.HAHA

4. Humour yang extreme
Aku paling suke tengok RajaLawak and skrang ni sibok dengan MaharajaLawak. Even tade Astro Warna tapi disebabkan nak sangat tengok otai2 bertanding, aku dan adek2 rajin pulak nak tunggu internet yang kadang2 lembap tu nak loading video kat UTUBE.Biar pun lembap tapi kali ni agak berjase la kasi kami peluang jugak tengok.hehehe Rating so far, JOZAN,SEPAH,NABIL,MAN & JAMBU. Yang lain sile2 la terkeluar. hehe Tapi dalam banyak peserta aku tabik la si JIHAN, masih bertahan. Satu2nye peserta perempuan. Bukan senang tu..

5. Imiginasi melampau yang datang dalam otak aku secara tiba2
Peh, yang ni kalau datang memang macam sawan kejap. Boleh tersenyum tiba2. Kadang2 tergelak diam2. Bayangkan aku kalau tengok telinga orang india, aku akan teringat PENERAM, kueh telinga keling fav aku tu. HAHA geli lak aku rasa. Aku ni kadang2 terBLUE jugak. Sape2 yang kenal aku di alam realiti taw la aku cam mane. HAHA 



 p/s : ntah ape2 je aku mengarut ni.. layan je lah. hehehe

Sunday, April 24, 2011

Jangan terkejut kalau terpandang Miss Pumpkin yang semakin ketara ketembamannye!

Assalamualaikum dear followers and silents readers.

3hari berturut-turut bercuti untuk menjengah ke blog kesayangan dan menerjah ke blog2 korang yang menjadi tempat persinggahan aku kalau tibenye mud rajin aku menjelma.hehe Dan hari ini bersedia untuk mengupdate cerita ke mana menghilangnye aku selama 3 hari tersebut. ^_^

Pernahkah kalian dengar kat mana tu PULAU AMAN? Aku jadi tahu pasal pulau ni pun gara2 program PELITAWANIS mak aku. Kalau tak haram la aku tak taw kat mana even senegeri dengan negeri aku diberanakkan. HAHA Aku pegi 2 Hari je. Sabtu pegi, Ahad da balik rumah.

Aku cite briefly je la ae sebab aku pun bukan taw sgt pasal pulau ni. First time pegi lah katakan. Pulau ni terletak di BATU KAWAN,SEBERANG PERAI,PULAU PINANG. Yelah kot. Kalau salah location aku mintak maaf awal2.hehe Perjalanan dari rumah aku ke pulau ni makan mase 2 jam jugak lah. Sebab nak kena seberang Penang Bridge and dari jeti pulau aman ke pulau aman tu sendiri. Maklumlah pulau, mesti la kena  naik bot. Jauh kot nak berenang. hehe

Jom tengok gambar pulak. :D

Mase ni kat atas bot.
Before naik bot. Sempat photogedik dengan sekutu2 jiran.

Opss ! haha Tergedik sarung shawl cam ni.

Sekutu2 kawan mak aku. Tersama pulak topi2 kitorang. haha well made in company yg sama.. HAHA Mak aku yang tudung coklat tu ye, jangan tersalah pandang lak.hehe
sempat berbasikal tapi tak sehebat kat BUKIT CERAKAH la.hehe

posing ala kadar akibat panas kemain.hehe

Macam pertandingan kutip siput lala pulak. Memang best la..hehe


Aku boleh terliur tengok makhluk sedap ni. Korang mesti geli. Aku taw dah ~ HAHAHA

Makhluk sedap ni dah masak dan tersedia untuk aku melahap dengan sopan. ^_^


Antara lokasi yg ada dlm pulau ni. Baru sehari da terasa macam orang pulau. Gelap gerhana dah.haha

Terserlah kan ketembaman pipi cembung aku? t_t


p/s : kalau duk pulau ni lelame alamatnye lagi putih la aku. Har Har Har =DD

Friday, April 22, 2011

10 Petanda dia adalah JODOH kita.

Assalamualaikum dear followers and silent readers.:)

Harini memandangkan dah lame tak berupdate so aku meringan-meringankan diri untuk berkongsi ilmu2 yang telah tergodek lama dalam lappy aku. Semua orang suke kan kalau cakap pasal kawin? And sape tak suke nak kawin? Nikmat dunia. :) Jangan lupe perkahwinan juga adalah satu ibadah. Ape je yang kita buat untuk membahagiakan suami/ isteri ada pahalanya. Terhindar dari maksiat, dapat dosa semata mata. huhu

Sebelum mendirikan rumah tangga seelok-eloknye cari lah pasangan yang elok. Bila dah jumpe pasangannye, mcm mne pulak nak taw dia tu jodoh kita ke tak??

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Teks di atas dipetik dan dikupas dari sahabat se-Islam kita. Jadikan ia sebagai renungan ! So, agak2 korang dah jumpe jodoh korang?hehe Jodoh, ajal dan maut semua di tangan ALLAH. Kita boleh mencari dan dipertemukan tapi selebihnye hanya ALLAH yang tahu kesudahan riwayat seseorang. Semoga ape yang kita harapkan dan impikan menjadi kenyataan dan kekal bahagia untuk selama-lamanya.^^

Tuesday, April 19, 2011

Awak. THANX. :)

Assalamualaikum dear followers and silent readers.


Semenjak dua menjak ni aku macam malas sikit nak update. Tak de mende nak membebel panjang. And sejak berzaman aku tak pergi kelas, otak aku dah macam slow nak proses. Harap-harap aku bole catch up balik sejurus aku study untuk exam Lembaga Jururawat nanti.  So lembabs !

Oh by the way, perasan tak follower aku da mencecah 1000? Tak perasan? Memang la baru 100 ribu lebih. haha Dear followers, a billion thanx to all of you. Biar pun baru seratus, tapi semangat aku untuk terus berjuang dalam duni berblogging ni tetap takkan berhenti. For what nak berhenti, best ape membebel panjang through all this. Kan korang? Best sangat dapat kenal korang and blog korang yang cumel2 and ada yang penuh sangat dengan informasi. Tutorial pun ada.

Silent readers pun thanx sangat-sangat ye. Aku taw ade antara kawan-kawan aku yang tak de blog rajin jugak bace. Asal jumpe je aku kat kolej ade yang cakap pasal blog aku. Cam tersipu-sipu pun ade.^_^ Tak sangke ada gak orang nak bace. hehe Kalau cicak pandai bace pun aku tak kisah dia nak bace jugak. Sharing is loving. Ape story yang kat sini memang untuk dikongsi. Kalau sudi singgah ke blog ni la. hehe (bajet sungguh ayat aku.  >,< )

Nantikan hari-hari rajin aku untuk update ok. ^_^ Jangan lupa singgah ke blog ini sebab menjadi follower bertuah yang ke 100 ribu. Thanx CIK SHILA. Tak de hadiah untuk awak. Tapi terima la ni.. Award yang tak seberapa. hehe Cik Shila ni peminat Justin bieber and Salena Gomez and banyak lagi rasenye. So this is ur award look alike ! :) Hope u suka. hehe



p/s : ingat setiap follower yang ke 200,300 or genap ratus2 ni ade la kot surprisenye..hehe

Saturday, April 16, 2011

Kisah seorang suami dan isteri

Assalamualaikum dear followers and silent readers.

Dikisahkan ade seorang suami yang sangat baik tapi malangnye ade isteri yang tak berape nak rajin dan banyak songeh. >,<

Suami : Sayang, buatkan air untuk abang.
Isteri : Abang, Anis penat la.. Abang pegilah buatkan air sendiri..
Suami : Anis, kalau ikutkan abang lagi penat taw. Siang malam abang kerja. Anis duk rumah je dari abang belum pegi kerja sampai balik kerja Anis asyik baring aje. Abang suruh buatkan air untuk abang pun tak boleh ke?


Suami : Eh, kenape bersepah-sepah atas meje ni? nape tak kemaskan?
Isteri : Ala...abang tak nampak ke Anis tengah bace majalah ni bang..lagipun abang yang makan,abang la yang kemaskan.



Beberape bulan kemudian isteri disahkan mengandung..

Isteri : Abang, Anis tak lalu la nak makan nasi. Tekak ni susah sangat nak terima. Nak makan pizza boleh bang?
Suami : Sayang, semalam pizza, arini pizza, takkan hari-hari awak nak makan pizza ni? Lagi pun boleh tak harini abang beli nasi bungkus je? Kita kena jimat-jimat kalau asyik nak melahap pizza je abis la duit kita nanti.
Isteri : Nak pizza jugak. (dah mula buat muka)


Sebulan lepas bersalin...

Isteri : Abang, bangun la jap. Tengok ank kita ni..asyik menangis je.. Anis tak tawu ape nak buat ni.. Abang..cepat la..
Suami : Ish awak ni..dah sebulan kan awak bersalin..tak kan nak jaga anak pun tak reti? Cube check kot lampin die dah basah.
Isteri : Abang check la. Anis geli la bang..

***********

Dialog2 ni adalah sedutan dari drama yang aku tengok semalam. Saje aku ambil part-part yang aku rasa kagum dengan kesabaran suami die. Ade yang terubah suai sikit la.hehe  Perangai isteri dia macam tu lah. Macam nak makan menampo je kan? Tapi dorang bahagia je, si suami banyak sangat bersabar. Dan susah payah cari duit untuk isteri dan anak tercinta. Ade sape2 tengok drama Wangi Firdausi semalam? Sedih kan endingnye? =.=

Dalam cerita ni aku memang respect si suami tu sebab dia dah jalankan tanggungjawab die ngn baik even dorang kawin muda,time tengah belajar,tahan dengan kerenah isteri lagi pulak tu. Tapi yang part aku tak setuju, sebab dia terlalu sayangkan isterinye,sampai die melebih-lebih nak turutkan kemahuan isteri. Bak kat pepatah sepatutnye sayangkan anak tangan-tangankan,sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.

Niat suami tu memang lah baik,nak bahagiakan kehidupan isteri dan anak. Tapi bila isteri dah demand lebih-lebih dia mula terlibat dengan penjualan dadah untuk tampung kehidupan dorang anak beranak.. Mula kecil-kecilan aje.Tapi dipendekkan cerita, sebab desakan hidup dan untuk menyelamatkan nyawa anaknye yang didera orang pihak pengasuh, dia terpaksa amibil risiko untuk mengedar dadah dalam kuantiti yang banyak.  Haritu jugak dia ditahan oleh pihak polis dan bakal dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Anak yang nak diselamatkan pun mati, suami pun mati. Macam dah jatuh,ditimpa tangga. Malang sangat. T_T


Moral of the story :
  • Dengar nasihat mak dan ayah sebelum buat apa-apa keputusan.
  • Jangan ikutkan nafsu sangat.
  • Isteri jangan manja sangat nak itu ini..menambahkan lagi beban suami.
  • Isteri kena jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dengan baik
  • Cari rezeki yang halal walau apa pun keadaan.
  • Jangan terlalu percayakan orang.
  • Perbuatan yang salah tetap akan dihukum
  • Menyesal sekarang tak pe, jangan menyesal kemudian.
  • Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata mampus la kau.

 Opss, dah2 STOP. Terlebih-lebih pulak aku.hehe Thanx sudi bace. ^_^

Wednesday, April 13, 2011

Kisah aku dan budak perempuan.

Assalamulaikum dear followers and silent readers.

Ni Mona yang dulu, sekarang da tinggi sikit. hehe

Bangun-bungun pagi tadi mak aku cakap, ok harini tak nak gi amik si kecik Mona(bekas anak mengasuh mak aku,sekarang di rumah pengasuh baru) tu datang. Nanti kalau die datang apa kerja pun kita tak leh buat.

Ok, aku pun macam. Hmm, tengok la nanti, cakap je tak nak amik. Satg dia mai jugak. Bunyi tak puas hati sungguh.

Kalau dia datang bukannye korang yang jaga, aku jugak yang kena jaga balik-balik. Cara aku cakap macam aku anti betul dengan budak kecik. haha aku suke baby-baby je sbb tak nakal, budak baru nak membesar biase lah. Tapi dengan si Mona tu rase cam nak lempang je, tapi sebab pikir anak orang kan. hehe Jahat kan aku? Nakal yang amat. Tapi tetap comel. Lemah aku. =,='

Macam semalam,aku ingat si Mona tak kan datang lah. Then time adik kembar aku balik sekolah beriya nak amik si Mona tu datang rumah. Aku memang tak kesah, janji tak kacau life aku. Time tu aku tengah tengok ulangan cerita Kemilau Cinta Kamila. Aleh-aleh budak tu bucuk macam dah sebab kuat ngat main kot, adik-adik aku yang terhormat tu bole lak mengarah aku suh mandikan budak tuh. Haih, ingat tak de gangguan. Aku siap menjawab ag, dah korang yang pi amik korang la mandikan !  Tengok betapa aku tak suka pada budak kecik.haha Tapi tak pe lah, sayang nye pasal kan kat budak tuh. Aku jugak yang kena mandikan. Kalau time si Mona melepas lagi lah. Aku jugakkk.

Kalau korang tengok mak aku layan si Mona tuh, aku pun boleh jealous taw. Tak de nak marah langsung macam marah kat kitorang dulu. Da macam tok-tok layan cucu-cucu dah.well,tok-tok mane nak garang dengan cucu-cucu. Mak-mak je garang dengan anak2. haha tapi mak aku muda ag, cuma aku je belum bg cucu lagi kat mak aku. ^_^


You guys perasan tak kalau budak kecik perempuan dia akan rapat dengan abang-abang tak kisah la abang sendiri ke abang jiran ke adik laki aku ke.. Euuww. Aku cukup menyampah. haha Kecik-kecik ag hormon dorang da tertarik dekat laki. Well, tak salahkan dorang. Salahkan hormon. haha Sekasar mana pun abang-abang layan die tapi dia tetap nak kat si abang! Ye la si abang bole bawak pegi kedai, bawak naik moto, pi alan-alan.

Untung betul budak zaman sekarang, aku ni dah la anak sulung. Macam tak cukup kasih sayang pun ada walaupun mak ayah aku bagi cukup kasih sayang. Haha Mane tak nye, umo aku belum cukup 4 tahun aku dah ada 3 adik taw. Sorang adik laki and sepasang adik kembar lak tu. Haih. Tersisih. Tapi time tu aku pun tak berakal lagi. Tak taw ape menatang tersisihnye pun. hehe

Alhamdulillah la, sekarang da besar panjang. Tapi setiap kali aku cakap kat mak aku yang aku tak suka budak-budak nakal cam si Mona tu mak aku mesti cakap esok ni da jadi mak baru taw. Nakal tak nakal pun kena gak jaga. Anak? Tapi anak tu lain. huhu Jangan anak tu asyik nak bermanje ngan ayahnye dah la. Bikin jealous aja. hahaha Ok ok fine, aku taw anak-anak aku sume dengar cakap and tak nakal-nakal. ^_^


p/s : sape lah yang bakal jadi follower aku yang ke 100 ni? ^_^

Tuesday, April 12, 2011

Mimpi buruk.

Ok nak bagitaw kat korang yang si bump selalu rindu sangat kat cik pump. Huduh nye bunyi kan? hahaha Ni bukan fantasi tapi benar-benar realiti. Well, sejak berjauhan memang macam tu. Memandangkan ni belog aku so aku nak tuduh la si bump sorang yang rindukan aku. Die yang rindu k. Aku? Rindu la jugak kan. haha

So malamnye. Die call aku. Sedap-sedap tengah sembang, TUT Tuttt~. Ah, kes habis kredit la ni. Dalam hati dah membebel panjang. Mamat ni kalau nak call aku bukan nak topup seribu dalam tuh! =.= Disebabkan aku ni jenis awek yang alert, aku call la dia balik. Ok, sembang punya sembang dah pukul 1. Okey, dia cakap thanx aku call dia. Dah gudnite sume, nak tido dah ni. Then aku xleh tido. Aku call die balik.

Kira fair la kan. Dah kredit aku, aku punya suka lah kan. Sape suh tak topup. Bapak queen control aku ni. haha Turn aku lak si bump kena temankan. Teman cakap sampai mengantok ! Hamik kau ! Yang tak menahan dia bole terlelap time cakap dengan aku. Huh. Ok, jum2 tido. Gudnite ye encik bump. ^_^

Tiba-tiba, aku dengan bunyi macam tembak-tembak. Aku ingat orang main mercun lah kan. Sial pulak malam-malam main mercun. Tapi aku tengok kat luar da cerah. Eh? Then sorang-sorang mati kena tembak. Aku kan duk apartment so intai dari bawah je dengan adik-adik aku. Tak semena-mena penembak tu nampak kami yang dekat atas ni. Di halakan senapang amende tah terus tuju ke bilik kitorang.

Shit betol ar. Ape ni main perang-perang ! Aku ngan adik-adik dah takut ar. Dinding sebelah bilik aku dah roboh mcm kena bedilan bom. Kami menyorok. Tiba-tiba adik laki aku jerit-jerit sebab parents aku still kat ruang tamu. Aku tak nak adik aku mati, bermati-matian la halang adik aku dari kena tembak. Dari firasat aku parents aku kat ruang tamu mesti dah.......T_T

Kendian, aku terjaga. Aku taw aku mimpi masa dalam mimpi. Ni baru fantasi. Sebab tu aku bukak mata. Dalam hati, mengucap panjang-panjang. Aku taw aku banyak dose. Da la aku mintak nak ke pangkor, mak abah aku tak kasi. Nasib aku tak melawan. Dalam hati rase bersalah je. Tak pe la bila ag nak dengar cakap mak ayah. =.='  

Mase aku tersedar, aku memang tengah paling sebelah kanan. Then aku toleh sebelah kiri. Kate orang kalu kita mimpi buruk2, tido bertukar arah. Entah betul ke tak. Lepas da bace ayat2 kursi sume aku tido balik. Bangun pagi rase letih sangat. Maklumlah mase dalam mimpi tu aku bekerja keras untuk bermati-matian. huhu 

Bagi aku, mimpi = permainan tido. So, i won't keep anything in mind. Mimpi cuma mimpi.




p/s: Hope malam ni dapat tido nyenyak. Mana taw mimpi tu datang bersiri. hehe

Sunday, April 10, 2011

Who wants to be my next future sweetheart?

Assalamualaikum followers and silent readers,

Jiwa bergelora saat aku terpandang dia. 
Cair lagi lebur hati lebih-lebih lagi dibawah sinar terik mentari.
Sesekali berkelip jua mataku akibat silauan kilatan tubuhmu.
Sungguh sepsi di situ. ^_^
Aduh, sekali lagi aku suda jato cinta.
Cinta yang amat pada.....





.....SEBUAH KERETA !




Hahaha 
Untuk miliki sebuah kereta aku tak demand pun.
Cukup lah kalau aku just ada Kancil or Viva Elite or Myvi.
 Yang aku terjato cintan tu MYVI PINK. Omg ! Pink?  
Euwww.
Yup, pink. Got any problem? ^_^

Sepsi. ^_^

Hi Viva ! Kamu smart !

Even ko kecik, tapi ko tetap menawan dan tertawan !


Up ssikit kalau ada Swift or Satria Neo.

Suzuki Swift ! Hi ! Kamu mengancam ! Whuu. O_o


Auww ! Proton Satria Neo.. Hotlah kamu! ^_^

Kereta2 ni amat lah comel dan jika sekiranya tuan yang memandu tu secomel aku. o_0 (kesalahan tatabahasa yang extreme ye adik-adik. sila jangan tiru.=,=)


Ok, ok, aku taw aku tak xde lesen nak drive pun.
Tapi nak berangan tak perlukan lesen kan? +_+
Ala, berangan kejap untuk plan siap-siap keta apa yang aku nak culik as soon as aku da dapat P then prepare nak buat loan after 3bulan duit masok.
Then baru lah kamu menjadi hak milik gue.
Lama lagi la. =.='

And girls memang well-known if dilabel sebagai kaum yang slow bila bawak kereta dan tak tahu menahu pasal kereta kalau tiba-tiba kereta buat hal di tengah jalan.
Tapi tak pe,
akan ku usaha gigih untuk itu.
Sabar ye sayang.


Selama ni jealous je tengok 
abah, 
mummy, (dulo-dulo kala)
adik , 
Encik Bumb dan kengkawan
drive.
Macam best, and memang best pun drive
plus 
kalau da cekap.
Mula la nak merayau ! Opss~
Beringat sikit, lesen pun xde ag.
hahaha


p/s  : bakal mendapat lesen P. ^_^

The precious information.. WAJIB BACA !

Salam boys & girls



The Holy Prophet (SAW) Said:
1) Four things that make your body sick:-
 a)Excessive talking
b)Excessive sleeping
c)Excessive eating and
d)Excessive meeting/outing with people 
2) Four things that destroys the body:-
a)Worrying
b)Sorrow (Sadness/Grief)
c)Hunger
d)Sleeping late at  night  
3) Four things that make the face looking dull and  haggard:-
a)Lying
b)Being disrespectful/impudent (knowingly)
c) Baseless  arguements
d)Excessive immorality (committing sins without fear)
4) Four things that make the face  glow and  shine:-
a) Piety
b) Loyalty
c) Generosity and kindness
d)Helpful to others without being asked
5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-
a) Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)
b) Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers
c) Laziness/Idleness
d) Treachery/Dishonesty
6) Four things that bring/increase the Rizqi:-
a) Staying up in the night in prayers
b) Excessive Repentance
c) Regular Charity
d) Zikr (Remembrance of Allah)
The Holy Prophet (SAW), also said to communicate to others even if it  is just  One Verse (Ayaah), for this one verse will stand out on the Day of Judgment for intercession.
Allah Hu  Alam.
The Holy Prophet (SAW) said,
" Stop doing everything during the Azaan, even if you are reading the Quran.
The person who talks  during the Azaan will not be able to say the Kalima E Shahada on his/her death bed".
............so be  careful, do  not to make this  mistake!!!
  Please pass this message to all  Muslims...
**READ THIS DU ' A FOR BETTER LIFE**
Allahumma- inni- ala- Zikr-ika -wa Shuk-rika wa husni-Ibaadatik....Ameen.
 A very powerful Du ' a has been sent to you.
Imagine  1000 persons read it
just because of you..................Jazakallah.
ONLY you will seek goodness  from
Allah SWT.    

p/s : semoga menjadi renungan bersama. wallahualam.

Friday, April 8, 2011

Temuduga Terbuka !

Bangun pagi tadi terus aku selak paper(Harian Metro),tengok-tengok ade tak cerita terbaru lagi sensasi. Selak punya selak ade lah ruangan kerjaya. Aku terpandang 1 iklan besar punye. Ala suku page je. Tapi kira besar gak lah compare to iklan lain2.haha

NATIONAL GUARD KING ABDUL AZIZ MEDICAL CITY 
menawarkan jawatan segera untuk Jururawat Berdaftar yang mempunyai 3 tahun pengalaman
@MADINAH
@RIYADH
@JEDDAH
@AL-HASSA

Gaji Bebas Cukai dari RM120,000 hingga RM180,000 setahun
* means kalau sebulan RM10,000 SEBULAN. Wow~ Terbeliak bijik mata aku sebulat labu.haha $$$$$ o_0

Jawatan-jawatan dalam semua unit:
ADON *aku tak taw menatang ape ni..
PENYELIA JURURAWAT *matron
KETUA JURIRAWAT *sister
PENDIDIK JURURAWAT *pensyarah
PENGAJAR KLINIKAL *clinical instructor(CI)
JURURAWAT BERDAFTAR*staff nurse
ALLIED HEALTH*lain-lain yg berkaitan
Pendaftaran PERCUMA
Hubungi kami/sms/emel untuk butiran lanjut dan menempah tempat pendaftaran percuma. Sila bawa resume,saliran sijil dan 2 keping gambar passport.
Emel : info@melorita.com
Laman Web : www.melorita.com

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi kami di lokasi-lokasi berikut:

15 Apr 2011(Jumaat), Grand Seasons Hotel,KL
22 Apr 2011(Jumaat),Pejabat Melorita,Penang
23 Apr 2011(Sabtu),Excelsior Hotel,Ipoh
29 Apr 2011(Jumaat),Pejabat Melorita,Johor Bahru
30 Apr 2011(Sabtu),Renaissance Hotel,Melaka
(bila-bila masa dari 9pg-6ptg)

Selamat ditemuduga !! Semoga berjaya.^_^



Thursday, April 7, 2011

Kalau bercinta kenapa perlu PUTUS?

Simpati aku pada mereka yang sedang berduka saat ini. Aku amat mengerti perasaan kalian. Sekali lagi aku tak suka bace entry-entry sedih sebab aku turut serta sedih. Walau pun setiap perkara yang berlaku tu tak de kena mengena dengan aku tapi aku rasa aku memahami perasaan mereka biar pun aku tak paham sebab mereka perlu putus. Hanya ALLAH yang maha mengetahui setiap tindakanNYA.

Mulut boleh cakap, nak buat macam mane tak ade jodoh. And kadang-kadang hati kita sendiri tak boleh nak faham. Kadang-kadang dah lama bersama boleh break, ade yang dah bertunang boleh putus, ape tah lagi yang dah kawin boleh bercerai. Kita hanya mendengar masalah orang lain tapi kita hanya boleh berharap agar semua itu tak terjadi pada kehidupan kita sendiri.

Aku sendiri, sangat-sangat tak sempurna. Hidup aku biar pun nampak biasa tapi terlindung sesuatu di sebaliknya. Perempuan,biar seburuk mana pun dia. Seego mana pun dia. Dia pasti perlukan seorang lelaki untuk berdamping dengannya,mendapat kasih sayang darinya dan bimbingan darinya. Masih banyak lagi yang aku perlu belajar dan perbaiki untuk hidup sehampir sempurna. Mak, ayah, adik-adik serta bakal keluarga,semua tanggungjawabku. Semoga aku tidak menghancurkan harapan mereka.

Banyak lagi aturan hidup yang pasti mencabar kita. InsyaALLAH, sekiranya masih panjang lagi perjalanan hidup ini, pelbagai lagi kebahagiaan yg bakal terukir dan cubaan yang bakal kita harungi. Jadi, bersabarlah wahai hati. Janganlah kita cepat berputus asa biar sepayah mana ia datang menguji.

Aku juga menharapkan sebuah perhubungan yang kekal hingga selamanya. Semoga aku dan dia diberi kekuatan dalam mempertahankan setiap yang kami memiliki. InsyaALLAH,dengan izin dari ALLAH, aku yakin aku harus pertahankan dan harus menjalankan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan supaya sentiasa tabah biar pun dalam suka dan duka.



p/s : Hati tersentuh bila jiwanya meluahkan. Segala yang tertulis di sini adalah pengajaran bagiku dan pasanganku. Terima kasih kepada yang membaca. =.=

Tuesday, April 5, 2011

Dikala hati kosong..

Melayan blog  Mista Kay yang suka merapu. Mista Bumbu pasti jealous! haha Mista Bumbu bezy sikit arini. Ok, aku faham. Dan maaf. Agak nakal sikit sebab skodeng blog orang lain. Itu tak bererti curang. Peh-lis. ^_^

Sambil tu melayan lagu budak baru belajar menyanyi, jom la sing-along dengan aku. Confirm release tension! haha


Apples and bananas

I like to eat eat eat
Apples and bananas
I like to eat eat eat 
Apples and bananas
I like to ate ate ate
Ay-ples and ba-nay-nays
I like to ate ate ate
Ay-ples and ba-nay-nays
I like to eat eat eat
Ee-ples and bee-nee-nees
I like to eat eat eat
Ee-ples and bee-nee-nees

I like to ite ite ite
I-ples and ba-ny-nys
I like to ite ite ite
I-ples and ba-ny-nys
I like to ote ote ote
0-ples and ba-no-nos
I like to ote ote ote
0-ples and ba-no-nos

I like to oot oot oot
Oo-ples and ba-noo-noos
I like to oot oot oot
Oo-ples and ba-noo-noos


Siryes, comel giler kalau aku menyanyi dengan CIK MONA.haha

Budak ni dijumpai dalam luggage ini ye guys.^_^

Tips kalau teringin nak kahwin awal. Kawen??huhu

Salam peeps.

Oryte. Jom kita terbeliak kan biji mata untuk bace tips-tips macam mana nak kawin awal.

1. Perkara paling utama. Si suami perlu punya kerjaya atau pendapatan yang tetap. At least si suami mampu menyara kos hidup korang berdua means si suami dan si isteri. So anak jangan buat ag kalau tu je yang mampu.hehe If da rezeki nak buat macam mana kan, cari la rezeki(pendapatan) lain. If korang amik cuti tanpa gaji pun, make sure korang ade pendapatan yang stabil untuk beberapa bulan. $$$$

 2.Harus mempunyai pendapatan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan. Menurut pakar yang arif bab2 duit ni,korang haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 3bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan. $$$$

3.100% mind-setting dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri. InsyaALLAH, kalau ada rezeki, you are mum/dad to be ! So get ready. ^_^

4.Berfikiran secara matang dalam membuat keputusan serta ketika menyelesaikan apa jua masalah yang mungkin dihadapi dalam rumahtangga. *sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami istri~~ =,=' Always berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan.

5.Jangan jadikan hubungan korang adalah kisah cinta terhalang.T_T  Dapatkan restu dari ayahanda & bonda. Yakinkan mereka korang boleh teruskan hidup dengan berkahwin pada usia yang muda berbanding kawan-kawan korang yang masih sibuk dengan kerjaya dan melanjutkan pelajaran. *aku lah tu ^_^

6.Boleh bertolak ansur sesama pasangan dan tak mementingkan diri sendiri. Jangan mudah melenting jika sesuatu konflik berlaku dalam rumahtangga. Lama-lama buat perangai macam ni si suami/ isteri pun naik meluat.huhu =.=

7.Always think positive. Bersangka baik buang prasangka buruk jauh-jauh pada pasangan. Muda-muda ni cepat cemburu, maklumlah masing-masing still hot,gorgeous and handsome handsome bhai ! haha


Kesimpulan, tak leh kawin lagi. =,='

hohoho tak dok kena mengena pun.

*Aku just re-write dan olah dari emel yang aku terima dari kiriman ENCIK KHAIRUL. Sape die aku pun tak taw. Untuk maklumat lebih lanjut bagi sape-sape yang rasa nak kawin dah tu sila kelik sini laju-laju!~

Thanx fer reading !

Monday, April 4, 2011

ENCIK BUMBU dah makin kurang kilo?

Aipp. Ape cite ni? Jom-jom intai encik bumbu. Dah lama lagi pun aku tak cecite pasal die dalam entry.


Kecik pulak aku tengok dia. Maklumlah tengok dari jauh.. Entah cukup makan ke, cukup tido ke , sihat ke, sakit ke semuanya just melalui enpon je kami bersua. Aish. Keparahan ni. Tu nasib baik gak ade enpon. Dapat la jugak aku gamba mms baru die ni. Time aku nak hantar gamba aku kat die pulak tak dapat-dapat. Hampeh betol kau enpon. Memang patut pun kau jato gedebuk gedebek banyak kali. huhu

Serious la, aku nampak dia dah kurang kilo. Aipp. Tak aci ni. Aku kat umah dok memperbanyakkan lemak tepu dan lemak tak tepu je dalam badan. Dia? Keciannye. T_T

Tido pulak confirm lah tak cukup kan? Sekarang ni musim dorang exam. And well known lah LELAKI kalau study mesti standard yang last-last minute punya. Apa barang study awal. Tak macho ar. Gitu? haha Dah la sibuk study, 70% tido die tak lelap sebab asyik teringatkan aku. Lelaki lain, aku paham. Yang aku pulak, kalau dah pejam tak hengat nak bangun. Sorry la. Dah tabiat semulajadi. ^_^

Merajuk pulak makin kuat. Yelah, kadang-kadang aku bezy tak hengat. Bila dia bezy aku pulak rasa sunyi. Korang pun mesti taw kan standard rasa bosan yang macam mana kan? Then mana lah ada time sangat untuk kami berdua. Duk rumah ni lain, kalau dah dengan family takkan la nak main msg je memanjang. Mula lah ada yang sound aku kaw punya nanti. T_T Standard la bercinta jauh-jauh ni. Yang penting setia.


Yang aku heran. Bila jauh-jauh ni rajin pulak trim rambut die. Tak sempat panjang dah aku dengar dia alter lagi rambutnye. Aipp. Ade pape ke ni? Kita just jauh je dan awak bukan single. =.= Kalu dengan aku dah berambut sungguh baru nak trim.Tak caye? Tengok ni.

Debab!
Bila dah jauh-jauh ni aku lagi tak suka nak kongkong dia. I mean, kalau dia nak pegi mana-mana dengan kawan-kawan dia aku tak penah larang. As long as dia ada menda nak membezykan kan diri daripada mengira statistik berapa persen dia rindukan aku. Memanglah kalau dia asyik bezy je aku akan rasa jauh hati tapi aku lg susah hati bila dia rasa sunyi. Kesian dia. Ubatnye, aku suh dia tido. ^_^  Kalau dekat ingat kami rajin nak duk hostel dan berlabuh atas katil buat taik mata? haha Confirm aku ajak dia pi merayau. *-*


Pesanan buat encik bumbu kat sana,

Jangan nakal-nakal oke. Kita cuma berjauhan tapi kita kuat untuk setia dalam satu perhubungan sahaja. Good luck in your exam. Make sure you have an excellent results, with flying rainbowing colours. Jadi lelaki masa depan yang selalu hanis doakan. Sayang kamu. Rindu kamu. Nak lagi lagi nanti kita msg lepas awak dah study. :)

Saturday, April 2, 2011

Showroom @ Setia Pearl Island, Penang

Bercanda ria berdua dengan kakak sepupu ke lokasi berikut. hehe Saje menjejakkan kaki ke sana sekali lagi sambil mencuci mata dan menanam idea untuk berangan nak rumah idaman. ^_^

Ruang Tamu







Bilik Tidur
 Bilik tidur utama

Bilik tidur cik gadis
Wallpaper for boy's room

Katil yang rendah. Suit for children.


Bilik tidur lelaki. Perempuan pun boleh kalau dia nak simple.
 Dapur


Pejabat 


Hiasan dalaman
Artifak berpeha lebar

Sudu garfu yang menyelerakan!

Daun kucai berpasukan mug ! ^_^

Hiasan syiling berguli

Bread tipu2 yang menaikkan keinginan nak makan
see pumpkin saye?

wooden concept. bambu lamp kan tu?
*those adalah hiasan yang menarik pandangan aku. credit to the designers.


Rumah bernilai beratusan juta, mana tak cantiknye. Memang gorgeous habis lah. Tapi ni just showroom. Nilai rumah tu saje yang berjuta. Hiasan dalaman tak termasuk lagi.

Bagi aku semua contoh rumah kat situ cantik2 belake. Elemen penting yang aku rasa dapat menaikkan seri rumah are...

..pencahayaan yangs sesuai, bentuk tingkap, sliding doors harus dipertimbangkan
..nak idea terbaru, guna wallpaper. wallpaper pada ruang tamu, ruang rehat dan bilik tidur harus bersesuaian.
..cat pada ruangan2 tertentu kena la sesuai, so xde lah nampak gelap sgt. Kalu bilik kecil, jangan la kasi nampak sempit lagi.
..perabot yang moden,classic n berbagai lagi yang bersesuai dapat menyerlahkan lagi tema kediaman anda
..hiasan dalaman rumah yang memegun dapat terpegunkan tetamu yang datang!. macam aku yang terpegun pada menda2 alah tuu..hehe

Aku dah decide nak buat bilik aku nanti macam mana.Bilik je lah. Sebab aku suka bilik. Lagi sedap lah tidur nanti.hehe Anda bagaimana?

ShoutMix chat widget
/